Beli Novel Fixi dari FIXIOLEJEN Memang Murah

“Books are a uniquely portable magic.”
― Stephen King, On Writing: A Memoir of the Craft
Selepas bertukus lumus bekerja sampai lupa diri, aku rasa tak rugi reward diri sendiri dengan hasilnya. Macam bagi hadiah untuk diri sendiri dari diri sendiri, sweetnya aku. Lol. Aku pula bukan jenis suka shopping pakaian, makeup, beli pun setahun sekali tu pun untuk raya saja. So memang aku target nak beli buku lah kali ni.

Kalau nak membeli buku, first sekali aku akan pilih based on publisher. Kalau aku puas hati dengan dua tiga buah buku dari publisher tu, aku assumed semua buku yang dorang terbitkan mesti best lah. High expectation betul gaizz, kadang-kadang kuciwa jugak tapi tak dinafikan mostly memang betul best pun. 

Next, aku suka beli dari penulis kegemaran aku juga. Aku ada penulis favorite mengikut genre novel tu, misalnya buku cinta mestilah tulisan Siti Rosmizah, manakala novel thriller seram etc aku suka pada hasil Arif Adly dan Muhammad Fatrim.

Ketiga, kalau aku tak kenal penerbit or penulis tu barulah aku baca sinopsis belakang dan review tentang buku tu. Hahahaha aku tak suka baca review sangat takut terselit spoiler. Nanti buang masa je aku baca padahal ending semua dah tahu. Huhu. 

Beli Novel Fixi dari FIXIOLEJEN 

Selepas decide nak beli novel dari keluaran FIXI sebab buat masa ni aku takda mood nak berdondang sayang so aku nak cari cerita seram & thriller, kalau boleh nak level mindfu*** sekali, hahaha. So novel cinta tolak tepi dulu, kita grab FIXI. 

IG Shop Pilihan 
Lepas survey dari beberapa seller kat Instagram, akhirnya aku jumpa profile @fixiolejen sebab dorang ni ada banyak stok buku tak kiralah yang dah lama publish atau yang terbaru. Harga pulak memang murah habis. 


novel fixi online murah
Asrama, Asrama 2 dan IIusaniti yang menjadi pilihan aku


Novel FIXI Pilihan
Aku memilih tiga novel seram dari dua penulis. Asrama dan Asrama 2 hasil penulisan Muhammad Fatrim. Aku pernah meminjam novel Asrama dari kawan adik aku, hahaha, tapi tak puas sebab buku orang. So alang-alang aku nak grab Asrama 2, aku beli sekali buku Asrama sekali untuk koleksi peribadi. Ilusaniti pula karya Adib Zaini yang pertama aku beli. So mehlah kita tengok best ke tidak semua novel ni nanti, kihkihkih.

Harga Novel
Sebuah buku FIXI yang berharga RM19.90 kat kedai boleh dibeli dengan harga RM16.00 sahaja! Nak lagi best, beli 3 buah buku FIXI ni boleh dapat harga RM50 termasuk postage. Bagi area Sabah Sarawak pun still murah lagi, just tambah RM5 je, RM55 include postage. Aduh murah gila huiiii.

Cara Membeli
Whatsapp je dekat +601158338934 untuk urusan menempah buku Fixi ni. Hahahaha aku wasap pukul 12 malam gila tak reti tengok jam, nasib seller tak menyumpah aku, dia layankan je, :P. Aku tak expect pun balasan segera, just wasap siap-siap takut aku lupa je. Thank you seller, memang sempoi!



Kalau korang nak beli juga, boleh usha tajuk-tajuk yang masih available dalam stock dorang dalam gambar kuning ni, hihihi. Kalau berkenan cepatlah grab takut stock abis cepat nanti korang yang gigit jari.

Hubungi FIXIOLEJEN sendiri di instagram @fixiolejen (KLIK SINI), atau whatsapp terus ke +601158338934 untuk urusan tempahan.  



Follow

Post a Comment

14 Comments

  1. Wah bestnya, murah lagi. Haa kita dah baca ASRAMA tu best :)
    Selamat membaca, Mai.

    ReplyDelete
  2. saya peminat buku keluaran fixi, selalu pegi fixi dekat sunway mall :D

    ReplyDelete
  3. Murah sangat . Memang sesuai la untuk kaki novel terjah fixi ni

    ReplyDelete
  4. wahh murah.. terasa mcm nk beli jugak laaaa... bestnya !

    ReplyDelete
  5. sy skrg ni suka membaca tapi kurang minat nak simpan buku tu hehe. for now, sy guna carousel utk beli 2nd hand buku fixi pastu dah habis baca, sy try jual balik haha

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  6. Bagi satu dong novelnya saya pengen baca novel juga nih

    ReplyDelete
  7. novelnya sangat menarik dan harganya pun murah,mau beli tuk baca di rumah.

    ReplyDelete
  8. salam jumaat mai =D

    bukan jenis addict dengan novel tapi kalo datang mood nak mbaca tu, akak pun akan cari buku bacaan versi thriller atau seram =)

    ReplyDelete
  9. Akak ni pinjam kat adik novel Manuskrip tapi tak terbaca lagi. Haha! Last baca karya Hlovate, tajuk Contengan Jalanan. Suka baca novel seram atau karya hidup daripada cerita cinta ^_^

    ReplyDelete
  10. perghhhh best ni! hahaha. kc memang peminat novel. tapi tu lah. skrg tgh mood novel yang bukan fixi kihkih.

    ReplyDelete