Pengalaman Kali Pertama Mengundi di PRU14 Malaysia

Thursday, May 10, 2018

Pengalaman Kali Pertama Mengundi di PRU14 Malaysia | Alhamdulillah tahun ini menyaksikan ramai kebangkitan pengundi muda yang memang bersemangat habis untuk turun mengundi demi PRU14 ini demi Malaysia tercinta.

Of course beberapa hari sebelum mengundi aku siap-siap mencari tips untuk pengundi pertama kali untuk makesure semuanya berjalan lancar. Habis saja kerja shift malam pukul 7 pagi, aku tak balik rumah dah, terus pergi sarapan untuk tenaga nak pergi memangkah calon pilihan, haha. 

Nampak tak semangat tuuuu, walaupun muka ya ampun pucat lesi dengan mata lebam tak tidur, mengundi tetap mengundi. Bak kata Diva AA, ibarat hidup dan mati rakyat ni.


Alhamdulillah, walaupun awal pagi, barisan yang beratur dah panjang, petanda baik bahawa anak muda kita ramai yang sedar pentingnya satu VOTE dari kita. Fuhh, walaupun berpeluh jugak ketiak nak tunggu turn, aku tetap semangat sambil dalam perut berkocak rama-rama rasa macam baru jatuh cinta gituee debarnya. HAHA.


Masa nak pangkah tu berdebar juga takut kertas terkotor sebab akak jaga tu taknak bagi aku celop jari kanan walaupun aku dah cakap aku kidal. Nasib baiklah dakwat kekal tu cepat mengering. Oleh sebab dah study pasal calon dan parti, aku terus memangkah tanpa ragu-ragu dah kat situ. Doa dalam hati, moga apa yang aku pilih hari ini memberi kebaikan pada negara dan rakyat.

5 tahun pemerintahan tu bukan masa yang singkat. Yang sedang SPM sekarang pun boleh tamat degree dalam masa 5 tahun lagi, yang anak dara teruna hari ini pun dalam masa 5 tahun mesti dah bekeluarga malah kalau ada rezeki boleh ada dua anak dalam tempoh masa 5 tahun gini. Jadi nak menentukan bahagia ke sengsara hidup kita nanti, semuanya terletak di tangan kita untuk memilih tampuk pemerintahan yang baik dan bersih.



Saluran aku mengundi smooth je, tapi saluran mama dan abah lambat sikit. Sebab kan saluran orang veteran ni kalau datang yang uzur atau naik kerusi roda diorang akan utamakan, so yang sihat-sihat ni lambat sikit la duk dalam barisan tu. Hehehe, rasanya SPR boleh buat penambahbaikan sistem untuk next PRU pasal isu ni kot, walaupun sihat walafiat kesian juga tengok mak aku berbaris lebih 2 jam kat situ. 



Undi adalah rahsia? Rahsia ke? Hahaha terpulanglah kepada individu masing-masing. Aku pilih untuk beri sokongan padu dan awareness percuma tentang parti pilihan aku. Impian rakyat Malaysia hari ini untuk HARAPAN baru bukan lagi satu rahsia.

Lebih mengharukan bila tengok rakyat berbilang kaum bersatu hati dalam hal politik begini. Apapun aku mengamalkan politik sihat, I don't judge you based on what you vote. Walaupun bukan rahsia lagi, tapi masing-masing ada hak untuk memilih parti yang mereka rasakan layak untuk diberi kepercayaan dan amanah memerintah negara.

Walau apa pun pegangan politik anda, aku memilih untuk menghormati pilihan semua orang. Mengecam orang lain tidak membuatkan kita menang, hihi.

Pengumuman sempena tukar kerajaan Malaysia! : Kepada sesiapa yang ingin membuat tempahan edit blog pada 10, 11, 12, & 13 May 2018 ini, korang akan mendapat diskaun istimewa sebanyak RM5 jadi harga full edit tinggal RM 25 sahaja. Hanya 5 pelanggan terawal sahaja ok. Hihihi.

Follow

19 comments

  1. Sama lah kita first time jugak, dia punya berdebar tuh hanya Tuhan yang tahu 😂 😂 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha first time turun undi, tukar terus kerajaan. Congrats to us!

      Delete
  2. Seronok baca kisah orang pergi mengundi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi sis mengundi mana tahun ni? Share la...

      Delete
    2. I didn't vote for this election as I missed the deadline to register as a postal voter :|

      & I think most of eligible voters in Canada (at least people that I know) didn't get to vote as well as the ballots didn't arrive in time T__T

      Delete
  3. Dah settle mengundi..sama2kita tunggu dan berdoa semoga ada perubahan seperti yg kita harapkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah..Semoga kerajaan kita dapat menunaikan janji mereka...

      Delete
  4. dulu masa saya form 4(2013) tak sabar nak pegi mengundi utk next pru. sekarang dah 21 tapi still tak dpt mengundi sebab belum birthday lagii, kenalah tunggu umur 26 nanti. kesiannya kami ni xD

    betul tu, harini kita semua nak harapan baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha sabar jelah. Mai pun mengundi kali pertama umur 25. Takpe Mai dh tolong pangkah untuk Mazni dah, haha.

      Harapan baru. Malaysia baru. The better nation, insyaAllah.

      Delete
  5. Mesti nervous first time mengundi kann Mai..
    Semangat punca ramai golongan muda-mudi keluar mengundi kali ni Mai..
    Berbanding sebelum ni, LZ pi mengundi ramai golongan veteran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, nervous macam nak muntah. Hahaha, lepas pangkah tu rasa beban dah lepas. Alhamdulillah.

      Delete
  6. Kita geng sebab first time.. Hehehe..
    Singgah n follow sini.. jemput to my blog :)

    http://www.ainulaqma.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Aqma, salam perkenalan. Done follow you too.

      Delete
  7. nervesss wooo. hehehe.. first time.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah dah selesai mengundi..

    ReplyDelete
  9. turun pagi jugak tapi tak sangka ramai kemain depan gate. Sama lah takut kertas undi kotor sampai kena declare undi rosak, so lap dengan tisu siap2. Besar mata akak tu tengok hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn, meriah gila tahun ni punya mengundi, mak ckp yang dulu2 tak macam ni. Hahaha. kannn takut undi rosak, sia2 beratur ohhh, memang pangkah kemas2 siap double triple check balik tu. Entah2 tu punca beratur panjang haritu, semua nak double check, haha.

      Delete

Latest Instagrams

© Noor Maizan. Design by FCD.