Design Personal Blog |
Template blog memainkan peranan penting untuk bagi first impression mengenai theme blog kita. At least kalau tak ada niche sekalipun, template dan design blog mampu untuk clasify antara blog serius dan blog santai.
So kali ni aku akan bercerita mengenai design blog sendiri (entry ala-ala syok sendiri) dan kenapa aku pilih design ni?
Oleh sebab blog aku adalah blog personal santai-santai dan aku seorang perempuan, macam tak sesuai pula untuk aku pakai template magazine theme kan (bagi aku magazine theme sesuai untuk blog berita/serius/specific niche ataupun blogger maskulin).
Contoh magazine template:
http://www.themexpose.com/2015/06/wagazine-responsive-blogger-template.html
01. TEMPLATE
Template yang aku pakai adalah Espellete from Etsy so sebab tu aku bebas tukar sana-sini. Free template bagi aku takde hal kalau nak pakai, tambah-tambah bagi blogger yang cepat boring dengan satu-satu design, jadi terpulanglah untuk pakai template apa pun, tak apa. Bersyukur tau sebab banyak template personal blog yang mudah didapati sama ada free ataupun berbayar.
Untuk free responsive template, aku sudah pernah explain dengan panjang lebar, Jadi jika berminat boleh baca panduan install free responsive template dan juga di mana kita boleh dapat responsive template dengan percuma ni dalam entry INI.
Kalau berminat untuk beli template personal blog yang cantik, profesional, elegan dan cute, dengan harga yang berpatutan, aku sarankan untuk beli di:
- https://www.etsy.com/shop/BloggerTemplate
- http://wanaseoby.com/shop-opening-scarlet-blogger-template/ (Malaysia)
- https://www.etsy.com/shop/BestForBlogger?ref=l2-shopheader-name
02. TEMA WARNA
Warna kegemaran aku adalah merah dan hijau tapi dua-dua belum lagi aku gunakan untuk tema blog aku, perasan tak? Aku ni jenis bedal je warna apa yang aku rasa menarik bila aku edit guna customization template tu.
Tema warna buat masa sekarang adalah peach, insyaAllah aku gunakan warna ni dalam jangkamasa yang lama sebab ramai bagi feedback warna ni cantik dan soft.
Antara gabungan warna cantik untuk blog adalah :
- Biru/putih - Sangat mendamaikan, rasa sejuk je, aku sendiri pernah guna theme biru ni
- Gold/putih/hitam - Warna gold ni exclusive dan nampak mahal
- Pink - Sesuai untuk mereka yang suka girly theme, cute gituee
- Hitam/putih - Serius aku suka blog minimalist gini, kebanyakan blog matsaleh la, tapi bila nak apply kat blog sendiri rasa tak ngam pulak sebab aku ni jenis otak rainbow sikit. So blog orang okay, blog sendiri tak mau. HAHAHA.
03. HEADER
Header ni bagi aku satu trademark yang sangat powerful untuk memukau mata setiap orang yang singgah ke blog kita. Bagi aku tak kisahlah header tu cuma pakai tulisan, atau vector, atau illustrasi menggambarkan isi blog, janji kemas dan cantik.
Semua orang boleh jadi kreatif dengan adanya berjuta freebies daripada pinterest. Searchlah apa gambar korang nak + free kat belakang ayat dalam pinterest tu, takkan kecewa punya. Downloadlah segala free vector, floral, wreath, brushes dan macam-macam hadoo.
Bagi orang yang tak berapa nak kreatif (contohnya akulah, bukan orang lain), jangan runsing, sebab kita boleh dapatkan servis header dengan harga yang murah je.
Nak header cantik tapi tak kreatif? Dapatkan khidmat/servis berpatutan daripada :
- https://mellyacrayola.blogspot.my/
- http://sishawa.blogspot.my/
04. RUANGAN ABOUT ME/PENULIS
Ruangan PENULIS yang terpampang jelas pada menu bar blog ini bagi aku itu adalah salah satu elemen penting yang aku sangat titik beratkan dalam setiap blog yang aku jenguk.
Ruangan penulis ni sedikit sebanyak memberi pembaca rasa selamat berada dalam blog kita. Macam ni lah, kalau kita tak kenal orang tu, mesti rasa macam takut duduk dalam rumah dia kan, rumah orang tak dikenali. Tapi kalau rumah orang yang kita kenal, mesti kita rasa selamat. Itulah analogi yang aku boleh simpulkan.
Tapi terpulanglah pada empunya blog itu sendiri. Dan jangalah pula masukkan data sulit sekali dalam tu, cukuplah 'Blogger from Kedah' , jangan tulis alamat sekali poskod bagai, hahah.
Manakala ruangan HUBUNGI tu aku wujudkan untuk memudahkan orang menghubungi aku. Mana tahu ada tawaran menarik ke, nak bagi duit ke, muahahaha.
Cara letak Contact Me asing dalam page Menu Bar :
http://www.bloggerplugins.org/2013/05/create-separate-contact-page-for-blogger.html
05. PEMILIHAN FONT
- Roboto - free
- Josefin sans (perasantan,kekeke) - free
- Quicksand - free
- Futura PT - bayaq!
06. GADGET-GADGET LAIN
Ada beberapa gadget penting yang akhirnya aku decide untuk tetap biarkan pada sisi sidebar blog aku walaupun ramai dah tak pakai (contohnya chatbox) atas beberapa alasan tersendiri.
- Search bar - Memudahkan urusan pembaca
stalkcari apa yang mereka nak cari dari blog ini. Yelah, ada ilmu kita kongsi-kongsikan. - Mini about me - Briefly cakap nama penulis, ada apa dalam blog ni dan cara nak contact. Kata mudahnya ni adalah ringkasan dari page ABOUT ME yang panjang tu.
- Social Link - Kalau sesiapa rasa suka nak berkawan dengan aku silalah add/follow beberapa media sosial aku tu, jangan lupa bagitau hangpa blogger, baru aku followback, kekeke.
- Follow - Aku cuma letak button follow Blogger dan button follow Google+ sahaja, aku dah tak sanggup lagi nak memobesitikan blog aku ni dengan segala button follow media sosial lain, cukuplah url selalu orang salah baca jadi missobesiti.blogspot.com.
- Popular Post - Saja la nak bagi hangpa lekat lama sikit dalam blog ni, hehehe. Lagipun senang juga untuk aku pantau sendiri orang suka apa dalam blog aku ni, penulisan merapu kah, motivasikah, doktor cinta kah, atau orang cuma cari tips & tutorial.
- Chatbox - KLIK SINI kalau nak juga online users simple macam aku tu dan SINI untuk tutorial cbox comel macam aku. Oh ya cbox ni ramai blogger dah buang dari blog sebab ramai salah guna dengan link iklan dan juga orang singgah just tinggal jejak tapi tak baca entry pun. Bila tak da cbox ni padan muka semua haaa kena komen juga entry nak tak nak. Tapi aku kekalkan je cbox dalam blog aku ni,lantak kome la nak baca ke tak entry ni, janji blog aku mesra pengunjung. Lagipun bukan apa, cbox ni memudahkan aku blogwalking dari satu blog ke satu blog lain. Tapi apa salahnya komen jela entry aku tu, alang-alang masuk kan. HAHAHA.
- Autoping - Babab.net dan Pingje adalah pilihan aku untuk ping entry aku secara auto. Kelebihan autoping ni kalau tak salah aku boleh percepatkan google untuk index @ crawl (aku tak ingat mana satu term betul) entry terbaru kita. Walaupun aku tak ingat term dia, tapi yang aku pasti banyaklah kelebihannya autoping ni.
- Bloglist - Blog selalu aku singgah, siapa nak masuk bloglist sini habaq kat chatbox sana link ok.
- Blog archive - Senang nak cari entry lama balik. Kan? Ke korang rasa tak penting?
- Instagram - Eh haruslerr tayang selfie-selfie terkini, gittewww.
29 Comments
Fuhh bila mai berbicara, betul tu. Akk pun jenis cepat bosan dengan sesuatu benda. Bila bosan je akk tukar template. Nasib ada yang free. Kadang tu yang free tak ngam pulak dengan blog kita.
ReplyDeleteHaa tu la kak kinah, betul tu, kena rajin godeh2 sampai jumpa yang serasi.
Deletesaya nak masuk bloglist hehehe :)
ReplyDeletefont dan colour memang amat penting untuk blog..
ReplyDeleteBetul, pemilihan warna jangan striking sgt, dan jangan sampai tulisan tak jelas, tu paling penting.
Deletenice entri !
ReplyDeleteHarap bermanfaat, Cik Itah :)
DeleteBetul betul. Setuju setiap yang mai katakan.
ReplyDeleteTapikan, untuk cbox tu ira masih lagi display lama. Kena bayar ke Mai untuk display yang rupa gitu?
Terima kasih Ira.
DeleteCbox tu sama je Ira, version baru, cantikkan, boleh bacahttps://missobsesi.blogspot.my/2016/11/tutorial-buat-cbox-baru.html untuk tutorial cbox comel.
Pandai mai bagi info tentang blog. Kak ana suka baca. Blog Mai antara blog yg kak ana suka singgah dan template pun cantik dan kemas. Tahniah dear ❤
ReplyDeleteHehehe mai mampu kongsi pendapat je kak Ana, mungkin juga ada readers tak suka design mcm ni, sebab selera masing-masing. Hihihi.
DeleteTerima kasih kak Ana sebab suka singgah sini. ❤
Pagi Mai...tips yang bagus..eh sama pulak warna fav kita ni..merah dan hijau..
ReplyDeleteMalam Mrs Fuzy (hehehe baru sempat reply). Terima kasih, moga bermanfaat. Eh sama pula ni, mmg suka dua warna ni.
DeleteBila tukar template nak kena set balik semua tu, makan masa juga tu, bila saya tukar baru-baru ni, firewall tetiba block blog saya lak... hahaha....
ReplyDeletePenat tukar template ni. Hahahaha. Kena ambil masa juga... Aiks mcm mana boleh jadi firewall pulak ni.
DeleteYang penting pembaca rasa template & artikel menarik kan 😀
ReplyDeleteHehehe, betul tu, template cantik kenalah padan dengan entry menarik, tu yg susah tu...
DeleteWalaupun Mai taip macam membebel tapi penuh info. Good Job Mai ❤
ReplyDeleteSuka baca 😍
Hehehehe membebel sambil berkongsi Sis ❤
DeleteThank youuuuu~!
haha. mana ada entri ni syok sndiri la mai. tp entri ni bnyk membantu blogger lain untuk betulkan blog dorang dari segala apa yg tak betul. maksudnya dri segi kriteria yang mai cuba sampaikan ni. busyra mmg suka baca blog yang background nya putih. sebab mudah. tp mostly blog sekrang warna putih kan. hehe
ReplyDeleteHihi seronok boleh share pendapat, harap bermanfaat. Betul blog dengan background putih paling selesa dibaca. Tapi kalau warna pudar pink or blue ok lagi, cuma bercorak je langsung tak selesa nk baca.
DeleteHeader blog mek kak reen yg buatkan :) memang puaihhhh hati gilos ! Template pon dia buatkan :) Mek blogger yg pesen tk reti nk design sebab tu suh org je memanjang. Mek reti karang je. Wahahah !
ReplyDeleteKalau background brcorak tapi, dekat post putih okey je. Jangan tempat post pun bercorak jugak yang tu penat jugaklaa mata nak membaca. Saya suka blog yg nampak profesional tapi still santai. pendek kata macam blog2 omputih yang femes dekat pinterest. Comeiii! Hihi
ReplyDeletesy pun nak minta tlg dgn Mellya atau Hawa 😄 menyangkut kat hati sy 'missobesiti.blogspot.com' tu 😂
ReplyDeleteMay, nice post! <3
ReplyDeletePatutlah cantik je blog. hehe. teringin gak nak tukar template lawo2 ni, tapi part nak edit tu,,, ya ampun malasnya. hehe
ReplyDeletepatut cantik blog akak
ReplyDeleteThank you semua, hehehe
ReplyDeleteRabia pun cepat bosan dengan template,sebab tu asyik tukar template jer
ReplyDelete