ICT Kulim

Setelah semalaman berhempas pulas pasang template blog, pada mulanya aku tukar dua template latest dari ThemExpose dan juga Beauty Template yang aku download secara percuma tetapi aku rasa tak serasi pula. Akhirnya aku bertukar kembali dengan theme Espalette ni. Tapi aku beri beberapa nafas barulah, amacam suka tak? Ok last la aku dah insaf lepas ni, no more buang sana tambah sini code ni dah, penat oh nak tukar.

So petang Jumaat ni aku nak jadi lebih produktif dah sihat (kononnyelah), aku ajak anak buah aku beriadah. Antara tempat selesa dan selamat untuk beriadah di Kulim ni adalah taman permainan ICT Kulim. Hahaha macam kelakar pula ICT Kulim, aku tak pernah datang lagi pada waktu malam, family aku bukan jenis melepak malam, nak buat cemno. Tapi ICT Shah Alam aku dah sampai dua kali dah, memandangkan rumah sewa aku dulu sebelah ICT Shah Alam je, buka tingkap nampak ICT mau tak berkobar nak pergi, jalan kaki pun sampai. 

ICT Kulim

Sebelum sampai ke playground sempat ajak aku singgah kat kedai RM2 beli bola tu, aduh, layan jelah, nasib baik sayang. Dah tu baru main beberapa minit minta aiskrim durian pula. Alhamdulillah produk bumiputera, wangi dan sedap aiskrim tu.

Jatuh Saham

Tapi ada ke patut waktu aku beli aiskrim tu, makcik and pakcik jual aiskrim tu cakap aku mak bebudak ni. Aku tak nafikan pun aku biar jelah. Senyum jelah bayar duit, murah je RM1. 

Masa aku duduk dekat bangku tu penat bersenam sekali bebudak ni, ada seorang akak tu datang duduk sebelah aku. Dia tanya 'Anak sulung tu umur berapa?' Hahahaha, aku pun tak tahu nak tergelak ke camne, sebab aku tengok Dania tengah bersenam sambil terjerit-jerit, mestilah orang pelik sebab Dania tinggi tapi perangai macam budak-budak.

"7 Tahun. Hehe." 

"Ohh tinggi, besar dia.. Ingat dah darjah 3 ka." 

Aku pun berborak pasal umur dan sekolah bebudak ni dengan akak tu, ala macam mak mak duk sembang. Aku pun tak tahu nak selit macam mana cakap aku cuma aunty diorang, muahahaha. Agaklah, kalau orang tahu umur aku takkan logik aku ada anak 7 tahun.

Ni mesti muka aku pun tua sekali. Arghh tension betul aku. Hahaha. Semalam tension dengan template, harini tension dengan umur. 

Jatuhlah saham aunty hangpa ni oiii dari dulu jalan mana-mana bawak anak buah. Dari aku 20 tahun ada lesen, aku selalu usung anak buah aku kesana sini alone, kakak aku pun tabik dengan aku sebab dia kata dia tak boleh handle kalau keluar tanpa husband.
Aku anggap tu sebagai pujianlah, hehehe see I can live without a man. 

(Sembang gebang je,nak bukak jem pun cari bapak. Kekekeke.)


Follow