Buat Laporan Polis Mengenai Kes Samun Pukau | Terima kasih kepada ramai yang prihatin dengan Mai yang telah disamun dengan cara pukau haritu. Serius memang masih rasa shock sebab inilah kali pertama ada urusan melibatkan pihak polis. Syukurlah bila buat laporan polis mengenai kes samun pukau tu, pihak polis mengambil serius dengan kes ni.

Mulanya risau jugak kot-kot kes pukau ni tak dilayan polis, sobs. Maklumlah kes tak nampak dengan mata kasar, duit tu pun aku bagi dengan tangan sendiri tanpa kekerasan. Rupanya sangkaan aku meleset sama sekali sebab polis terima semua aduan kita tanpa prejudis tau...

Buat Laporan Polis Mengenai Kes Samun Pukau
Salinan Laporan Polis

Kronologi Kes Pukau & Samun:


5 January 2018

9.00 malam
Aku didatangi seorang perempuan menyamar sebagai polis. Tiba-tiba dia menepuk belakang aku dengan agak kasar, aku pun tak tahu lepas tu aku jadi blur dan terus mengikut arahan dia dengan menyerahkan duit berjumlah RM900 kepadanya.

Aku balik kerja lewat malam, dalam jam 11malam aku baru sedar yang aku telah dirompak/samun. Aku memaklumkan pada bos yang aku akan membuat laporan polis pada esok hari, tapi bos suruh aku masuk kerja juga pagi tu.


6 January 2018

11.00 pagi
Pada jam 11 pagi baru aku dibenarkan untuk keluar oleh bos untuk pergi buat laporan polis. So aku balik rumah dulu ambil mama untuk teman aku, hehehe. Seramlah nak pergi sorang, tak pernah-pernah masuk balai polis nih.

Aku membuat laporan pertama di Balai Polis IPD Kulim. So siap cerita semua tu ( tak sampai 10 minit), polis yang ambil laporan aku tu minta aku untuk ke Balai Polis Hi-Tech pula jam 2 petang untuk mengesahkan laporan.

Aku balik ke tempat kerja untuk sambung kerja, pheww.

2.00 petang
Di IPD Kulim Hi-Tech, aku berjumpa dengan Sarjan S. Laporan kali ini lebih lengkap lagi, 3 page k, haha. Sangat detail, alhamdulillah aku masih ingat lagi apa yang jadi untuk aku ceritakan pada Sarjan S. 

Sarjan S kemudian berjanji akan menghubungi aku semula untuk proses pengecaman CCTV tempat kejadian. Aku ready untuk memberi kerjasama bila-bila masa saja pihak polis memerlukan.


8 January 2018

11.00 pagi
Sarjan S menghubungiku dan meminta aku untuk ke Tesco Kulim untuk membantunya untuk proses pengecaman berdasarkan maklumat yang aku beri. Sarjan Saerah ditemani dua lagi anggota beliau yang turut bersama untuk meneliti CCTV dengan aku.

Sampailah 1 petang, alhamdulillah akhirnya kami dapat rakaman gambar si penjenayah tersebut dengan jelas sekali dari CCTV pintu masuk Tesco. Lega hati aku apabila ada lagi satu camera di bahagian escalator turut merakam si penjenayah tersebut.


Aku menyerahkan kepercayaan kepada kecekapan anggota polis untuk menyelesaikan hal ini. InsyaAllah, semoga si penjahat itu tertangkap supaya dia tidak boleh mengenakan orang lain pula.

Allah cuma mengujiku dengan kehilangan duit, aku patut bersyukur kerana kehilangan orang/kucing yang disayangi tentu lebih pedih rasanya.



Follow