Elemen Wajib Ada dalam Sebuah Blog

                                                                                               
Elemen Wajib Ada dalam Sebuah Blog | Masa aku edit template blog, tak kiralah template sendiri ataupun untuk blog customer, aku akan make sure untuk pastikan beberapa elemen wajib ada dalam sebuah blog tidak tertinggal.

Kerana sebuah blog yang baik, bukan hanya akan cantik dipandangan mata tuan blog sendiri je, tapi perlulah selesa dan mesra pembaca. Tanpa pembaca, blog kita takkan dapat berdiri hebat, dan kita akan jadi blogger yang kesepian sebab tak ada orang nak jenguk.

Elemen Wajib Ada dalam Sebuah Blog

Apa Yang Patut Ada Dalam Blog

Header yang Tersendiri

Header adalah perkara perkara pertama yang readers akan nampak bila masuk dalam blog kita. Pastikan header kita memberi first impression yang baik untuk blog kita. Kalau boleh biarlah header tu melambangkan kita sendiri, kalau tak pandai buat sendiri boleh tempah je dengan mana-mana designer boleh tolong buatkan.

Navigasi yang Jelas 

Terpulangkan untuk letak navigasi blog dimana. Tapi kedudukan paling sesuai adalah diatas header (top-navigation), ataupun menubar dibawah header. Pastikan navigation blog kita responsive supaya tak semak dipandang bila view guna phone. Kalau guna premade template free ataupun berbayar, dah siap-siap ada dah tak payah pening-pening nak buat lagi.

About Me - Contact - Sitemap - Disclaimer

4 beradik ni bukan saja penting untuk blog nampak professional, tapi kalau nak apply Google Adsense pun dia akan minta kita untuk letak About Me, Contact, Sitemap dan Disclaimer ni baru senang dia nak approvekan Adsense kita. So check balik kalau tak ada, bolehlah letak sekarang.

Search Bar

Search bar ni kita tak rasa dia penting, sampailah satu saat, kita ingat blogger tu pernah tulis pasal info yang kita cari, then kita masuk blog dia, tengok-tengok search bar takda. Dan entry dia ada beribu-ribu lemon, hahaha. Macam mana nak godek satu persatu ni. So pastikan kita letak search bar untuk kemudahan visitor nak cari info.

Social Media Icon 

Bila readers dah mula suka penulisan kita, mesti diorang akan nak jadi kawan kita di media social. Best tau bila berkawan dengan blogger di media social ni, 90% yang akan support like dan komen post kita kat facebook & insta nanti pun kawan-kawan blogger juga. Orang berbudi kita berbahasa, jangan lupa boom back mereka yang rajin respond dengan post-post kita walaupun post kita hambar belaka, kehkehkeh, Nak tambah kawan blogger di social media? Letak social media icon di sidebar atau top navigation ok.

Related Posts & Popular Post & Blog Archive

Kalau nak pastikan readers melekat lama, make sure blog kita ada ruangan 'Related Post' , 'Blog Archive' dan 'Popular Post'. Then pastikan juga tajuk-tajuk entry kita catchy untuk tarik perhatian readers supaya ralit membaca satu post ke satu post yang lain dalam blog kita. Bila readers melekat lama, impak positif jadi keatas bounce rate blog kita. 

Ruangan Komen

Aku suka sangat dengan sistem komen Disqus, tapi disebabkan ramai permintaan rakan blogger yang selalu komen disini minta aku jangan pasang Disqus, aku pun kekalkan sistem komen blogspot di blog sini. Kemahuan aku apalah sangat kalau dibandingkan kesudian mereka meninggalkan komen dan pendapat di setiap entry aku. Sistem Disqus ni kekurangan dia, tak semua orang ada akaun Disqus, dan lambat loading kata sesetengah orang. Jadi kalau nak pakai sistem komen apa pun kat blog, minta pendapat readers setia kita dulu.

Kotak Follower Blogspot & Google Plus

Pastikan kita letak widget untuk readers follow blog kita, tidak kiralah melalui follower blogspot ataupun follower Google Plus. Ini penting sekali untuk pastikan mereka dapat tahu setiap kali kita publish entry terbaru. Walaupun ada yang cakap pageview lebih penting dari follower, tapi aku tetap berpendapat Follower juga penting untuk sebuah blog tu terus diterima ramai & dipercayai. 


Elemen wajib ada dalam sebuah blog yang aku kongsikan kali ini adalah pendapat aku sendiri.

Ada tak diantara senarai ini yang korang rasa tak releven dah? Kongsikan pendapat dengan aku di ruangan komen! 


Follow

Post a Comment

29 Comments

  1. agree semua... cuma agk terkilan, ada yg dah lama berblog tp masih x fhm2 lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada yang tertinggal rasa tak lengkap blog kan :)

      Delete
  2. Akak setuju dengan semua point Mai. Widget follower, blog archive, related post dan popular post bagi akak sangat penting. About Me pun penting jugak terutama untuk blog baru yang akak BW. Mesti nak tahu pemilik blog sebelum baca entri :)

    Akak nak tukar Disqus jugak tapi tak jadi. Biarlah komen blogger pun walaupun geram sebab nak refresh je. Hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...komen blogger ni tak best kat refresh ja. Serabut sikit, hehe.

      Delete
  3. betul2, elemen yg mai sebut tu wajib ada, kalau takda rasa mcm kurang pd blog kan. hihi, :)

    ReplyDelete
  4. Haa memang wajib kan letak About Me, social Media tu.. Takde lah orang awam baca rasa pelik kan, ni blog apa.. siapa punya 😂

    ReplyDelete
  5. Setuju...ketakkan yang paling penting sahaja...sebab kalau tak silap kak PC...banyak gadget akan memberatkan loading blog..

    ReplyDelete
  6. suka dgn hasil kerja mai....cantik kemas dan berkualiti...terbaikkk maii

    ReplyDelete
  7. Semua yang Mai tulis ni nasib baik dalam blog akak ada. hee
    dulu x letak jugak button search ,sbb igtkn xpenting. tp sbnrnya penting utk org terus search apa yg patut tanpa perlu scroll satu2 archieve kita,huhu

    ReplyDelete
  8. Seronok baca, thanks tau tips nih. Sangat membantu untuk improve blog sendiri supaya lebih interaktif dan informatif.

    Salam perkenalan.

    ReplyDelete
  9. this is good for beginners

    ReplyDelete
  10. Letak bloglist..yg itu penting jugak....

    ReplyDelete
  11. Setuju.semua nih pe ting dlm sebuah blog

    ReplyDelete
  12. ha'ah disqus dulu tu bila komen mesti hilang sampai taknak drop comment kat sini. baca je hahaha. blog archive tu pun ada several blog yang tak letak hilang terus mood nak baca entri lain

    ReplyDelete
  13. ada yang ada ada yang takde...dulu byk masa nak edit template, sekarang ni busy... tak menyempat nak fully edit blog... nak kena upah org edit...

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah semua Ada. Tapi masa zaman mama.mula berblog dulu byknyg xde

    ReplyDelete
  15. nice sharing sis maizan! :D dalam banyak2 butang search je takde lagi. hehe

    ReplyDelete
  16. Semua poin semuanya penting. Barulah best mata pembaca baru terutamanya akan singgah lagi ke tidak after that kan ..

    ReplyDelete
  17. betul tu..cer Mai komen blog Umi nanti utk Umi upgrade atau tambahbaikan tau...

    ReplyDelete
  18. Hai mai. Lama tal menjenguk sini. Datang melawat kawasan dari blog baru. Kihkih! Btw, totally agree dengan semua point yang mai share. Betul sangat.^_^

    ReplyDelete
  19. tq mai! share benda penting mcm ni.. busyra pernah masuk ke blog siapa tah dulu., tak ingat dah. tak ada button komen. cari punya cari tak jumpa. hehe. semua elemen mai share ni semuanya penting dalam sesebuah blog.

    ReplyDelete
  20. Great sharing for beginners! ^^

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah rujukan yang bermanfaat untuk rakan bloggers..
    Keep it up Mayy..

    ReplyDelete
  22. Elemen yg wajib ada dalam blog . .petig jugak bagi CCL .

    ReplyDelete
  23. Gud info Mai... Byk jugak yg perlu diperbetulkan ni...

    ReplyDelete
  24. Asalamualaikum Pn Mai, tq atas info atas teman yang beginer nie..

    https://apeyop.blogspot.my/

    ReplyDelete