SUMBER: Free Malaysia Today |
Tahniah Kerajaan Baru Pakatan Harapan | 9 May 2018 tarikh keramat yang menyaksikan kuasa suara rakyat mampu mengubah pucuk pimpinan negara. Tahniah kepada rakyat Malaysia yang dahagakan perubahan dalam negara kita yang tercinta ini.
Alhamdulillah, aku melihat perkara ini sebagai satu yang positif. Jika satu pihak terlalu selesa dengan status mereka, mungkin lama kelamaan mereka akan lupa fokus utama mereka adalah kerana rakyat. Jadi kita sebagai rakyat, gunakan kuasa untuk memilih yang terbaik untuk kesejahteraan kita. Tiada salahnya kita memberi peluang untuk kerajaan Pakatan Harapan hari ini untuk memikul amanah rakyat pula.
9 May 2018, benar-benar hari yang mencipta sejarah baru. Terutamanya aku seorang pengundi baru yang pagi itu excited turun menyumbangkan satu undi, tentulah satu berita gembira yang mengharukan apabila melihat keputusan PRU14 ini, rupanya ramai antara rakyat Malaysia yang berkongsi satu impian dengan aku. Impian tentang Malaysia..
What a good day to be alive untuk menyaksikan sendiri :
1 - Pertukaran kerajaan sejak 1957
2 - Kemenangan pertama kali pihak pembangkang
3 - Tun Mahathir menjadi PM Malaysia dua kali, dengan dua parti berbeza.
4 - BN menjadi pembangkang
5 - BN kalah dengan hari mengundi yang diadakan pada pertengahan minggu (RABU)
6 - PM tertua didunia
7 - Orang termuda yang menang pilihanraya berumur 22 tahun
8 - Timbalan Perdana Menteri seorang wanita (Datuk Seri Dr. Wan Azizah)
9 - Kebebasan bersuara pihak media
10 - RAKYAT MALAYSIA BERSATU
Bagi yang ingin membaca manifesto kerajaan baru Pakatan Harapan, boleh download di sini : https://www.keadilanrakyat.org/wp-content/uploads/2018/03/BUKU-HARAPAN-.pdf
11 Comments
Alhamdulillah smoga kita sntiasa bersatu .. amin..
ReplyDeleteAamiin ya rabbal alamin..
DeleteActually,according to my father, ni kali kedua kemenangan pembangkang cuma it had been too long.. Zaman tok nenek kita, the had one once, but then they suffered the malays.. Which is why, tok nenek kita sayangkan umno... :)
ReplyDeleteDulu Pas menang eh?
DeleteDoakan Malaysia yang lebih baik 😊
ReplyDeleteInsyaAllah, mudah-mudahan,
DeleteSejarah sungguh PRU kali ini.. Semoga Malaysia lebih maju dibawah pimlinan baru dan tidak menindas rakyat..
ReplyDeleteInsyaAllah. Bila suara rakyat mula didengari, dan pihak pembangkang yang kuat, insyaAllah kerajaan kita takkan leka lagi.
DeleteProud with Malaysia, for sure.
ReplyDeleteMe too <3
Deletetak dengar lagi suara tpm ni, sejarah betul ada tpm wanita. doctor pulak tu
ReplyDelete