Hola!

Tuptup sudah melangkah ke bulan ketiga dalam 2017 ni, rasa macam nak buat misi Mac pula, maklumlah setelah lama menganggur, marilah kita berubah jadi penganggur yang produktif, acewahhh, muahahaha. Wish me luck!

2017 MARCH GOALS

01. Kembali Aktif Membaca

Rasanya dah lama aku tak membaca buku, sedih tau sebab membaca adalah salah satu hobi aku sebelum hidup aku dijajah gadget smart phone. So dengan bilangan buku yang belum disentuh berlambak dalam rak buku, ayuhlah aku nak mula untuk rajin membaca balik. 

Antara idola dalam geng kaki buku ni adalah Kak Siqah, Kak Sha, Fatina, dan Claudya. Beza aku dan mereka sekarang adalah mereka baca buku, aku baca sinopsis buku yang mereka review,hahahaha, teruk betul.

02. Tidur Awal Bangun Awal

Aku rasa perkara ni paling susah nak buat sebab aku tak suka campurkan waktu persendirian aku dengan waktu bersama family. Waktu siang seboleh-bolehnya aku akan tumpukan sepenuh perhatian dengan family aku sebab tu aku memilih waktu tengah malam untuk aku buat aktiviti aku yang lain.

Repair resume, prepare cover letter, blogwalking, check email, dan menulis novel wattpad semua tu akan aku selesaikan waktu semua family aku dah tidur, kalau tidak aku nak bersembang dengan mak, aku nak main dengan anak buah, aku nak gossip dengan adik, payah, hahaha.

So aku pun tak tau macam mana aku nak tidur awal, nantilah aku fikir, aku buat je goals bagai ni dulu,hahaha.

03. Bersenam & hilangkan lemak pada lengan 

Aku pelik betul lah, kalau perempuan lain ada masalah dengan lemak pada pinggul dan peha, aku punya lemak semua nak bertepek kat lengan je, sakit betul hati aku ni. Mana tidaknya, kalau peha or pinggul macam Kim K ke JLo ke seksilah juga, dan kalau lepak kat pipi kan gebu macam kuih pau pujaan ramai, ini lengan je yang berlemak! Argghhgghfhfhghgfhgh.

Macam mana nak buang lemak tu aku pun tak tahulah. Nak pergi gym tak ada teman, so aku rasa aku bersenam ajelah depan laptop sambil tengok demo dalam youtube. Hahaha. Planking okay kot? Entahlah, sis cuba kayh.

04. Konsisten Menulis Blog & Wattpad

Aku harap March ini aku akan konsisten menulis blog dan tak tinggal lama-lama sampai berhabuk (cewah ayat cliche bloggers bila tinggal blog lama-lama). Menulis memang boleh konsisten, tapi nak bagi hasil penulisan yang WOW tu susah sikitlah, tak apalah tak WOW pun, asalkan positif dan bermanfaat*sis cuba.

Untuk Wattpad aku target untuk habiskan buku 'Izinkan Aku Bahagia' secepat mungkin. Dan dalam perancangan juga untuk tulis buku baru kategori Matured Content (sis gatal) pulak,kekekeke. Gurau je. 

Tahniah kepada kawan blogger aku yang dah beralih arah ke Wattpad sis Mell Marian atas penerbitan buku Wattpad beliau ke hard copy. Tepuk sikit!!! M bukan sahaja penulis yang baik, dia pencerita yang hebat dalam penulisannya. 

05. Buang Tabiat Buruk Suka Melengah-lengahkan Kerja

Ok aku harap March ini, aku dapat eliminate sikap buruk aku yang suka buat relaks tak kena gaya. Zaman sekarang ni siapa cepat dia dapat ok, tolonglahhh sedar diri tuh.

Apa sahaja dalam perancangan, bangun dan terus buat. Buang 'nanti-nantilah', 'lepas ni', or 'kejap lagilah' semua tu. 

Fuh. 

Sis kena kuat!


Hehehe, yang penting March ni aku kena happy dan positive sokmo :) 

So apa March Goals Korang?


Follow