Rasa Nak Giveup Pada Hari Pertama Kerja?

Rasa Nak Giveup Pada Hari Pertama Kerja?

Bila bertebaran resume dan berbelas interview yang kita dah cuba, insyaAllah dapatlah tuai hasilnya walaupun tak seberapa. Fresh grad sekalian fahamlah the struggle bila minta kerja biasa kata majikan, kita ni "overqualified", bila minta kerja yang berpadanan dengan sijil pula kata mereka perlukan "experience". Sigh...


Akhirnya berjaya dengan beberapa interview di sekitar tempat tinggal aku ni (saja taknak pilih jejauh nanti kos minyak dan tol lagi kena hadap) aku pun buatlah penilaian yang paling berbaloi aku rasa untuk aku berkhidmat.

So rasa nak giveup pada hari pertama kerja? Pernah rasa? Mungkin memang normal kalau rasa nak berhenti masa mula-mula masuk kerja kan.

Sebab kita tak biasa lagi. Mungkin.

Atau boleh jadi kita nampak sesuatu kepincangan yang kita tak sanggup nak hadapi. Tapi tak boleh cakap pada sesiapa.

"Nope, this is not for me. I'm gonna quit this!"

Mula-mula aku memang nekad nak berhenti je, tapi aku tahu buat keputusan tergesa-gesa itu bukan jawapannya. Benda macam ni memang perlu duduk sekejap ambil nafas dan fikir balik.

Kenapa dalam banyak-banyak interview yang berjaya, aku pilih sini untuk memulakan kerjaya aku? Tentulah Allah yang gerakkan hati aku ni, mana ada segala sesuatu yang berlaku tanpa keizinan Allah.

Aku teringat pesanan mentuaku pada hari kami suami isteri bersedih sebab kes rumah sewa (tuan rumah ingkar janji), mak cakap;

 "Allah takkan uji apa yang kita tak mampu. Kita saja yang rasa kita tak mampu. Semua ada penyelesaiannya." 

Ya betul, malam itu juga selepas aku redha dengan ujian tersebut dan mengambil pendekatan untuk sudah sudahlah tu bersedih, kita cari jalannya, dan dengan magiknya malam itu juga kami bertemu tuan rumah baru, dengan rumah yang lebih besar, dan sewa yang lebih murah, dan paling syoknya, lokasi yang lebih dekat dengan tempat kerja dan kejiranan yang baik sangat, in fact jiran kami adalah pak imam! Alhamdulillah! Alhamdulillah!

So berbalik pada kes kerja tadi juga aku percaya ini sekadar ujian kecil sebelum Allah menghadiahkan aku kebahagiaan.

Mungkin ada hikmahnya kenapa aku terdampar di tempat yang aku rasa tak selesa begini. Bukan mungkin, pasti ada hikmah Allah nak bagi.

Supaya aku belajar tanggungjawab jadi bos itu bukan sekadar mengarah tetapi memimpin.

Supaya aku belajar manusia ini sebenarnya boleh jadi sejengkel-jengkel makhluk tapi mash wujud juga sejenis sebaik-baik insan.

Supaya aku belajar mencari hikmah sebalik ujian.

Apa juga pangkat kita, jadilah mereka yang menyenangkan orang lain. Seperti mana kita memudahkan urusan orang, semoga urusan kita dipermudahkan.

No boss worth your mental health, aku akan gerak jika sudah tidak terkawal. Tetapi buat masa sekarang, aku cuba set balik mindset niat kerja kerana Allah, jangan curi tulang, buat yang terbaik, berhenti jadi hati tisu.

Jika tidak buat salah, be unaffected, senyum dan lupakan.


Follow

Post a Comment

9 Comments

  1. Sungguh Allah uji kita kerana Dia tahu kita mampu.. Keep strong Mai!

    ReplyDelete
  2. sha kali pertama kerja tahun 2016 dan masih bekerja sampai sekarang, ada jugak niat nak tukar kerja tapi bukan masalah boss ke apa tapi gaji mcm sikit tapi tulah, bila nak behenti je ada je rezeki yang datang. walaupun gaji kecik tapi takpernah putus rezeki. jadinya sha masih stay kat sini hehehe dah 2 tahun!

    ReplyDelete
  3. setiap ujian dan dugaan itu pasti ada hikmahnya..
    Perkongsian yang bagus Mai.. saat hati ingin berputus asa kena pujuk untuk redha dan buat kerana Allah..

    ReplyDelete
  4. Moga sentiasa kuat and may Allah ease :)

    ReplyDelete
  5. Betul sangat. Tak ingat baca kat Fb ke Twitter but the person said that try to find something that you like in your workplace. Contoh kerja tak stress, workmates baik, senang nak solat etc.

    ReplyDelete
  6. Yah sis kipidap..dongibab 😊

    ReplyDelete
  7. Be strong kan kak..rabia dah kerja pun dulu..lepas tamat je SKM penjagaan kanak2 tu..terus kerja.sebab sebelum tu rabia dah pergi IV dah pun.rezeki awal bekerja.sekarang tgh sambung diploma.

    ReplyDelete
  8. Sabarlah ya Mai.
    Semoga dipermudahkan olehNYA

    ReplyDelete
  9. semoga Mai dipermudahkan segalanya dan InsyaAllah you can do it

    ReplyDelete