Tips Cari Jodoh Online | Jodoh ini sebenarnya biarlah datang lambat, asalkan dengan orang yang betul. Tapi nak dapat orang yang 'betul' ni bukan dia datang bergolek, kenalah usaha sikit. 

Dulu orang cakap kalau nak cari jodoh tunggu masuk universiti, bila dah masuk, semua yang kita nak dah ada pakwe makwe tunang segala. So tunggu masuk kerja, bila dah masuk kerja pun ramai yang dah berumahtangga. Aduh, mcm mana ni?

Tips Cari Jodoh Online
Tips Cari Jodoh Online

Selain berdoa, berazam nak cari parents menantu, dan usaha perbaiki diri, mencari jodoh online adalah salah satu inisiatif yang boleh dicuba. Mana tahu jodoh sebenar duk menyorok kat situ. Bila bercakap pasal cari jodoh online ni mesti ada yang terfikir tentang BAHAYA kan.

Insyaallah dalam entry ini akan dikongsi tips cari jodoh online yang dapat meminimakan risiko bahaya dan memaksimukan potensi untuk berjaya cari jodoh yang tepat. 

TIPS CARI JODOH ONLINE


01. Kenalpasti Tujuan DIri

Check tujuan kenapa kita cuba untuk cari jodoh online. Adakah kita betul-betul bersedia dengan komitmen jangka panjang. Kalau sekadar untuk bermain-main, fikir semula perasan orang lain yang betul-betul serius dalam tu. Cuba tekadkan hati untuk serius dalam hal ini. 


02. Set Up Profile yang Meyakinkan 

Masukkan gambar yang ceria (of course menutup aurat), kata-kata yang positif, dan pengenalan diri yang meyakinkan. Bila profile kita sempurna begini, tentu orang akan lebih percaya untuk berkenalan dengan kita dengan lebih lanjut. Jangan sesekali menipu dalam profile page.


03. Jangan memberi maklumat peribadi di awal perhubungan 

Jangan berlebih-lebih terutama ketika baru saling mengenali. Perbuatan memberi maklumat peribadi boleh membahayakan diri sendiri. Apabila ada seseorang yang kita kenalpasti dia ada agenda jahat dengan perbuatan cuba memprovok kita atau membuat kita rasa tak selesa, terus block atau report akaun tersebut. Kekalkan sekeliling yang positif untuk kita terus bahagia.


04. Jangan menilai orang dari gambarnya

Jangan tertarik hanya kerana sekeping gambar. Walaupun muka yang kacak seperti Adam Levine (lol tetiba), atau badan yang tegap. Jangan! Pastikan analyze profile dia betul-betul, tengok kebaikan, kekurangan dan ciri-ciri yang dia tulis disitu. Kalau kena dengan diri kita, baru boleh teruskan langkah seterusnya. Sebab rumahtangga yang bahagia ni bukan sebab rupa paras je, banyak lagi ciri yang kena titik beratkan. Selidik latar belakang sidia bila berkesempatan. 


05. Jadi diri sendiri & jangan kelihatan terdesak

Jangan berpura-pura semasa dalam proses taaruf. Lebih baik menjadi diri sendiri, sekurangnya kita tahu siapa yang sanggup menerima kita seadanya. Jangan terlalu push untuk dapat pasangan sampai kelihatan fake & terdesak. It's not cool at all, malah memalukan. So keep steady & classy okeh!


Laman Web Terbaik Untuk Cari Jodoh

Excited tak nak tahu laman web mana terbaik untuk cari jodoh terutama untuk rakyat Malaysia ni?


Tips Cari Jodoh Online


Baituljannah! Ya Baituljannah adalah laman web carian jodoh yang semakin mendapat perhatian ramai. Jadi salah seorang daripada puluhan ribu calon yang sudah mendaftar. Bersama-sama kita berdoa semoga segala urusan dipermudahkan serta diberkati. Sebarkan berita gembira ini.

Kenapa laman web Baituljannah dipercayai ramai?

  • 1. Nama, nombor telefon dan emel anda adalah dirahsiakan dan tidak dipaparkan di profil anda.
  • 2. Sistem anti-SEO. Enjin carian seperti Google dan Yahoo tidak dapat mencari akaun anda.
  • 3. Baituljannah.com mengawasi sebarang bentuk spam.


Tahap sekuriti yang maksimum, jadi jangan risau sebab data peribadi kita takkan bocor di profile. Sistem anti-SEO tu pula akan membuat enjin carian Google & Yahoo takkan boleh cari akaun kita di google search. Takdelah kantoi kat makcikpakcik bawang yang nak buat bahan mengata kan, padahal kita tengah usaha, biasalah mulut orang takleh tutup. Huhu. 

Dan paling penting, Baituljannah mengawasi ketat aktiviti berbentuk spam. InsyaAllah takkan ada aktiviti bukan-bukan dalam Baituljannah ni sebab semuanya dipantau rapi untuk pastikan keselesaan & keselamatan pengguna juga.

Berminat untuk mendaftar di Baituljannah? Klik Sini untuk mendaftar.

atau klik gambar dibawah :) Semoga berjaya mendapat jodoh yang diredhai Allah!

Tips cari jodoh online di baituljannah
Klik Untuk Mendaftar




Follow