Saturday, May 27, 2017

Ragam Ramadhan Masa Kecil Dulu

Ragam Ramadhan Masa Kecil Dulu

-Niat Puasa dengan Lagu Raihan-

Semuanya lebih fun dan mudah melekat dalam kepala dengan lagu. Selain doa-doa harian yang dilagukan oleh kumpulan Tilmiz, niat puasa juga telah dilagukan untuk menarik minat kanak-kanak untuk mengikutnya. Terima kasih kepada kumpulan nasyid Raihan sebab dengan lagu niat puasa yang catchy dan lengkap sekali penerangan tentang puasa.


-Makan Sahur sambil Pejam Mata-

Jam 5 pagi nanti mama akan kejut untuk turun sahur. Liatnya bukan main lagi, tapi turun juga sebab takut lapar esok hari. Maklumlah semangat berkobar nak puasa full demi 'kachingggg $$$' yang abah janjikan untuk siapa yang puasa full. Maklumlah bebudak lagi masa tu. Sahur wajib makan, tapi tak janji la makan sambil terjaga. Kadang-kadang mata tu rapat je tertutup sambil makan.

-Jadi Tahanan Sebelum Subuh-

Selagi belum azan Subuh kami menjadi tahanan di ruang tamu. Tidak dibenarkan untuk naik ke bilik sebab nanti tertidur tak sembahyang Subuh. Hahaha. Masa jadi tahanan ni mata mulalah cerah nak bergosip la, bercerita hantu la, kadang-kadang isi masa dengan membaca komik 'KAWAN', masa tu legend la komik tu.

-Menyaksikan Kawan-kawan 'terlupa' Hari Puasa-

Hahaha cewahhh. Bukan tak mengaku tapi memang aku tak pernah ponteng puasa masa kecil dulu. Sebab 'kachingggg $$$' yang abah janjikan tu tak akan bermakna lah kalau aku ponteng senyap-senyap. Aku pun tak tahu kenapa aku rasa tak bermakna masa tu padahal bebudak je pun. Hahaha tapi kawan-kawan aku kat sekolah tu boleh tahan la jugak menguji iman. Diteguknya selamba depan aku susu RMT yang diorang dapat, gulp gulp gulp aku menahan napsu. Hahah. 

-Tolong Kacau Mak buat Kuih Raya-

Mama suka buat kuih raya waktu malam, memanglah seronok nak menolongnya. Kadang-kadang sambil masukkan dalam balang, sambil masukkan sekali dalam perut. 'Satu untuk balang, satu untuk aku', sudahnya kuih mama pun tiba-tiba jadi susut dengan mendadak. HAHAHA.

-Belajar Anyam Ketupat dari Nenek-

Bab anyam ketupat kami selalu belajar dari Tok (nenek). Sebab Tok power lah bab-bab ketupat ni, maklumlah tangan orang lama, kemas je balutannya. Sedihnya, kami ni hanya mampu merosakkan daun palas tu, sungguh serabai ye hasil kerja aku masa kecik dulu (padahal sekarang pun tak terer-terer lagi, sobss).

-Jalan-jalan Bazaar Ramadhan dengan Atok-

Masa kecil dulu aku setiap hari akan ikut Arwahyarham Wan (atok) aku ke Bazaar Ramadhan naik motor Kriss hijau Wan, heheh. Kadang-kadang kami beli kuih muih, kadang-kadang kami tak beli apa pun, seronok tengok-tengok makanan banyak kat Bazaar. Rindu sangat Arwahyarham Wan & Arwahyarhamah Tok Dah. 

-Berebut Peha Ayam paling Besar Masa Berbuka-

Mama tahu kami semua makan ayam peha sahaja, so mama akan masak pun semua ayam peha. Jangan ingat problem solved sebab nanti masa berbuka ada lagi perang berebut ayam peha yang bersaiz palingggggg besar. Walau secubit lemak pun kami akan teliti betul-betul sebelum cedok supaya pastikan dapat yang paling besar. HAHAHA.

Memang seronok kalau imbas kembali pengalaman berpuasa masa kecil dulu. Terutama bab berbuka, lengkap satu keluarga kat tikar makan tu. Sekarang masing-masing dah besar dan ada komitmen sendiri, jarang sangat nak lengkap lagi kecuali beberapa Ramadhan akhir, itupun kalau ada rezeki lah. 

Apapun semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna. Rebutlah peluang untuk beribadat lebih lagi. Jangan anggap beribadat lebih pada bulan Ramadhan ni satu perkara hipokrit, kerana hanya Allah dapat menilai amalan kita. Kumpullah sebanyak mana pahala yang kita mampu, itu sahajalah mampu buat bekalan kita di SANA nanti, bukan kata-kata orang lain.


Follow

Previous Post
Next Post

About Author

Hi, nama saya Mai, 24 tahun, graduan biomolecular sains yang bekerja dibidang lain, sangat menyayangi makhluk berbulus terutamanya kucing. Saya mengambil tempahan edit blog dan juga servis review produk. Hubungi saya di blogmayyjie@gmail.com. Terima kasih atas kunjungan anda.

35 comments:

  1. salam ramadhan sis..wahh..cantiknya blog..

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadhan, selamat berpuasa Mai. Time kocik, kami sekeluarga jarang ke bazar. Time dah besar ni ada sedikit kerajinan nak jenguk bazar tu :'p

    ReplyDelete
  3. Seronok kan zaman kecik kecik dulu, kelakar kalau ingat balik. Selalunya yang kelakar part nak bangun sahur, nak tahan lapar.. Haha😂

    ReplyDelete
  4. Alahai.. comel je pengalaman Mai.. selamat berpuasa mai..

    ReplyDelete
  5. Banyaknya kenangan mai. Seronok kan masa kanak2. Rindu sungguh kak ana masa2 tu. Happy saja takde masalah nak pikir.

    ReplyDelete
  6. Haaa nasyid tu memang lagend. Hahaha kalau puasa dulu-dulu memang wajib kot dj radio pasang dj sekarang je kurang iskkkk. Sehal lagi makan mata terpejam dengan anyam ketupay yes i feel you hehe rinduuuuuu.

    Selamat berpuasa Mai :)

    ReplyDelete
  7. berebut paha ayam tu memang setiap kali makan dengan family akan berebut. hehe
    Salam Ramadhan. Selamat berpuasa 😊

    ReplyDelete
  8. seronok pergi bazar ramadan tengok macam-macam kuih ada. ada satu kuih ni tak ingat nama dia apa tapi kotak empat segi balut dengan daun pisang selalumakan masa buka puasa

    ReplyDelete
  9. jom join GA ni. Dapat gambar polaroid free free je. http://shahirahsarmy.blogspot.my/2017/05/giveaway-july-2017.html

    ReplyDelete
  10. hahaha..kenangan tu tetap hidup dan kadang buat kita tersenyum bahagia tanpa sedar...berharganya kenangan tu kan..

    ReplyDelete
  11. hahaha macam macam nya ragam yang dibuat. lebih kurang dengan elsa dan adik lah haha. kalau sahur tu, daripada kejut sahur sampai duduk dekat meja makan senyappp je taknak bercakap. lepas dah dapat makan, ada pulak suara! hahaha. tulah perangai kitorang tiap tiap tahun

    ReplyDelete
  12. bestkan masa kecik. komik kawan tu legend sangat. Selamat menyambut bulan Ramadhan =)

    ReplyDelete
  13. Macam-macam ragam waktu kecil dulu. Memang rindu kan :) hihi. Apapun selamat menjalani ibadah puasa Mai :)

    ReplyDelete
  14. Selamat Berpuasa Mayy ;) Salam Ramadam al-Mubarak!

    ReplyDelete
  15. Seronok kalo terkenang masa kecik2 kan. Takkan pernah lupa.

    Salam ramadhan mai.

    ReplyDelete
  16. Salam Ramadhan Kareem Mayyjie! :)

    ReplyDelete
  17. Hai Mai lama tak singgah sini, sorry

    Ponit first mmg semua cmtu kan, kdg sampai terbawak ke dewasa skang pun niat smbil iramakan lagu Raihan tu haha

    Makan sambil pejam mata ini mmg kdg sampai terangguk2 depan nasi tu, sblm mkn sahur sempat lg tidur jap kat situ

    Kena tahan tu Mai 😅, sy xla sampai kena thn tp jd automatic xnak tido sbb dah plan dgn adik kakok main kayuh sampan (pdhl atas rumah je pon) hari2 kot main tu je apola~

    Point selebihnya tu sy xmerasa la sbb xduk kt kampung pulak mak bkn jenis suka mkn mknn kedai so xmembelila 😊

    Papepon mmg memori puasa zaman kecik paling seronok kan. Selamat berpuasa Mai.

    ReplyDelete
  18. Ya Allah seronoknya kan Mai zaman kanak2 dulu..tapi Umi masa kecil rasanya entah puasa penuh ke tidak tapi paling syok nak tengok pengumuman puasa, raya dan tolong menyibuk ala2 tolong mak buat kuih hehe..nostalgic sangat kan

    ReplyDelete
  19. seronok kenangan masa kecik ketika berpuasa.. hehe :)

    ReplyDelete
  20. Mengimbau kenangan sungguh.seronok kan zaman kanank-kanak,
    Janji Kita

    ReplyDelete
  21. sisi senyum2 baca, tp part rebut paha ayam tu sis ktwa. mgkin dpt bayangkan suasana tu kan antara adik bradik =D
    selamat mnunaikan ibadah puasa buat mai dan kluarga =)

    ReplyDelete
  22. raihan bagus bukan sahaja senang nak ingat terngiang ngiang lagi hahaha

    ReplyDelete
  23. bab peha ayam paling besar tu lawak.. Memang akan perhati dgn teliti.. XD
    Eh komik KAWAN..! Dah tak nampak kan majalah tu sekarang.

    ReplyDelete
  24. Bulan ramadhan sekali setahun je..tak rebut sekarang rugi la

    ReplyDelete
  25. hahaha sahur sambil pejam mata tu memang real la. Sebab tengah sedap tidur kena bangun makan pulak tu. mula-mula nak suap nasi tu payah kemain, bila dah suap banyak pula tambah kan. Paling ingat tengok diari ramadhan rafiq dulu masa kecik2. Bila imbas kembali zaman dulu syok juga hehe

    ReplyDelete
  26. Samalah kita Mai tang menjadi tahanan x blh masuk tidur lps sahur.. Sementara dalam tahanan kena hafal sifir, hihihi 😁

    ReplyDelete
  27. Hehe bila ingat balik kenangan masa bulan Ramadhan time kecik-kecik rasa rindu pulak.

    ReplyDelete
  28. comel2 jerkkan ragam time kcik2 dulu... kemahen susah nak bangun sahur.. haha..

    ReplyDelete
  29. selamat menyambut bulan Ramadhan !

    ReplyDelete
  30. semua tu menggamit memori.. hahaha

    ReplyDelete
  31. hahahaha~ berebut paha ayam ? best nye !! kakak dulu tak dan berebut.. sebab abang akan dapat paha.. kakak suka kepak.. adik2 plak suka kaki ayam.. jadi perebutan tu tak de.. setiap satu dari adik beradik kakak suka bahagian lain lain..

    tapi !!

    kalau mak masak sambal hati / jantung / pedal ayam.. kami 6 beradik akan rebutkan jantung ayam sampai bergaduh.. hee~ seronok jadi kanak-kanak..

    ReplyDelete
  32. Hehe. Peha ayam paling besar! Betul tu selalu perhati ayam dari start baca doa lagi. Haha.

    Salam Ramadhan Mai =)

    ReplyDelete
  33. salam ramadha...wahhh igt lg semua tu ea...bagus2

    ReplyDelete
  34. most of kenangan mayy tu lebih kurang.
    ada gak skang jadi ragam anak-anak aida :)
    aduhai.
    ramadhan bulan penuh barokah.
    dan bulan yg penuh ragam :) ha ha ha...
    a great month.

    ReplyDelete