Review Hadiah dari Bloggers kepada missobsesi.blogspot.my

Assalamualaikum, hi readers and friend.

Alhamdulillah kebelakangan ni Blog Mayy Jie semakin murah rezeki, syukur rahmat daripada Allah. Sampai bapak aku tanya lah, "siapa bagi tu, blog apa la lagi ni?", hahaha susah nak explain untuk bukan blogger kan. Yelah kalau kat fb tu siapa nak bagi hadiah kat pengomen tegar, takdenyaaa, so we're lucky to be blogger.

Alhamdulillah juga sebab blog aku masih diterima kawan-kawan dalam dunia blogging ni. Sejak munculnya blog hebat-hebat, apalah nak dibandingkan aku yang adsense pun tak lulus ni, muahahaha. 

Baiklah kali ini aku akan listkan senarai hadiah yang sudah diterima. Terima kasih sangat kepada semua, semoga murah rezeki kalian, mungkin aku pun patut bagi hadiah juga pada pembaca setia sini kan? Hmmm. InsyaAllah! 

HADIAH


01. Hadiah Misteri (Mask) - Mellya Crayola

Face Mask

Terima kasih Mellya kerana sudi memberikan dua keping mask untuk muka ceq yang agak kusam ni. Hihihi. Syok sangat relax-relax sambil pakai mask ni. 


02. Komik dan Pencilcase - Rii Svior

Thailand Pencilcase

Bukan hadiah giveaway tau, tapi Rii bermurah hati nak bagi dekat Mai & seorang lagi blogger bertuah, iaitu Kak Lea Azleeya (http://www.leaazleeya.com/). Alhamdulillah, terima kasih Rii ❤


03. Syampoo & Novel - Hanis Masturina

Novel Biar Jadi Kaktus

Sebenarnya ada syampoo sekali novel untuk hadiah dari Hanis ni, tapi syampoo dah habis guna, ehehehe, mana tidaknya, syokkk ooo berangin kepala. 


04. Planner by Paper & Planner 


(Baca Review Planner kat https://missobsesi.blogspot.my/2017/01/review-planner-2017-by-paper-planner.html)


05. Corner Bookmark - Kak Mek

Corner Bookmark

Kak Mek bukan bagi kat aku je, ada juga blogger bertuah lain yang dipilih berdasarkan siapa rajin komen di blog kak Mek, hihihi. Thank you kak Mek, so cute!


CASH 
01. Kak Lea Azleeya - RM10

02. Belajar Buat Blog - RM30

03) Nile.com Lucky Draw - RM100

04) Slimmtreat Giveaway - RM50

05) Giveaway Elsa - RM5.00 (top-up)

Terima kasih semua penganjur + penaja giveaway, dan juga blogger yang bermurah hati untuk belanja hadiah suprise untuk rakan blogger. 

Semoga semua dimurahkan rezeki dan maju jaya dalam bidang blogging.


Follow