Alhamdulillah! Lepas genap sebulan menganggur balik haritu, 6 Februari 2018 ni aku dah dapat rezeki memulakan hidup baru di tempat kerja baru. Nak cari kerja zaman sekarang ni memang susah betul, terutama yang takda 'kabel' macam kita-kita ni, orang biasa, phewww.


Hari Pertama Kerja Sebagai Hearing Consultant

Alhamdulillah rezeki datang dari macam-macam sudut. Ada kawan lama dari sekolah menengah aku dulu tiba-tiba contact aku untuk offer aku kerja ini. Peluang menimba pengalaman lagi.

Lepas aku setuju untuk grab offer tu, bermulalah hari pertama aku bekerja di syarikat baru. Syarikat ni berkaitan juga dengan medikal, jadi aku akan berurusan dengan hospital juga nanti berkaitan pesakit.

Kehilangan deria pendengaran memang menyiksakan. Aku try buat ujian pendengaran juga tadi, hahaha. Kot kot lah yang nak handle orang-orang pekak ni pun pekak jugak. Alhamdulillah, masih range normal walaupun aku tak mampu nak dengar-dengar berfrekuensi terlalu rendah. Harap je capang, haish.

Skop Kerja Sebagai Hearing Consultant

  • Memberikan konsultasi mengenai pendengaran dan Alat Bantu Mendengar
  • Melakukan pemeriksaan pendengaran kepada pelanggan dengan skill dan knowledge dari Training yang diberikan
  • Melakukan pemasangan Alat Bantu Mendengar
  • Membantu pemilihan Alat Bantu Mendengar yang tepat sebagai solusi gangguan dengar kepada pelanggan.
  • Melakukan tugas administratif.

Waktu Kerja Sebagai Hearing Consultant

Alhamdulillah waktu kerja aku kali ni office hour. Dapatlah aku luangkan masa untuk kucing-kucing aku lebih sikit. Kalau tidak dari pagi sampai ke malam aku duk mereput kat tempat kerja. Life pun takda.

____________________________________

Korang doakan aku dapat cepat-cepat menyesuaikan diri di tempat baru ye.. Hihihi ada rezeki lebih nanti boleh aku kongsikan dengan giveaway. 

Wish me luck, untuk esok dan hari-hari berikutnya!

Follow