Perkara-Perkara Aku Tak Suka Dalam Sesetengah Novel Melayu

Wednesday, May 9, 2018

Perkara-Perkara Aku Tak Suka Dalam Sesetengah Novel Melayu | Aku sebenarnya seorang peminat novel Melayu dan sangat kagum dengan blogger yang dapat menulis review buku yang sangat berkualiti seperti SiqahIqa & FatinaMdzfr

Kalau aku sendiri yang menulis review, lebih menumpu kepada emosi aku sendiri semasa membaca, bukannya mengenai buku tu sangat pun, hahaha. 


Sekarang ni aku dah mula slow membaca novel melayu tema cinta kerana ada beberapa perkara yang aku tak suka tapi macam satu trend dalam novel cinta mesti ada elemen-elemen ni. Haish.

01. Watak Anak Orang Kaya
Hehehe so lame la watak anak orang kaya baru balik oversea start kerja gaji ribu riban naik kereta sport bagai ni. Please, please, please. Aku rasa stress pula dalam kesempitan ekonomi sekarang ni duk baca pasal watak yang bincang tender juta-juta gitu, hahaha. 

02. Nama Tengku
Hahaha why eh semua watak hero kaya nak letak nama Tengku. Kenapa nama biasa macam Udin takleh jadi jutawan ke? Hahaha.

03. Nama Watak Terlalu Klasik
Maybe sebab nak kelainan, penulis guna nama watak yang terlalu klasik pun aku tak boleh nak hadam. Kalau sorang boleh lagi, ini hampir satu buku nama macam zaman 30-40 an pun aku rasa susah nak menghayati cerita tu.

04. Heroin yang Terlalu Lemah 
This is a big no. Aku rasa susah sangat nak menghabiskan buku yang jalan cerita dari awal sampai akhir pasal penindasan keatas seorang perempuan lemah yang tak reti nak bangun fight untuk diri sendiri. Aduhhhh, tolonglah jangan bagi aku baca cerita macam ni, rasa nak masuk dalam buku tu dan tolong fight sekali. Haha.

Rasanya ini sahajalah. Kalau pasal plot dan jalan cerita masing-masing novel ada kekuatan tersendiri yang penulis nak sampaikan. Jadi tak perlulah aku nak hentam kalau aku tak suka dari belakang sinopsis tu lagi aku tak akan mula baca kecuali ada orang yang recommend cakap best, hehe.

Dan bukan semua novel lah ada apa yang aku tak suka ni. Kalau jalan cerita best walaupun nama watak tu disturbing aku bolehlah pejam mata part tu, haha.

Eh kalau ada novel yang clean dari apa yang aku senaraikan ni bolehlah recommend pada aku tau. Tak sabar nak baca novel cadangan korang.

Hihi.

Disclaimer : Ini adalah entri santai-santai, tiada kaitan dengan mana-mana novel dan penulis. 

Follow

10 comments

  1. Sama laa 😂 sikit sikit orang kaya sikit sikit kereta sport paling tak boleh blah first time jumpa benci nak mampus lepas tu cinta, kawin kontrak lagi laaa lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...tak realistik langsung...

      Delete
  2. Jalan cerita novel cinta ni bila baca dah boleh agak dah apa ending nya hehe. 🤣

    ReplyDelete
  3. tambah meluat bila novel tu diadaptasikan ke drama. mcm x real langsung! maaf, abam kie x layan novel2 melayu ni.

    ReplyDelete
  4. Anak orang kaya tu asyik ada je kan..Anak orang susah tak ada ke? Rabia pun mmg tak suka baca novel.Skrg rabia baca novel english je.

    ReplyDelete
  5. bab anak org kaya tu balik dari study kerja gaji ribu raban, harta berjuta juta , mmg kurang setuju watak mcm ni as if anak org kaya tak struggle untuk hidup dlm life sebenar ... dan apa kata try baca Venom Suria ...

    ReplyDelete
  6. hahahha. no 4 tuuu. heroin lemah gemalai. biaq org dera. adoi la.. weii emosi tetiba. hehe

    ReplyDelete
  7. Sekarang dah makin banyak pilihan.. Antaranya Prolog Media, Roman, Iman Publication.. Tak macam dulu yang fokus pada 4 perkara diatas. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fixi is good. Nanti nak baca keluaran Prolog Med pula, banyak feedback positive kan...

      Delete
  8. haha betul sangat tu! Suka sangat portray wanita lemah sampai kena bergantung dengan watak hero.

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Noor Maizan. Design by FCD.