Review Restoran Korea Uri Jeju Kulim


Review Restoran Korea Uri Jeju Kulim

Review Restoran Korea Uri Jeju Kulim


Biarpun muka melayu jangan main-main dengan lidah Korea aku, gitchewww. Hahaha, selain minat dengan drama Korea, aku juga peminat makanan korea tau. Ada beberapa restoran korea berhampiran aku, tapi kali ini aku memilih untuk review restoran Korea Uri Jeju Kulim sebab aku dah jatuh hati dengan makanan disitu.

Selain harga yang paling murah antara restoran Korea lain (hahaha bijak berbelanja bukan kedekut), sebab lain yang buat aku suka dengan Restoran Korea Uri Jeju Kulim ni adalah semua makanan boleh delivery kat kawasan Kulim sampai ke pintu rumah/office! Daebakk, kadang-kadang bila lapar kat rumah atau office, aku whatsapp je diorang, lepastu tadaaa, makanan kegemaran sampai depan mata.

Kalau taknak delivery, nak makan kat restoran terus pun boleh. Lokasi restoran Korea Uri Jeju ni DALAM Restoran Rasa Ayamas Kulim. Restoran Rasa Ayamas yang kat area Pasaraya Minat tu, ala orang Kulim mesti tahu punya. 

Lepas tiga kali beli makanan dari situ, baru tergerak hati nak review untuk korang. Yelah benda baik mana best makan sorang, sharing is caring kan...

Rabokki - RM15 

Review Restoran Korea Uri Jeju Kulim
Ramen + Tteobokki = Rabokki

Rabokki adalah gabungan Ramen dan Tteobokki (Korean rice cake). Maafkan flash camera aku yang buat ramen nampak macam laksa tu, hahaha. Over lighting pulak. 

Oleh sebab aku minta extra spicy, korang boleh bayanglah kot level pedas tu macam mana, hahaha. Tebal bibir haa, dah la masa ni kat tempat kerja, nasib boleh control dari sembur kat customer. Hahaha.

Memang sedap dan puas hati. Kalau korang takut pedas, janganlah gatal order extra spicy, ambik yang biasa je pun dah okay.

Oleh sebab aku tak lalu jeruk apa entah yang warna kuning tu, so aku pun pesan siap-siap minta dia jangan letak. Masam ya amat rasa dia. Kimchi pun masam juga, tapi tak tau kenapa yang Kimchi aku boleh telan pulak. Hahaha tekak memilih.

Cakap pasal tteobokki, tu memang antara favorite aku. Aku suka benda kenyal-kenyal, macam rice cakes, mochi, kuih abuk-abuk (tetiba selit). Dah la tteobokki ni favorite kan, pastu banyak pulak tu dia bagi untuk aku! Nyum nyum! Senyum sampai ke telinga lah.

Review Restoran Korea Uri Jeju Kulim
Inilah Tteobokki tu, rasa asal tawar je tapi bila kena dengan kuah dia memang umphh.
 Berapa bintang nak bagi? Sedap +1, Puas Makan +1, Cukup Rasa +1, Servis +1 , Kenyang +0.5, jadi 4.5/5 bintang! Hahaha tak kenyang sebab aku perut tangki, kalau korang yang perut normal insyaAllah kenyang lah kot, haha.

4.5/5 ☆


Bibimbap - RM15 

Review Restoran Korea Uri Jeju Kulim
Bibimbap = 'Nasi Campur'
Bibimbap bermaksud "nasi" "campur". Ya secara literally, memang nasi yang dicampur gaul sampai sebati semua. 

Cara makan adalah gaulkan nasi bersama bahan-bahan. Macam yang diberi adalah kepingan seaweed, jeruk, timun jepun, kimchi, sosej, carrot, dan bijan. Gaul-gaul sekali dengan kuah tu sampai puas hati baru boleh ngapp!

Nasi yang digunakan untuk Bibimbap bukan nasi putih biasa kita makan tu. Mungkin guna beras khas kot, rasanya nak macam nasi sushi tu, liat-liat sikit. Ok yang ni memang kenyang gila makan, maybe sebab nasi jenis tu kot buat perut rasa mampat dengan cepat.

Review Restoran Korea Uri Jeju Kulim
Seaweed tak pernah tak sedap! 
Review Restoran Korea Uri Jeju Kulim
Jatuh cinta dengan kimchi

Ermm berapa bintang nak bagi ni haa... Hahaha. Ok kita kira sama-sama, Sedap +1, Puas Makan +1, Cukup Rasa +1, Servis +1 , Kenyang +1, jadi 5/5 bintang! Yeay! 5 bintang untuk Bibimbap!

5/5 ☆

Sebenarnya ada dua makanan lagi aku duk usha nak try kat Restoran Korea Uri Jeju ni, Jjangmyeon dan Mochi. InsyaAllah tak ada aral nanti aku cuba yang dua tu pulak. Hihi. Untuk menu penuh boleh tengok gambar kat bawah : 

Harga Makanan Restoran Korea Uri Jeju Kulim
Harga makanan di restoran Korea Uri Jeju Kulim

Waktu Operasi

Setiap Hari  | 12 pm - 9 pm


Untuk Maklumat Lanjut / Order Segera 

Whatsapp

Facebook

Instagram

Alamat
Rasa Ayamas, Taman Selasih, 09000, Kulim Kedah

KORANG SUKA MAKAN KOREAN FOOD? SHARELAH FAVORITE KORANG DENGAN MAI!

Follow

Post a Comment

27 Comments

  1. Lenne tak pernah lagi makan kat Uri Jeju ni sebab macam tak pernah nampak kat area Shah Alam hehe. Mungkin ada tapi tak pernah nak explore sangat. Lenne biasa pergi Kyochon, Mr. Dakgalbi and K-Fry je. Lenne memang peminat ayam goreng, so ayam goreng kat 3 tempat ni memang superb. Haih, terliur pulak jadinya haha! Anyway, great review Mai. Nanti senang senang boleh pergi :D

    Lenne Zulkiflly

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takda area Shah Alam yunk..kat kulim je. Hehe.

      Delete
  2. teringin gak rasa mknan Korea ni..tp x tahan pedas la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kalau tak tahan boleh cuba bibimbap, takdalah pedas sangat pun yang tu...

      Delete
  3. Takda area Shah Alam yunk..kat kulim je. Hehe.

    ReplyDelete
  4. Lapar.. telan air liur je la tengok hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa ciannya awak..Meh la kulim then roger Mai, Mai belanja awak Rabokki!

      Delete
  5. nampak sedap ni maiii.. yg Ramen + Tteobokki tu. kalau dekat confirm nk try. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapppp, haha. Kat Alor Setar ada restoran Korea best-best tak? Nak serbu nanti.

      Delete
  6. makanan dari korea sedap2 kan mai...haha terjebak jugak hakak ni...

    ReplyDelete
  7. alaaa benci lahhh dah lama tak makan tobeukki sebab dekat sini susah nak cari yang sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, kalau kuah dia tak sedap, spoiled semua!

      Delete
  8. Akak suka ! Ehhh ni entri kedua akak baca pasal Korean Food. Tadi dekat blog Inani ! Haaaa akak suka bibimbap dan topokki. Kimbab tu ikut laa siapa buat. Ada yang akak makan tak rasa apa, ada yang sedap. Ai is confused dan akak lapar sekarang T____T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, sama la, fab mai tteobokki. Kimbab tak sangat,lebih prefer sushi Japan. Hehe.

      Delete
  9. nanti kalau kak ren g umah mak sdara kat kulim ,mohon blnje k.ren kt sini.hehehe. semua nampak sedapp

    ReplyDelete
  10. Rabia tak pernah makan lagi makanan mcm ni.nmpk mcm sedap jer

    ReplyDelete
  11. Menarik betul rabokki tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Of course la kak...Siap pakej berpeluh sakan lagi sbb pedas, haha.

      Delete
  12. adoi sedapnya. sesekali makan makanan korea best gak.
    http://www.noormaizan.com/

    ReplyDelete