Guna Scrub Ratu hilangkan jerawat yang tumbuh sebelum hari tunang!

Masih tak move on dari cerita tunang lagi nampaknya aku ni, hewhewhew. Takdelah, sebenarnya semuanya dah kembali ke realiti selepas tunang #CARIDUITNAKKAHWIN! Tapi aku rasa nak kongsikan kisah jerawat yang tumbuh beberapa hari sebelum tunang dan bagaimana aku hilangkan jerawat dalam masa 10 hari!

Jerawat di pipi
15 June 2017

Tuuu kat pipi tu.

Dalam gambar tak nampak besar sangat, maklumlah pakai Oppo, pakar fake selfie anda, haha. Tapi kalau kat luar sebenarnya besar, merah dan menyakitkan sebab asyik bergeser dengan spek mata aku.

Scrub Ratu (Beras + Kunyit) 
Kebetulan Scrub Ratu untuk wajah & badan daripada Busyra ni baru sampai ke rumah, so aku decide untuk cuba la. Takpa aku ikhtiar, jadi ke tidak aku berserah je masa tu sebab dah dekat sangat dah dengan hari majlis tu. Eleh macam ler encik tunang tak pernah tengok jerawat aku, padahal sebelum ni aku pernah kena outbreak teruk. Gitulah aku memujuk hati sendiri padahal siapa taknak nampak cantik masa hari bahagia sendiri kan?

Sebelum ini aku cuma cuci muka dengan cleanser je, lepastu dah tak kisah dah nak scrub ke, krim malam ke. Tapi untuk 10 hari tu aku terpaksa ubah cara penjagaan kulit muka aku sebab satu hari, hahah.

Rutin 'Fight' Jerawat Selama 10 Hari! 

01. Basuh muka bersih-bersih!
First sekali nak rawat kulit ni mestilah kena buang segala kekotoran kat kulit. Tambah-tambah muka pesyen berminyak macam aku ni, boleh goreng coq pisang, mestilah cepat kotor.

02. Wapkan muka 10-15 minit.
Letak semangkuk air panas baru mendidih diatas meja. Selubung kepala dengan towel dan wapkan selama 15 minit. Tujuannya nak buka liang roma, barulah sedap nak scrub kaw-kaw dengan SCRUB RATU nanti.

03. Scrub! Scrub!
Scrub sambil urut-urut muka dengan lembut. Takpayah tonyoh-tonyoh, kasar sangat nak pergi mana? Hahah. Lembut-lembut je biar meresap elok dengan kulit kita. Disebabkan Scrub Ratu cuma mengandungi bahan-bahan organik, tiada masalah untuk biarkan dia kering sendiri atas muka.

04. Pakai Pelembab Kulit
Lepas dah basuh muka dan lap kering-kering, sapulah pelembab kulit. Apa-apa jenama pun takpa asalkan serasi dengan kulit sendiri. Hihihi.

Siap!

Buat hari-hari sampai aku rasa jerawat tu makin kecut (nak picit tapi takda isi pun, jerawat jenis apa entah). Nasib baik scrub tu pun daripada bahan-bahan semulajadi, nak pakai kerap mana pun takda hal.

Alhamdulillah, akhirnya aku dapat bertunang bajet-bajet flawless. (Parut je melambak harap maap).


Sekarang aku tengah berusaha nak hilangkan parut pula. Sebab masa make-up haritu adik aku selaku MUA dah membebel-bebel dengan parut kat muka aku dah macam samseng Kampung Pisang. Ada satu part tepi mata aku tu macam lipan panjang dan lubang dia, hahahaha.

Nak ketuk pun kang dia taknak make up aku, so aku redholah menadah muka sambil mendengan leteran MUA sehari aku tu, hahaha.

Takpe kalau macam ni aku akan teruskan berikhtiar dengan Scrub Ratu ni untuk fight dengan parut pulaa. Sayangnya sebotol ni pun dah jadi rebutan dalam rumah sampai gaduh2, hahahaha. Kena beli lah lepas ni. Tengoklah penangan Scrub Ratu ni.

Kelebihan Ratu Scrub
❤ Menghilangkan jerawat badan dan bau badan❤
❤ Kulit cantik, halus, gebu dan cerah❤
❤ Buang daki,buang sel2 mati,buang minyak di badan❤
❤ Memutihkan celah2 tersembunyi❤
❤ Mengurangkan tekanan dan keletihan❤
❤ Kulit lembut dan lembab❤
❤ Kulit kembali sekata❤
❤ Menghilangkan ruam2 dan gatal2 dibadan.❤
❤ Kulit sentiasa tegang dan tidak berkedut❤
❤ Aroma yg cukup menyegarkan❤

Nak baca pasal Ratu Scrub lagi boleh klik SINI & SINI. Kalau nak dapatkan sendiri Scrub Ratu ni boleh hubungi Busyra sendiri, let's lawaaaa together!


Follow
Previous
Next Post »

16 Comments

Click here for Comments
7/10/2017 2:18 AM ×

rajinnyaaaa nak buat semua ni.. kalo CT memang malas nak tepek2.. tapi demi nak cantik.. yeah !! harus kita berusaha..

Reply
avatar
Anisa Anuar
admin
7/10/2017 8:23 AM ×

wahhhh nasib sempat hilangkan jerawat tu

Reply
avatar
7/10/2017 9:27 AM ×

CCL rajin scrub muka .. tapi homemade sendiri je.mudah dan jimat duit.hehe.banyak kelebiha scrub muka ni , tapi elakkan dari scrub tiap hari

Reply
avatar
Nurul Afifah
admin
7/10/2017 9:53 AM ×

sebagai someone yg kena outbreak terok ni saya paham sangattt. tapi tak pakai scrub sbb nanti kulit jd makin nipis and akan naik la jerawat. kalau pakai pon like sekali dua seminggu and sekarang pon guna madu and gula buat scrub. nah kau organik. jerawat kena pakai scar krim mayy. macam mederma ke hiruscar ke. tapi lamaaaaaaa. kalau parut lama susah, selalu mmg kena buat laser.

Reply
avatar
7/10/2017 11:02 AM ×

cantik mai syg.. hari tunang! alhamdulillah berjaya nyahkannn jerawat tu.. hehe

Reply
avatar
7/10/2017 12:05 PM ×

scrub ratu? tak pernah dengar lagi..rabia pakai scrub fellera beauty dgn scrub kunyit tu.

Reply
avatar
mamapp
admin
7/10/2017 12:22 PM ×

Bagus juga scrub ni ye

Reply
avatar
Ana Suhana
admin
7/10/2017 3:25 PM ×

Parut tu part plg geram tgk. Kak ana sampai skrg ada je lg parut2 jerawat dan parut kena cakar dengan adik 18 tahun lepas. Lama giler kot. Mcm2 produk pakai xhlg pun. Huhu. Cuma pudar xketara.

Reply
avatar
May Ann
admin
7/10/2017 8:20 PM ×

Good product to use..

Reply
avatar
7/10/2017 10:09 PM ×

Mata bundar
kening terbentuk
hidung terletak
pipi gebus
Tapi nampak macam ada taring la Mai
Seram.

Reply
avatar
7/11/2017 11:14 AM ×

Macam menarik scrub ni. Akk skrg scrub gune kopi tu.

Step 2 tu tak pernah akk wat.macam kena wat ni. Sbb nk bg buka liang pori yang mmg sdiah terbuka kat mula akk ni.hee..

Akk pun ada maslh parut n muka cpt berminyak 😂

Reply
avatar
7/11/2017 11:56 AM ×

wahh, bestnya kan ada produk yg boleh bantu selesaikan masalah kita :)
bagai dunia ini kita yang punya.. btw akk May, happy for your E-day

Reply
avatar
Siqah Hussin
admin
7/11/2017 11:03 PM ×

Samseng kampung pisang. hahaha.

Bagusnya produk ni. Yang penting dapat hilangkan jerawat di hari bahagia =D

Reply
avatar
7/12/2017 10:50 AM ×

singgah blogwalking..
mya still belajar step-by-step penjagaan muka.

btw, congratulations again.

Reply
avatar
7/18/2017 4:14 PM ×

muja masa berjerawat dulu, mmg disiplin. bila dah tinggal parut, terus jaga light2 je.. teruk betul.. oklah.. nak usaha gigih jugaklah nak hilangka parut sesama ngan mai.. hehe

Reply
avatar
7/24/2017 8:47 PM ×

Bertambah-tambah comel. Dan cun..

Reply
avatar

Tinggalkan pendapat/nota/surat cinta/amaran/soalan pada saya. Jika soalan saya akan menjawabnya, Jika nota cinta maka saya akan melawat blog anda semula.
Komen berbaur rasist, provokasi & lucah tidak akan dipublish. ConversionConversion EmoticonEmoticon