Review Filem Ae Dil Hai Mushkil


Sinopsis Ae Dil Hai Mushkil:


Ayan (Ranbir Kapoor) telah jatuh hati dengan best friend dia Alizeh (Anushka Sharma), tetapi Alizeh memilih untuk kembali kepada cintanya Ali (Fawad Khan). Ayan yang kecewa membawa diri sampai dia terjumpa Saba (Aishwarya Rai Bachchan) seorang penulis yang matang dan menggoda. Masa Ayan menjalinkan hubungan dengan Saba, dia tersedar perasaan sebenarnya pada Alizeh.




Ulasan :
Review Filem Ae Dil Hai Mushkil

Pada mulanya filem ni sangat funny, mengekek aku tergelak dengan gelagat Ayan yang anak manja dan Alizeh yang jenis banyak akal. Persahabatan diorang yang bermula masa dua-dua nak curang lah konon dengan pasangan masing-masing bila ada masalah lepastu terus jadi bestfriend, alamakkk sangat comel dan aku yang tengok pun rasa alololo cutenya, good job pada Anushka dan Ranbir Kapoor.

Langit tak selalunya cerah. Alizeh jumpa balik ex dia yang dia cinta mati, Ali. Omg Ali supposed to be batu penghalang dalam cerita ni tapi apakan daya aku rasa dia hensem sangat, muahahaha. Dah tu aku kalau jadi Alizeh pun aku balik ke Ali, eh!

Review Filem Ae Dil Hai Mushkil
Fawad Khan - Ali
Aiswarya Rai akhirnya dijadikan mangsa rebounce relationship si Ayan yang patah hati ni. Aisy sangat gorgeous dalam cerita ni, tapi aku wonder la husband dia tak cemburu ke babak peluk cium sakan sangat dalam movie ni, heheh. Tapi nasiblah Aisy ni nampak yang sebenarnya Ayan cuma perlukan dia, bukan cinta pun. Sedih juga hidup Saba dalam movie ni.

Quotes menarik dari Saba, " A happy marriage means a good life. An unhappy one means good poem." Ya aku setuju, perasaan sedih yang membuat seseorang itu menulis karya yang bagus. Cubalah tengok, antara lagu sedih dengan lagu ceria entah pape best lagi lagu sedih kan. Eh ke aku sorang rasa macam tu?

Review Filem Ae Dil Hai Mushkil

Movie ni mengetengahkan mengenai persahabatan VS cinta. Ayan ni cinta mati betul dengan si Alizeh, tapi Alizeh tetap dengan pendiriannya untuk mengasingkan persahabatan dengan cinta. Aku rasa macam nak pergi sekeh je dia cakap. "Ko pehal, apa salahnya jatuh cinta dengan bestfriend hah?" Tudia punya emosi. Hahah.

Aku buat kesimpulan sendiri yang belum tentu orang yang kita cinta akan membahagiakan kita, tapi orang yang cintakan kita akan sudi buat apa sahaja untuk kita..termasuk lepaskan kita untuk kebahagiaaan kita. Hmm...

Filem ni takdelah dapat rating tinggi pun, untung tak kena bakar panggung je, kekekeke. Siap ada 7 sebab kenapa tak payah tengok movie ni (spoiler alert) kalau nak baca pergi kat :
http://www.rediff.com/movies/report/7-reasons-why-you-should-not-watch-ae-dil-hai-mushkil/20161103.htm

Tapi bagi aku, chill la movie je kot, ape lah nak serius sangat sampai sebab Ayan dan Alizeh anak orang kaya dalam movie ni korang nak boikot. Adoi.. Best je bagi aku, lagu pun best dan masuk dengan cerita. So aku nak bagi ☆☆☆☆/☆☆☆☆☆. 


Tonton online : http://www.subsmovies.com/watch?movie=4559006

Nah aku belanja satu lagu favorite dari movie ni

Follow