Playing Victim

Sorry Mr.Majestic Wolfie, pinjam gambar awak yang hensem menghiasi entry kali ini sekadar hiasan. Sebab orang suka playing victim ni sungguh hina tak boleh nak disamakan dengan haiwan. Umpama baling batu sembunyi tangan, dan menuding jari pada orang lain. 

Lebih mudah menghadapi orang yang suka mengkelai tapi akhirnya solve masalah yang timbul dengan kita sendiri, daripada orang yang suka playing victim dan berpura-pura menjadi mangsa keadaan dan dianiayai oleh kita padahal dia sendiri yang bermasalah. 

Mengenali orang suka playing victim ni mudah sahaja.

01. Mereka suka berpura-pura lemah. Tapi lemah ke? Padahal semua orang tahu dia bukan jenis duduk bersabar, tapi kaki bergaduh.

02. Menceritakan kisah mereka dianiayai pada semua orang, kononnya menjadi mangsa yang dianiayai, yang tersepit. Orang lain jahat kerana menyakiti hatinya, tapi bab dia menyakiti hati orang lain tidak apa, tiba-tiba jadi buta.

03. Memburukkan orang bukan dengan fakta tapi umpatan kosong.

04. Pura-pura poetic dengan poem sarkastik taik kucing di media sosial mengatakan semua orang menganiaya dia dan orang cuma mahu mengambil kesempatan atas dia.

05. Cerita sebelah pihak je pompang pompang, orang lain diam sahaja. Sentiasa menganggap diri sendiri dipihak yang benar.

DIAM BUKAN BERERTI SALAH. Apabila orang bercakap dengan fakta dia menangkis dengan emosi. Tidak guna berbahas dengan orang seperti ini, kerana mereka kadang-kadang sanggup mereka cerita palsu asalkan akhirnya kita tetap penjenayahnya.

Mereka tidak pernah ingat apa yang mereka buat pada orang lain. Perlian dianggap gurauan, cakap lepas dianggap tidak sengaja, ignore bila tidak perlu dianggap perkara biasa. It's a big NO my dear. Kita berinteraksi dengan manusia yang ada perasaan, bukan dengan tiang elektrik.

Bila orang sudah bosan & jelak dengan perangai mereka, dan orang mula bersikap seperti mana yang dia sendiri treat orang... Mulalah keluar sinetron percuma dengan mengaku menjadi mangsa keadaan. 

Semuanya salah orang lain. 

Jangan ingat diam orang kerana salah. Duduk dan nilai sikap diri sendiri yang banyak melukakan hati orang. 

Terima kasih.


Follow