Assalamualaikum.

Alkisahnya pada tahun pertama aku buat Bank Islam (2011), baki minima yang perlu ada dalam bank hanyalah RM10. Kemudian beberapa tahun kemudian, baki minima itu dinaikkan sebanyak RM50.

RM50 tu adalah sangat banyak dan bermakna bagi students. Ada yang tanya, "Kenapa ko selalu keluarkan semua duit? Tinggallah dalam bank tu." Aku senyum je.

Sebab aku bukan jenis ada RM100 dah call minta duit kat parents. Aku call masa duit aku dah tinggal RM5, tu pun kadang-kadang aku makan sebungkus megi sehari je sebab aku TAK SAMPAI HATI nak minta duit walaupun mak aku cakap "Mintalah duit bila takda nak makan. Kalau tak minta kat mak abah hang nak minta kat sapa lagi." 

Sobs. 

Kemudian aku tak tahu kenapa, baki minimum tu sekali lagi diturunkan jadi RM10. Baguslah masa tu aku rasa Bank Islam dah faham students perlukan duit, tak perlulah sekat sampai RM50 , kena ada preparation RM10 kot kot nak ambil kat ATM MEPS masa emergency, kan dah RM60 tersekat gitu je. 

Okaylah. Kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Hahahaha.

Baki Minimum Bank Islam 2017 - RM50.00 (Al-awfar)

Thank you Bank Islam, aku ambil tempahan buat blog 5 orang, so aku ingat bolehlah nak belanja mak aku kat bazaar pastu beli wetfood sekotak nak buat kenduri Whiskas. Rupanya impianku punah. Nasib baik ada job lain masuk. Haish, sabar jelah.

Tak kesian ke kat students hah buat macam ni? Lagi satu kat ATM tu, tambah-tambah dalam kawasan Univesiti, banyakkanlah not RM10 & RM20. Bukan semua orang nak cucuk RM50 kan setiap kali nak ambil duit.

Nak kena buka akaun bank lain lepas ni yang mudah nak buat jual beli. Maybank ke CIMB best?

*Update (22/11/2017)
Baki minimum kembali jadi RM10. Mungkin semasa ada cabutan bertuah tahunan je baki RM50 diwajibkan dalam bank. Hehehehe.



Follow