Mencari Remis di Pantai Port Dickson

Mencari Remis di Pantai Port Dickson


Sebelum ini memang aku tak pernah tahu langsung pasal kewujudan sejenis siput laut bercengkerang cantik yang bernama 'remis' ini. Maklumlah mana ada pantai kat kawasan Kulim tu, kilang banyaklah, haha. Sampailah satu hari suami balik kerja dia ajak ke pantai, siap bawak baldi lagi, nak kutip siput katanya. Memang excited la aku nak ikut kan. 

So kami sampai ke Pantai Bagan Lalang sebab lokasi ni suami cakap memang ada banyak remis sebab kawan dia pun selalu turun sini mencari remis juga. Selain Pantai Bagan Lalang Port Dickson, blogger Mimi Azirah pun ada share yang pandai belakang Eagle Ranch Resort pun banyak remis yang besar-besar. Cuma belum berkesempatan lagi untuk kami terjah, hehehe.

Mencari Remis di Pantai Port Dickson
Mencari Remis di Pantai Port Dickson 

"Cantiknya, boleh makan ke ni?" adalah antara soalan yang aku terima bila letak gambar remis kat laman sosial.  Confirm lah orang yang tanya tu tak pernah makan remis, sebab aku sendiri pun awalnya tertanya-tanya betul ke boleh makan ni? Rasa macam mana.

Remis boleh makan tak?

Ya remis halalan toyyiban dan boleh dimakan ye kawan-kawan. Selain remis, mungkin ada antara kita yang tak familiar dengan jenis-jenis siput laut yang lain macam pepahat, etok, mentarang dan sebagainya. Ye la selama ni pun tahu kerang dan lala je kan. 

Boleh rujuk post ni untuk kenal-kenal dengan jenis siput dilaut ye.


Masa Terbaik Mencari Remis?

Sebenarnya masa terbaik nak cari remis ni adalah masa air surut. Kalau air surut senang la nak jumpa remis sebab boleh cari sampai nun jauh ketengah kan. Cara nak cari senang je, korek-korek jelah pasir tu, jangan kutip yang terlalu kecik sudah, nanti apa pun tak rasa, haha. 

Tapi masa kami pergi haritu air tengah pasang, dah ombak pun mengganas pula tu. Hasil pun tak lah banyak mana, tapi oleh sebab suka-suka je nak makan berdua boleh lah tu dari tak ada langsung. Cuma lencun jugalah seluar aku, maklumlah sambil cari remis sambil main air.

Mencari Remis di Pantai Port Dickson

Mencari Remis di Pantai Port Dickson

Cara Masak Remis?

Banyak je cara masak remis, ada orang buat remis masak lemak, tapi we are too lazy to masak berat-berat (acewahh padahal tak reti masak), lagipun setakat nak buat ratah sambil bercintan cintun je so suami aku cakap biar dia buat masak serai jelah. Suami aku masak k! Haha.

Sebenarnya dia je yang cari banyak, aku? Aku banyak main air, haha.
Mula-mula rendam dulu remis tu dalam air paip. Nanti semua remis tu terbukak sambil terjelir. Mak oii rupanya panjang-panjang lidah dia. Eh lidah ke yang terjulur tu? Ke badan dia? entahlah nak oii, haha.

Lepas dah rendam tu cuci bersih. Pastu masak je atas api, letak serai sikit, cili sikit sebab nak pedas. Perasakan dengan garam gula.

Siaplah remis kita untuk diratah, nyummy!

Remis Masak Serai

Inilah rupa remis cantik yang dah dimasak tu. Hilang kecantikan dia yalls. Haha. Buat yang tertanya-tanya apa rasa remis ni, isi dia rasa manis. Sedap tauuu, cuma terlalu kecik, rasa tak puas. Masuk telan, masuk telan, tak sedar dah habis seperiuk kecik untuk kami berdua. Haha.

Nanti nak pergi cari remis kat port lain pulak lah, jangan lupa pakai sunblock nanti hitam, kekeke.

Apapun bagi aku tetap kerang for life! Haha, nak nak kerang gemuk yang juicy, aku tak rebus dah, aku siram air panas jer, kakakaka, muntah hijau ler orang yang tak lalu makan cenggitu.

Hangpa pulak paling suka makan haiwan bercengkerang apa?


Follow

Post a Comment

21 Comments

  1. Sedap ke? Kak liez xmkn kerang kerangan ni.. tp cantik gambar remis dlm tgn tu..

    ReplyDelete
  2. Sedap kak Liez, manis-manis rasa dia. Tapi Mai paling suka kerang la, hehe.

    ReplyDelete
  3. Mai, napalah keluar entri nie, buat akak lapar aje pepagi nie.. hihihi dah lama akak tak cari remis, zaman kecik2 dulu memang akak suka cari, maklumlah rumah dekat aje dengan pantai, walaupun berkereta...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi meh la cari remis balik kak...seronok juga petang2 buat aktiviti gini dengan org tersayang.

      Delete
  4. Nampak sedap tapi macam sayang nak masak and makan sebab colour dia cecantikkkk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayang nak masak jadi busukkkkkla awakkk, hahaha.

      Delete
  5. Saya kadang makan ja even tak tau nama. Nanti bila dah lama sangat baru tanya nama apa la yg saya makan tu. Hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la, mula-mula saya sebut siput laut, hahaha.

      Delete
  6. Lala & yang hijau tu... kepah? Kupang? Idk the name :( tapi hijau tu memang favourite gila!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik beradik depa lettew kot, ahhahaha, selalu jumpa kat steamboat kan. Memang sedap!

      Delete
  7. Wah May dah jadi orang PD sekarang.. Bebila boleh jumpa kita lepak kat PD Waterfront.
    Seumur hidup sis tak pernah makan remis, nampak macam lala tapi kecil sikit dari lala rupa remis ni kan May..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kakkk LZ, roger la Mai, hihi.

      Delete
  8. kenapa cantik sangat remis ni? hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, sayangnya saiz kenit betoi. Nak kunyah pun tak sempat dah tertelan, hahaha.

      Delete
  9. pernah pergi pantai cari remis sampai tengah malam siap berkhemah lagi haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perghhh ni lagi gigih ni... Banyak tak dapat?

      Delete
  10. hahahah bru nak tyanya tadi leh makan ke..dah dijawap soalan nya itu..hahah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Of course jawab siap-siap. ahahaha. sbb memang ada orang tanya juga haritu.

      Delete
  11. eh eh comel lah kerang tu.. rabia tak boleh makan.gatal2 tubuh.kan ada ekzema.

    ReplyDelete
  12. Kecik.. memang tak puas makan,.. hahaha.. Sedap lagi kerang..

    ReplyDelete