Inikah Dipanggil Seri Bakal Pengantin?

Monday, May 7, 2018


Aku ni dari dulu kerja bahagian yang berjumpa customers, tapi tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ni makin ramai pula customers asyik puji semacam.

Mungkin sebab dah nak kahwin lagi 40 hari, seri pengantin dah naik ke muka kot, haha. Perasan. Tapi serius tau, sebelum ni takda siapa pun pernah kacau-kacau ke apa, lately ni baru pelik-pelik terjadi.


Sampai ada customer yang sambil lalu dia layangkan surat cinta. Katanya tak tahan tengok senyuman aku masa tengah register bilik dia tadi. Kalau bos tahu matilah aku, hahaha, kang kena copp penggoda pulak.

Memang tak ramai pun pernah bagitau aku cantik. Dah memang rupa pun level average je kan, sapa nak puji, haha. Tapi sorang je yang selalu cakap aku cantik, tunang aku (Bangman). 

Dan 7 tahun kami berkawan, boleh kata setiap hari dia tengok gambar aku post kat facebook ke, instagram ke (dia takda instagram tapi hari-hari stalk aku), dia akan call dan cakap yang aku ni cantik sangat. 

Dan 7 tahun, dan dia masih tak pernah berubah. 

So of course la bila aku dengar dari lelaki lain, tak terkesan pun pujian tu. Gelak-gelak je boleh, nak terpikat tidak lerr, haha.

Ingatkan dah habislah.

Tadi aku balik kerja rasa lapar burger pulak, singgahlah kedai burger tepi jalan mak teman. Tiba-tiba ada sorang India datang order burger juga tapi dia macam mabuk sikitlah.

Ikutkan hati seram jugaklah tapi sebab ada pakcik burger tu so aku beranikan diri la.

Tiba-tiba budak India tu tegur aku.

"Kak... I likes you eyes."

Aku pun cakap la "Thank You." Sambil seram.

Lepas tu dia sambung.

"KAKAK NI HANDSOME LA."

Adoiii mengekek la aku dengan pakcik burger tu kat situ.Nampaknya seri pengantin aku dah overdose dah ni, sampai jadi handsome. 

Phewww, tidur lena malam ni sebab pertama kali ada orang puji aku HANDSOME :P

Follow

18 comments

  1. Hahaha Mai jadi handsome pula? Hahaha overdose dah .. bahaya tu..
    Apapun Mai mmg cantik juga.. Tak sabar nak tngok pengantin baru.. huhu sy jauh sgat di Sabah, lau tidak mau juga ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks syg, hehe itukan... kalau boleh nak jemputt semua kengkawan, tapi mestilah tak ramai boleh datang jauh2, hari raya pula tu, ehehe.

      Delete
  2. Hahahahaha plot twist betul last-last tu. Betul la tu, seri pengantin lah tu dah nampak makin cantik. Semoga persiapan ke hari bahagia berjalan lancar ye ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la terkejut kita tiba2 handsome, haha. Aamiin,aamiin, thank you doa...

      Delete
  3. Mungkin memang ada serinya. Hope Allah will ease your path to marriage :)

    As for me, the only time I got called pretty by guests was when they were all drunk -_-

    ReplyDelete
  4. Hahahha... part last tu lawak habis.
    Hurm... iyalah tu kot seri pengantin dah datang jeng..jeng..jeng... jaga-jaga Mai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tu la, lawak kan...sabar jelah.

      Delete
  5. Bakal pengantin memang darah manis...ramai yg suka dan serinya mmg lain macam....akk pun perasan mai semakin cantik dan berseri....papepun jaga diri ye mai....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ampun, betul ke ni kak. Hahaha... InsyaAllah , thank you Kak Lina syg!

      Delete
  6. memang handsome kot ni? hahahaa. makin berseri-seri lah lepas ni. jaga diri baik2 yee bakal pengantin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kalau handsome abislah tunang dicop kunyit nanti, hahaha. Thanks dear...InsyaAllah..

      Delete
  7. Semoga dipermudahkan buat Mai.. Insyaallah..

    ReplyDelete
  8. Hahaha, your story makes me crazy. But same thing I also do it with my handsome :P

    ReplyDelete
  9. hahahah. lawak la mai ni.. hehe. seri pengantin. smoga Allah permudahkan urusan mai <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, sabo jelah dengan masyarakat sekeliling ni. haha. Thanks yunk!!

      Delete
  10. seri pengantin keluar lah sebab happy so muka pun glowing kemain tapi sampai kena cakap handsome ni betul lah, overdose :P

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Noor Maizan. Design by FCD.