Valet Buku PTAR


Hola everyone, okay dup dap dup dap, haa dengar tak jantung aku berdegup kencang. Nak konvo lah katakan.... Tup sekali aku dapat surat dari UITM cakap tak boleh konvo selagi tak hantar buku library, kekekeke, sorrylah terlupaaa je, maaflah pakcik library.

So aku dah pening, sudahlah lupa hantar buku, kena marah dengan mama lagi sebab cuai sangat. Takkanlah aku nak terbang ke UiTM Shah Alam semata-mata nak hantar satu buku je kan. Aku pun kemurungan seharian (tipu je, murung 5 minit). 

Nak minta tolong kawan? Bukan senang weh, hahahaha. So aku try tanya seseorang kat Shah Alam tu, student UiTM juga, tapi dia selalu buat servis amik hantar students je (ala-ala grab car student). 

Aku try nasib jelah ni, berdebar kot-kot dia nak reject permintaan aku. Yelah, dia selalu hantar amik student je, ni aku nak suruh hantar buku, hahahaha. Loqlaq.

So aku tak tunggu lama, aku ambil no phone dia dari facebook, aku terus whatsapp. Selepas cerita masalah aku, dia bersetuju untuk tolong aku, siap kata yelah rugikan nak ulang alik sebab satu buku! Yeay! Esok aku akan post buku dekat dia, dan bank in upah. Terima kasih Allah sebab memudahkan urusan aku. Terima kasih seseorang tu sebab sudi tolong aku even kita bukan pun kawan rapat, cuma kenal satu universitilah. 

Eh apa nak rahsia-rahsia kat sini kan. Alang-alang tu entry ni aku buat appreciation post sekali la... THANK YOU AMEERA sebab tolong Mai ❤❤❤.

Pengajaran hari ini, tolonglah jangan cuai kalau tak mampoih tak boleh konvo. Kekekeke.




Follow