Pengalaman Interview Kerja Kilang (REGULATORY AFFAIR)

Aku tak pernah cerita lagi kan pengalaman interview dengan sebuah syarikat besar dulu, pheww. Memang tak dapat kerja situ lah (sobs), tapi cukuplah dapat pengalaman dan pengajaran dari sesi interview tu yang sangat mahal bagi aku. Bercakap dengan orang hebat memang mendebarkan, hahaha.

Be brave, Take Risks. Nothing can Substitute Experience!

Sesi interview berjalan selama sejam. Aku pergi dengan mama (thanks mom always be with me through ups and downs. ciaciacia) sebab aku ni jenis tak tahu jalan walaupun memang dah 24 tahun duduk Kulim. Hahah.

Mama tunggu kat luar je, so aku masuk sorang dalam bangunan tu. Fuh debar di hati toksah kata la dupdapdupdapdupdap tak habis-habis. Then aku call HR syarikat tu, tak sempat HR nak angkat ada sorang Puan datang jemput aku masuk bilik mesyuarat siap sebut nama full. Magic betul (haha padahal resume full bergambar passport ada kat tangan dia dah sebab hantar melalui job fair)

👉Baca pengalaman Pergi Job Fair
👉Baca - Cara dan Tips Menulis Resume

Seorang je rupanya yang interview aku. Sudahlah aku prepare untuk something yang salah. Masa HR call arranged interview tu, dia sebut position 'RA' so aku set dalam otak 'RESEARCH ASSISTANT'. Gosh, bukan weh! RA tu Regulatory Affairs rupanya. Miscommunication dah awal-awal, tebal gak muka aku masa dia suruh explain apa yang aku faham pasal RA aku duk putaq pasai Research Assistant je, ceh.


REGULATORY AFFAIR?


Apa jadah Regulatory Affair ni? Hahaha. Dia tanya aku balik. Aku pun blur-blur tapi cuba lah jawab. Dalam interview ni diam lagi loser dari hentam aku rasa, hahaha, tapi janganlah hentam cromo nanti nampak benor bodohnya. Aku jawab sepatah je, 'RULE' sebab regulatory tu kan peraturan. Affair tu aku tak pastilah, takkan nak jawab macam scandal kot, ahaks, k hambar.

'BETUL!'. Perghhhh tembakan mengena sasaran. Sebenarnya regulatory affair ni kerja yang berkaitan dengan undang-undang dan akta-akta lah since syarikat ni membekalkan medical appliance kat hospital. Pendek kata, semuanya kena tengok rules boleh ke idok masukkan ke hospital Malaysia. Kena pastikan alat medikal tu patuh syarat dan bukan barang terlarang lah. The risk? Kalau kerja dengan bawah orang yang tak tahu riba' tu haram susahlah kan. 

Cash is King! Tapi aku bukan cakap pasal syarikat tu, just cerita risiko yang 'MUNGKIN' kita hadapi. 


REAL SITUATION

Then dia ajak aku berlakon. Fuhhh tak tahulah interview jadi pelakon ke apa ni, aku ni experience berlakon tu ada lah masa sekolah, jadi SULTAN MELAKA, caish kuangja betul group aku, haha. Oklah melalut lagi. Apa yang nak dilakonkan aku dan si interviewer ni?

Dia tulis something dalam kertas dan dia hulurkan kat aku. Perghhh pitam sekejap sebab aku tak tau apa dia tulis, pakai istilah kerja dia lah kan. Aduih.

"What would you do now?"

Gulp....sejujurnya, apa-apa pun aku akan google jelah kan apa natang tu kalau betul-betul aku kena jawab tu, tapi macam tak profesional je jawapan tu. 

Aku explain macam ni, aku tak faham istilah yang dia guna. So first sekali aku akan google dulu lah apa yang aku tak faham tu. Then maklumat yang aku dapat tu, aku akan confirmkan dengan dia balik betul ke salah. 

Dia cakap dia suka orang macam ni, tak makan suap. Dia tak suka semua yang nak tanya, at least bila kita research sikit, so tak lah tanya dengan tangan kosong kan. Kena ada info sikit-sikit SUPAYA KITA TAHU APA YANG KITA TAK TAHU. 

Err faham tak explaination belit-belit ni? Hahaha.


BRIGHT STUDENT

Dia tengok results Diploma dan Degree aku. Dia cadangkan untuk aku buat master sebab dia cakap dengan result tu peluang aku cerah.

Fuhh peluang cerah, poket tak sangat. PTPTN pun tak habis nak bayar ni. Hmmm, hambat aku buat master ni macam tanak amik aku kerja je, Kahkahkah, i see what u did there puan...lol.



SHARING IS CARING

Dua perkara yang Puan Interviewer share dengan aku yang aku akan ingat selalu adalah :

1) Bila suatu hari nanti jadi bos/ketua, jangan tindas orang bawahan. Cakap dengan orang macam mana kita nak orang cakap dengan kita (nada). Sebab 'hormat' tu tak dapat dibeli. 

2) Waktu balik, balik terus, tak payah ikut orang yang suka stay dekat office semata-mata nak ambil hati bos. Kita ada family, seharian dengan kerja, family kita deserve masa kita juga. 

Insya-Allah... Aku memang pegang kata-kata 'Jangan buat kat orang perkara yang kita taknak orang buat kat kita.'



Tak dapat kerja tu? Hahaha biasalah jangan berharap sangat dengan kata-kata "We'll call you later" tu. Apapun aku percaya semuanya ada hikmah yang Allah tak tunjuk direct. Yes akulah yang kena cari hikmahnya tu :')

Aku redha dan bersyukur sebab sekarang aku dah dapat kerja lain. Mungkin kalau jam kerja tu tak fleksibel tapi dari segi gaji lebih sedap. Gaji sedap kalau tak berkat tak rasa juga (#notetoself). Semoga Allah meredhoi pekerjaanku hari ini.

Doakan juga aku dapat kerja tetap nanti. Entah-entah hikmah tak dapat kerja tetap lagi sebab nak bagi dekat dengan husband lepas kahwin kot, ihiks, gatei. 

Okbai!


P/S: Rasa tersekat taip guna gantidiri nama, fake giler, ahaks. So maaf atas penggunaan aku dalam entry ini dan seterusnya sebab memang selesa pakai AKU bukan bermaksud saya guna AKU dekat luar. 



Follow
Previous
Next Post »

9 Comments

Click here for Comments
10/05/2017 3:11 PM ×

Alhamdulillah Mai da kerja.
Mudah2an dapat erja tetap nanti sama ada dalam PA r PS

Reply
avatar
10/05/2017 3:58 PM ×

Bab tembak jawapan tu best part. Mesti kembang kembang je rasa terselamat tembakan mengena sasaran hehe.

Ira setuju dengan tips yang dikongsikan. Selalu sangat dengar dua tips tu dan tips kedua memang Ira amalkan sebabnya jam thumbprint belum bunyi Ira dah bersiap sedia tunggu masa nak rempuh pintu balik hahahahaha

Reply
avatar
10/05/2017 4:41 PM ×

tak pe pt ke tak kerja tu, yg penting kita kutip pengalaman iv dlu.. tp kalau tu rezeki mai, pasti dapat.. semuanya dgn izin Allah.. yg bab guna kata ganti diri tuu.. hahahhaha. sama la mai! busyra rasa fake gila guna busyra busyra dalam entri tu.. sebelum ni kan aku.. adoii.. haha

Reply
avatar
Atiah
admin
10/05/2017 6:54 PM ×

good luck for your future. Nak dapat kerja sekarang susah macam2 dugaan dan pengorbanan. Yang penting usaha dan redha.

Reply
avatar
Hana Hadi
admin
10/07/2017 10:03 AM ×

Hana xsuka inteview. rasa gerun ja. hehe tapi bila jwn intevew biar yakin pdahal hantam sjalah. janji da sikit2 menjawab soalan. keyakinan tu penting jangan nampak kita was2 :)

Reply
avatar
Pha Is
admin
10/09/2017 11:55 PM ×

tu la realiti fresh grad kita skrg.. keluar je dah berhutang, x kan nk tambah hutang lagi.. hehehe

Reply
avatar
10/29/2017 11:33 PM ×

hahaha... maigad.. sy nie x taulah Mai.. dgar org cerita pasal interview nie mcm seram ja hahaha

Reply
avatar
Abang Aznil
admin
11/13/2017 7:12 AM ×

Mudah-mudahan mendapat kerja yg lebih baik dan tetap. Dan gaji pun kena cukup-cukup makan....

Reply
avatar
Abang Aznil
admin
11/13/2017 7:33 AM ×

Pengalaman interview di kilang frozen. Satu jenama makanan cukup popular di negara Malaysia.

Seorang kerani berbadan besar dan berkaca putih. Beliau adalah seorang perempuan. Ditangannya sambil membawa fail.

Bila kerani buka mulut. Macam nak menelan orang. Cubalah cakap baik-baik sikit. Bercakap dengan suara pilihan.

Kemudian,kerani tersebut menerangkan syarat-syarat apabila sudah diterima bekerja di kilang sana nanti.

Saya dapat bekerja di kilang tersebut. Gaji hanya rm900 sahaja. Namun,saya dapat bertahan hanya enam bulan sahaja. Saya berhenti kerja dari bekerja di kilang frozen.

Selepas berhenti kerja dari kilang frozen. Saya berhijrah bekerja di tempat yang lebih baik sekali. Bossnya adalah muslim. Berbeza pula apabila bekerja di kilang frozen. Bossnya adalah berbangsa cina.

Seronok dapat boss beragama islam. Beliau sangat menekankan bab solat. Mengambil tahu tentang pekerja dan pelanggan. Bukan mudah nak dapat boss yang peramah dan pemurah seperti ini.

Ini sahaja yang saya nak kongsikan pengalaman diinterview di kilang frozen. Dan pengalaman mendapat boss yang baik hati dan pemurah. Mudah-mudahan ianya menjadi motivasi untuk kamu.

Saya berasal dari Sungai Besar,Selangor. Bak kata YB Budiman Mohd Zuhdi,belia mesti dapat kerja.

Semoga mendapat kerja yang lebih baik lagi dari itu semua....sekian!

Reply
avatar

Tinggalkan pendapat/nota/surat cinta/amaran/soalan pada saya. Jika soalan saya akan menjawabnya, Jika nota cinta maka saya akan melawat blog anda semula.
Komen berbaur rasist, provokasi & lucah tidak akan dipublish. ConversionConversion EmoticonEmoticon