Hilang RM900 Sekelip Mata

Saturday, January 6, 2018

Allahuakbar! Tak tahu macam mana nak mula cerita. Tapi aku baru saja dirompak RM900 malam tadi.

Hanya Allah saja tahu betapa penatnya aku kerja untuk kumpul duit tu. Aku buat OT hampir setiap hari, aku kerja pagi ke malam, aku tak pernah minta cuti atau MC, aku korban masa untuk family, untuk kucing.

Ada seseorang tiba-tiba tepuk bahu, aku tak tau kenapa masa tu aku jadi blur, aku hulur RM900 sampai korek-korek dompet aku untuk bagi dia.

RM900 yang aku nak bayar deposit dewan kahwin, dan sunatkan kedua kucing. Ya Allah, sakit hati ni aku tak tau lah nak explain macam mana.

Semoga aku terus jadi insan yang bersabar. 

Doakan 'dia' yang menganiayai aku tu terbuka hati untuk memulangkan balik duit tu walau dengan cara apa pun.

Esok aku akan buat laporan polis.

Inilah pembukaan 2018 yang paling perit. Tapi banyak lagi dugaan orang lain yang lebih perit, mungkin aku patut lebih bersyukur dan menginsafi diri.

Follow

44 comments

  1. Allah mai. Kesiannya awak. Akak doakan orang yang buat tu dikenakan balasan yang setimpal. Moga Mai tabah tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin, aamiin. Semoga dia insaf, bertaubat, dan cari saya balik.

      Delete
  2. wah RM900 banyak tu, sape2 yg terkena pun akan sakit hati, moga Mai tabah ye..jahat betul org tu, geramm plak kite..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit hati dan rasa teraniaya sedih sangat-sangat. Kenapalah dia tak berhati perut kan...

      Delete
  3. Allah dik..kesian awak.Moga Allah bagi awak rezeki lagi lebih dari apa yang hilang.aamin

    ReplyDelete
  4. Uishh, banyak jugak tu..zaman macam nih kan...memang banyak..banyak yg nak ame kesempatan...dalam kesempitan..haiiishhh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak... ramai yang tak berhati perut sekarang ni, padahal sama2 susah...

      Delete
  5. Bersabarlah mai...semoga allah murahkan rezeki mai dan permudahkan segala urusan mai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, mudah-mudahan begitu :')

      Delete
  6. Sabar lah Adik. Mungkin ada rezeki lain tuhan nak ganti.

    ReplyDelete
  7. Beratnya dugaan Mai tu..
    Senangnya hidup orang yang merompak ni.. 😭
    Nak duit, usahalah kenapalah pi mencuri hak orang.. Moga bertabah Mai. InsyaAlllah ada rezeki lain yang lebih besar nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Husniey, jalan mudah dia ambil ni tapi memang tak halal dunia akhirat buat dia yang menganiaya Mai.. Kita nak cari rezeki banyak tu ya Allah susahnyaaaa, korban siang malam.

      Delete
  8. Lama tak jenjalan sini, sampai je terbaca berita ni. Doa banyak2 Maii. Jangan risau ada tu hikmahnya kat mana-mana. Mungkin Allah nak datangkan rezeki yang lebih besar untuk Maii. Bawa bersabar untuk tempuh ujian ni okay

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, terima kasih sis Hawa :')

      Delete
  9. Allahu, orang sekarang nak buat jahat tak pandang kiri kanan dah. Moga kuat, mungkin Allah nak ganti lebih lagi. Aamiin. Selalu amalkan doa2 pelindung diri Mai sebelum keluar rumah. InshaaALLAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang jahat ni tak takut kah hukum Allah...sedangkan mencuri ni memang tersedia hukum dunia dan akhirat. huhu, insyaAllah, terima kasih atas ingatan.

      Delete
  10. Ya Allah Mai. Sabar ya dugaan untuk awak. Akak doakan moga orang tu cepat kena tangkap. Dan moga-moga awak akan dapat balik duit tu. Insyaallah, aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih akak. aamiin aamiin ya rabbal alamin.

      Delete
  11. Allah kak, teruknya dia buat krja macamtu. Sabar ye

    ReplyDelete
  12. allahu kesiannya mai, banyak tu 900. Kita penat usaha cari duit tapi orang macamni senang je mencuri hasil usaha kita. Sabar ye mai, moga Allah gantikan dengan yang lebih baik.

    ReplyDelete
  13. Allahu....semoga Allah permudahkan urusan awak, be strong girl.

    ReplyDelete
  14. Yeke mai ?? Aduhai.. dekat mana tu... Skarang ni nak p jalan mana pun hati² la kita semua..

    ReplyDelete
  15. ya allah mai jadi mangsa pukai ke. bertabah ye semoga mai dapat rezeki melebihi dari yang hilang tu..

    ReplyDelete
  16. Allahu. Napa bole jadi mcm tu Mai? Mcm kena pukau pula tu, huhu seramnyaa.. Semoga Allah memberi balasan yg setimpal bwat org tu. Aduhai~ Syukurlah Mai x apa2. Hati2 lepas nie tau.

    ReplyDelete
  17. Insyallah..ad rezeki lain..ameen

    ReplyDelete
  18. Allahuakbar... Semoga awak kuat... Insyaallah, ada yang lebih baik menanti...

    ReplyDelete
  19. yaallah mai...kesiannya..sampai hati org tu..semoga dia mendapat balasan...sabar ye mai....moga ada rezeki lain untuk mai..

    ReplyDelete
  20. banyak nya rm900...tepuk belakang pun boleh jadi santau...ok..lepas ni kelna hati2 dah dengan orang sekeliling...kesian awak mai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHHAAHA bukan santau Anum, matilahhh nak kalau kena santau. Kena pukau je. :P

      thanks sbb care Anum.

      Delete
  21. Ya Allah, senangnya orang nak pukau kita kan. Mohon bersabar , dugaan tuhan nak kahwin kan. Hmmm kalau saya dah menangis teruk-teruk sebab penat lelah kita buat. Percaya pada Allah, ada rezeki kita tu nanti. Be strong, sister ! <3

    ReplyDelete
  22. Ya Allah, takutnya kes macam ni. Semoga tabah Mai!

    ReplyDelete
  23. Semoga rezeki Mai lebih murah lepas kejadian ni. InsyaAllah ada hikmah nya. Kuatkan semangat tau mai.

    ReplyDelete
  24. Takutnya! Semoga Mai dipermudahkan urusan.

    ReplyDelete
  25. semoga mai didatangkan rezeki yang lebih lagi.,.

    ReplyDelete
  26. Terima kasih atas keprihatinan sahabat2 blogger saya. Doakan ya penjahat tu segera tertangkap!

    ReplyDelete
  27. insyallah akan digantikan dgn yang lebih baik.. avoid jalan sorang2 tngkla btapa brani depa2 ni buat kerja mcm ni.. semoga Allah lindung kita semua sentiasa..

    ReplyDelete
  28. Semoga urusan Mayy dipermudahkan..
    Sis harap penjenayah tu segera ditangkap dan dihukum..

    ReplyDelete
  29. Kita kerja susah payah..sesenang je org mcm tu samun kita..semoga org tu bertaubat dan Mai pulak mendapat duit tu balik ataupun diganti dgn yg lebih lagi

    ReplyDelete
  30. assalammualaikum mai. kaka dtg ziarah, lama xsinggah sini =) Allahu mai, sakitnya tu mai aduh..insyallah ada hikmah mai.

    ReplyDelete
  31. Allahu maii ... rm900 tue . Mugkin ada hikmah disebalik kejadian . Mujur mai xjadi apa2 . Sabar yer mai .

    ReplyDelete
  32. Semoga pencuri tu diberikan hidayah untuk berubah ke arah yang lebih baik.

    Sabar ya Mai, Allah tahu Mai mampu hadapi ujian ini yakin lah pasti ada hikmah disebalik sesuatu kejadian.

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Noor Maizan. Design by FCD.