Persediaan Sebelum Kahwin dengan Tentera

Aidilfitri 2012 disambut bersama sebagai kawan rapat, Aidilfitri 2017 aku mendapat hadiah raya dengan rombongan meminang dari pihak sana, insyaAllah Aidilfitri 2018 kami akan disatukan sebagai suami isteri setelah lama kami berkawan. Alhamdulillah juga kami dapat bertahan selama ini walaupun hubungan sekadar jarak jauh. 

Baca Juga ↠ I'm Officially Engaged

Baiklah kalau dihitung-hitung, memang tinggal kurang lebih 5 bulan saja lagi untuk kita menyambut Aidilfitri 2018 ini. Hasrat hari pula nak siapkan persiapan sebelum bulan Ramadhan supaya dapat menunaikan ibadat puasa dan lain-lain dengan tenang, ahahaha. Jadi marilah kita fokus betul-betul untuk settlekan urusan kahwin ini. Memandangkan nak kahwin pun pula dengan abang tentera, kenalah siapkan cara tentera juga, rumit ke? Tak pun rasanya. 

Persediaan Sebelum Kahwin dengan Tentera
Persediaan Sebelum Kahwin dengan Tentera


PERSEDIAAN SEBELUM KAHWIN DENGAN TENTERA

- Persiapan Pihak Perempuan -


1 | Sertai Kursus Perkahwinan 
Kadang-kadang ada isu rumahtangga yang orang tua takkan kongsi dengan kita sebab faktor segan atau mereka rasa kita dah tahu. Hadirlah ke kursus perkahwinan (memang wajib pun kalau nak kahwin, kekeke), jadi macam-macam ilmu rumahtangga kita boleh gali dalam tu, dari perkara lahir hinggalah bab batin. InsyaAllah ilmu dari mereka yang berpengalaman luas dalam bab kahwin cerai ni, banyak-banyaklah ambik iktibar dari kesilapan pasangan-pasangan lain, bukan masuk telinga kanan keluar telinga kiri lepastu hidup tak bahagia salahkan orang lain.

Baca Juga ↠ Pengalaman Hadir Kursus Kahwin Kulim 2018

2 | Buat Ujian HIV 
Hukum berkahwin ni ada harus, sunat, wajib, makruh, dan HARAM. Bilamana jadi HARAM ni bila kita kahwin tapi kita akan menzalimi pasangan kita. Antara salah satu perbuatan zalim adalah bila kita sebarkan penyakit berjangkit seperti HIV, ataupun kita tak dapat menunaikan hak batin pasangan atas sebab penyakit ni. Jadi kenalah buat ujian HIV ni walaupun kita bukan jenis mengamalkan seks sebelum nikah or seks rambang, sebab syarat nak kahwin kat Malaysia kena buat, kehkehkeh. Buat di hospital kerajaan saja ye, dan ingat, keputusan ujian HIV hanya sah 6 bulan saja, tak payah buat awal-awal kalau tak tahu tarikh nikah lagi. 

3 | Siapkan dokumen : 
  • Salinan kad pengenalan perempuan
  • Sijil nikah ibu bapa perempuan
  • Salinan kad pengenalan ibu bapa perempuan
  • Sijil Kursus Kahwin
  • Salinan ujian HIV
  • Gambar passport

4 | Beri kepada pihak lelaki semua dokumen diatas.
Siapkan segala dokumen sokongan yang diperlukan oleh pasangan kita secepat mungkin sebab proses seterusnya mungkin memakan masa. Cepat siap cepatlah kawen, wehuuu.


- Persiapan Pihak Lelaki -

1 | KAGAT
Oleh kerana pasangan kita seorang tentera, beliau perlu merujuk hal ini dengan KAGAT (Kor Agama Angkatan Tentera) terlebih dulu. Jadi pastikan kita pihak perempuan ni dah siapkan dokumen sokongan yang aku sebut tadi tu untuk memudahkan pasangan kita nak buat urusan.

2 | Temuduga dengan individu tertentu
Lepas dah submit borang ni, pihak lelaki perlu siap sedia untuk ditemuduga oleh 4 individu:

  • Officer Company 
  • Pegawai KAGAT
  • Ajutan Batalion
  • Commanding Officer

3 | Memohon Kebenaran Bernikah
Bila dah siap semua urusan dengan KAGAT dan dapat greenlight, barulah pihak lelaki boleh buat permohonan bernikah dengan Jabatan Agama Islam Negeri pulak. Untuk negeri Kedah macam kami berdua boleh mohon dalam website SPPIM. Alhamdulillah mudah kerja kami. 

Jadi untuk geng Kedah macam kami berdua, adalah prosedur nak kahwin yang perlu kita tahu ok. Gigih catat masa kursus kahwin supaya tak lupa. Meh aku kongsi disini.


- Cara Memohon Kebenaran Nikah Negeri Kedah -


  1. Isi borang nikah online dalam website www.sppim.gov.my
  2. Lelaki boleh start isi 3 bulan sebelum kahwin, perempuan pula 2 minggu sebelum
  3. Hafal No. Benar Nikah (BN*****) untuk memudahkan urusan.
  4. Cetak 2 salinan borang nikah online tersebut
  5. Dapatkan cop imam
  6. Serah borang pada Pejabat Agama
  7. Proses semakan dan temuduga
  8. Bayaran jika lulus proses RM10.00
  9. Kebenaran dikeluarkan
  10. Akad Nikah                                             

- Dokumen Sokongan Yang Diperlukan oleh Pejabat Agama-

  1. Kad pengenalan kedua pasangan
  2. Kad pengenalan wali
  3. Sijil Kursus Kahwin (TOLONG JANGAN LAMINATE)
  4. Sijil Nikah ibubapa perempuan
  5. Ujian HIV
  6. Surat sokongan majikan bagi tentera
  7. Pengesahan qariah (kalau alamat dalam IC tak sama dengan tempat tinggal)
Nampak macam serabut, tapi kalau ikut flow satu-satu insyaAllah semua akan jadi mudah. Doa baik-baik supaya urusan kita dipermudahkan. Hihihi.
Lepas dah selesai urusan ni, barulah kita fikir pasal benda-benda lain pula. Banyak lagi ni, dewan (sebab rumah aku kawasan berbukit jadi tak dapat buat depan rumah), katering, hantaran, photographer, pelamin etc.
Mencabar tau bila 5 bulan lagi nak kahwin then kita hilang satu sumber rezeki, pheww. Pray for me. InsyaAllah aku percaya rezeki itu luas. Mudah-mudahkan rezeki kecil-kecil yang tinggal ni tak putus-putus. Aamiin.
Doakan urusan kami dipermudahkan ya :D
Rujukan :
1.http://azharalyani.blogspot.my/2015/01/prosedur-permohonan-perkahwinan-awam.html
2. http://sunsweetz-miszsunsweetz.blogspot.my/2014/10/permohonan-nikah-bakal-isteri-tentera.html
3. Pamplet Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia dari Jabatan Agama Islam Kedah


Follow

Post a Comment

20 Comments

  1. good sharing sis..

    boleh gunapakai nih..cikyan tak kawin lg.. hihi

    ReplyDelete
  2. 5bulan tu sekejap je. Pejam celik nanti dah bergelar Puan Maizan. Tahniah in advance sister :)

    Tahniah juga kerana kuat dalam LDR. TER-inspirasi ❤

    ReplyDelete
  3. TAHNIAH! sha selalu isi borang kat sspim tu, kiranya sedikit sebanyak memang sha tau lah haha, kalau kahwin dengan tentera macam mana, kalau kahwin dengan orang luar negara macam mana haha tapi diri sendiri masih bujang :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi sha...... sy nak tanya proses isi borang kt sspim. Kalau bakal tentera, sy kena tggu proses dia selesai dlu baru sy kena isi online ke? sy daerah x sama....sy org perak..dia org kedah tp tggal dia di kelantan. boleh bantu sy?

      Delete
  4. Nice sharing, kot la Lya berjodoh dengan tentera, boleh refer entry Mai ni hihi.
    Semoga semua urusan Mai dipermudahkan ye :)

    ReplyDelete
  5. Boleh jadi rujukan adik kak ana nanti. Dia pun bakal dpt suami tentera. Hehe

    ReplyDelete
  6. tak lama dah sis. moga segala urusan sis dipermudahkan. aaamiiinnn :) banyak cabaran berkahwin dengan tentera. moga hati terus sado. hihi. jemput join: http://zaza96.blogspot.my/2018/01/pencarian-bloglist-2018.html

    ReplyDelete
  7. semoga semuanya persediaan berjalan lancar dan dipermudahkan..dh terasa2 nasi minyak kat tekak Umi ni..hehe

    ReplyDelete
  8. Wahh! Tahniah sis. Semoga Allah permudahkan segala urusan selepas ini.

    ReplyDelete
  9. tak lama dah tu mai. Semoga dipermudahkan urusan!

    ReplyDelete
  10. Boleh tahan panjang list Tu. Semoga dipermudahkan buat mai

    ReplyDelete
  11. wahhhh, nak naik pelamin dah akk may kita ni.. yeehaaaa

    ReplyDelete
  12. bila dipikirkan balik persediaan kawen, payah na... byk benda nak kene buat. dahlah mahal..seb baik kawen seronok... hheeee

    have fun buat persediaan

    ReplyDelete
  13. Mencabar juga nak kahwin dengan tentera , baru tau pasal Kagat tu.. 5 bulan kejap je Mai.. Moga dipermudahkan urusan persediaan.. Rezeki nak kahwin biasanya luas insyaAllah nanti akan ada rezeki yang tak disangka sangka 😍

    ReplyDelete
  14. woaaah macam tu sekali yaa baru tahu procedures yang perlu dilalui.. semoga dipermudahkan segala urusan =)

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum slmt brkenalan, saya search nk cari mcm mna prosedur perkahwinan bg psgn tentera dan trjmpa entry awak.. hehe..trima ksih utk info yg diberi.. :)

    ReplyDelete
  16. Sangatlah membantu ye hehehehe thank you!!!

    ReplyDelete
  17. thank you atas sharing...doakan perkahwinan saya

    ReplyDelete