Inspirasi untuk Personal Blogger

Inspirasi daripada Blogger

Assalamualaikum & hi dear readers.

Terima kasih atas sokongan readers yang sudi follow blog picisan ini, daripada angka 1 akhirnya menjangkau angka lebih 1K. Blog tanpa niche khas, tanpa arah tapi bertujuan, aku rasa terharu sangat sebab missobsesi.blogspot.my masih diterima ramai sehingga hari ini.

Aku selalu berusaha untuk memberi yang terbaik dari segi reka bentuk blog mahupun isi penulisan. Tapi confirmlah masih jauh nak merangkak sebab aku ni bukannya kreatif nak mendesign sesuatu, dan penulisan pulak masih banyak merepek dari berinformasinya. 

But aku selalu pujuk diri aku supaya tak hilang minat berblog ni. Bukan senang nak puaskan hati orang, kan? Kalau masuk blog personal tapi demand entry ilmiah, sama la masuk KFC nak beli stoking. Tak ngammm langsung. 

Beberapa blogger telah menjadi inspirasi kepada aku secara tidak langsung (mereka tak sedar pun), but I owe them a lot. Dan korang semua juga yang membaca entry ini. Thank you.

PENULISAN

Blogger Ben Ashaari - http://www.benashaari.com/

Abang Ben taught me that it's alright to blog about YOURSELF, buat apa, pegi mana, rasa apa, and semualah. Tak perlu jadi orang lain dalam berblog. Tak perlu kejar niche (kalau kita tak pakar), tak perlu tiru gaya orang, tak perlu pulun tulis perkara yang kita tidak tahu kepastiannya cuma kerana ia sedang viral.

STOP!

Hey, just be yourself, semuanya akan baik-baik sahaja.

Blogger Syed - https://anothersyed.blogspot.my/

Syed membuktikan entry personal pun tetap boleh sarat dengan informasi. Kadang-kadang pengalaman peribadi kita pun boleh jadi informasi untuk orang lain yang bakal lalui perkara yang sama. Tambah-tambah dengan blog, pengalaman tu sangat jujur, taklah bertapis macam testimoni yang bersepah di facebook sana.

So yes! Tulislah apa sahaja pasal hidup kita seharian, dan selitkan pengalaman dan informasi yang kita tahu pasal perkara tersebut. Siap! 

REKABENTUK BLOG

Aku paling excited kalau nak bercakap pasal rekabentuk & design blog. Rasa-rasa masa yang aku peruntukkan untuk design blog lebih dari aku luangkan untuk menulis entry. Dulu aku die-hard-fan theme simple template yang comel-comel tapi tak sangka akhirnya tumpas dengan responsive template ni. 

Blogger Reenri - http://www.reenri.com/

I miss Kak Reen a lot. Masa aku kenal kak Reen aku masih setia dengan template warna-warni rumbu ramba yang adik aku design. Phewwww. Tapi aku baca entry kak Reen, banyak kali kak Reen membebel tentang betapa bestnya responsive template, siap bagi tutorial penuh nak tukar macam mana. Tapi gila kentang beb, aku buat tak peduli padahal masa tu 30% hati ni dah terkinja-kinja nak try responsive template.

And kalau korang rasa template aku pakai hari ini (12 April 2017) cantik, terima kasih kepada penajaku Kak Reen. Ini adalah template berbayar pertama yang dipakai oleh blog aku, sponsored by her (menang giveaway). Dan aku tak jumpa lagi template yang best & berbaloi untuk menggantikan template yang aku pakai sekarang ni. 

TBH, aku bila bukak Etsy, Pipdig, ThemExpose etc, aku rambang mata rasa macam lebih kurang je semua template tu. Huhuhu. 

Blogger Nesz - http://razanahanis.blogspot.my/

Bukan dengki ke apa. Tapi aku geram betul tau dengan Nesz ni sebab blog dia tak pernah tak cantik, tak pernah tak comel, tak pernah tak mengancam. 

So Nesz la salah satu blogger yang memberi inspirasi untuk aku meningkatkan tahap kecomelan blog aku. Hihihi.

Blogger Erin - http://www.erinazmir.com/

Rasanya ada ke orang tak kenal blogger Erin. Selain bagi inspirasi untuk jaga imej & rupa blog, Erin pun banyak bagi inspirasi untuk ramai blogger upgrade pakai domain sendiri, dan ada yang ikut jejak Erin pakai wordpress, Hihihi.

Banyak blogpost idea yang boleh dapat dari setiap soalan Erin kat akhir entry. Dan pelbagai tips & trick mengenai blog di sana. 

🔽🔽🔽🔽
And special thanks pada semua pembaca blog aku, yang juga salah satu inspirasi aku untuk tetap menulis.Walaupun merepek, ye dok? Hehehe.

Dan peminat special ni, thank you sayang buat akak terharu.


Adik Fatin Farhanah, yang suka dengan blog ini dan selalu menepek kat sini walaupun takda blog. Hihihi, dek, buat la blog, nanti akak ajar, no problem eh... 

Terima kasih semua orang!



Follow

Post a Comment

60 Comments

  1. tahniah sis.singgah semua blog yg sis ckp tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berblogwalking ke blog2 hebat sis 😍

      Delete
  2. Replies
    1. Thanks dear. Awak pun boleh ada blog cantik. Tp leceh sikit la kena belek lama2 nk main coding.

      Delete
  3. 2 blog je yg kak ana kenal atas tu. Hehe. Kena terjah yg lain juga ni nmpknya =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seriuslah kak Ana? Wajib terjah tau. Hahaha.

      Delete
  4. Singgah sebab ada maizan kat nama. And nama blog pulak ada obsessi yg mana sama dgn nama fanpage saya. Ahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. OMAGAD!!! Seriuslah dua kebetulan yg sama. Hahaha. Rare ennn nama kami 😂😂😂. Selamat berkenalan.

      Delete
    2. OMAGAD!!! Seriuslah dua kebetulan yg sama. Hahaha. Rare ennn nama kami 😂😂😂. Selamat berkenalan.

      Delete
  5. Blog mai memang best dan jadi blog wajib akak terjah kalau mood blogwalking sampai.❤

    Reenri lama dah xupdate kan. Rindu jgak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu selalu laa dtg mood tu kak reen. Hehehe. Betul. Rindu kak reenri. Antara blogger kesayangan mai tu.

      Delete
  6. All the best...teruskan berkarya..dari hati..pasti tersentuh juga hingga ke hati juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih PC. Saya akan cuba yang terbaik.

      Delete
  7. Betul tu setuju sangat Mai, kadang blog yang menulis personal life pun not bad.. Banyak sangat info dan pengajaran yang boleh dikongsikan kepada orang ramai 😍😍

    Selamat Maju Jaya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak olah jadi bermanfaat tu yang susah sikit tu, tapi I'll try my best.

      Terima kasih Husni.

      Delete
  8. Comellllll je! 😘💕
    Thank you mai, for spreading the positive aura. You go, girl! 💪

    ReplyDelete
    Replies
    1. 💕💕💕 Hihihi thank you Fairuz.💕💕💕

      Delete
  9. Akak suka ayat ni, "it's alright to blog about YOURSELF". Blog Ben memang mengajar kita untuk menjadi diri kita tanpa perlu meniru orang lain. Tak kisah apa orang nak cakap, yang penting ini blog kita dan ikut kitalah nak tulis apa. Akak akan selalu ingat perkara ni :) Di penghujungnya, apa yang kita tulis di blog adalah untuk kenangan kita juga sebenarnya, bukan untuk orang lain :)

    Erin yang menyebabkan akak bersungguh nak ada domain sendiri dan yes, responsive template. Hihi. Kalau tak jumpa blog Erin, rasa sampai sekarang masih template yang sama dulu je. Hii.

    Love blogging world. Jumpa ramai orang yang tak kedekut ilmu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes setuju jugak kak, sebab shaf pun kadang jeolous je tengok blog orang yang boleh stay untuk sesuatu topik macam Book Blogger, Make Up blogger, Foodie Blog, Travel Blog, sebab berimpian nak berblog fokus satu topik and not random tapi nak buat camna kan sebab shaf pun tak cukup serba serbi lagi nak buat cam diorang hiks. So jadi diri sendiri sajalah from now on. :D

      Delete
    2. Kak Siqah:
      Betul tu akak, kalau kadang2 tersasar dari landasan, try-hard nak jadi orang lain, mai akan bukak blog abang ben dan amik mood balik. Hehehe.

      Erin memang banyak tips pasal blogging kan..

      Shaf
      Nak ada niche sendiri tu memang best tapi takut nanti jadi terbatas sebab ilmu dan kepakaran yang tak cukup. ehehehe.

      So mehlah kita jadi diri sendiri secara berjemaah.

      Delete
    3. Shaf, Akak pun jeles jugak dengan blogger yang ada niche sendiri. CUba nak buat tapi tak boleh. Tak cukup ilmu nak buat blog ada niche :D

      Jadi, jomlah kita bersama jadi diri sendiri secara berjemaah bak kata Mai :D

      Delete
  10. Okey, semua blog kat atas memang best and ada aura tersendiri. Saya punya blog pun takde niche memang random habis. Hukhuk

    Bestnyaa Mai bila ada yang emel macamtu. Mesti tambah bersemangat kan? Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi geng random. Hahahaha.

      Betul..Happy bila ada orang contact dan sudi jadi sahabat maya :D

      Delete
  11. fae pun setuju ngan kata2 bro ben.. blog fae blog rojak so memang hopeless lah to find own niche. tapi if we just being diri sendiri and terus share useful info untuk readers, i believe we can build our own loyal reader base.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe actually abang ben never said that, itu kesimpulan yang mai buat lepas baca situ. Hehehehe tu la, rojak & random adalah niche blog mai rasanya, hahaha.

      Delete
  12. smua blog ni busyra kenal.. hehe. betul ckp mai.. dorang ni memang boleh dijadikan sumber inspirasi.. sbb smuanya best2!

    ReplyDelete
  13. Ya Allah serius ah mai haha. Rasa terharu pula ada blog syed tercalon dalam entry ni. Rasa macam tak layak pun ada.

    Apa pun syed setuju dengan mai. Pengalaman yang kita lalui pun merupakan satu bentuk informasi juga. Saya suka jadi personal blogger sebab boleh jadi diri sendiri dan benda yg kita tulis tu semua benda yg datang dari hati dan lebih telus 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh eh mestila serius. Heheh. Layak, betul.ramai yg support.

      Kan, sekarang zaman hujung jari. Nak cari apa je mesti google, so dari google tu la gunanya blog blog semua ni.

      Delete
  14. unni pun kenal semua.. btw rindu reenri jgk ..lama sgt dia mhilang T_T... unni bnyk bljar blog dri Reenri .. dia la ajar unni semua, kalau apa tak thu pun unni rujuk dia..

    Unni pun suka blog mai.. sngt2 suka.. bnyk idea unni ambil dri blog mai.. hahahahaha.. bnyak la unni ambil inspirasi.. kalau nak karang kat komen ni x cukup, harap mai halalkan..hihihihi

    btw mai unni kecewa la.. knpa terlpeas pndang segmen mai nak cri bloglist..T_T x sempat nk komen da full..huhuhuhu.. next time unni join ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... manalah kak Reenri menghilang.. Harap kak reen akan comeback ke dunia blogging balik.

      Betul ke ni Unni, terima kasihhhhhhh sangat. Tak berkira pun Unni, ambillah kalau Unni rasa berguna, hihihi.

      Eh Unni masuk la dalam bloglist mai, cuba check balik.

      Delete
  15. tahnks mayy sebab sudi share tips2 ni..

    ReplyDelete
  16. Inspiring sangat mereka ni cuma ada lagi yang belum kenal ehh kena usha ni hehe. Nanti Mai pulak menyusul ye. Goodluck !

    ReplyDelete
  17. saya dah menulis blog hampir 5 tahun...

    lama juga tu..

    saya pun tak pasti kat mana kelebihan saya berbanding blogger lain..

    secara ringkasnya macam kurang je saya dengan mereka newbies..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe ada keistimewaannya tu HB, kalau tidak masakan boleh bertahan dalam dunia blogging dalam jangkamasa yang lama, heee.

      Delete
  18. On the way jadi peminat blog sis senyap-senyap ni sebab tetiap minggu blogwalking sini . Hahaha .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa sweetla sis ni, terharu titeww. thank you...

      Delete
  19. good luck dan teruskan berkarya Mai...dah bertambah cantik blog Mai nii

    ReplyDelete
    Replies
    1. All the best utk Ummi juga. Hehehe ye ke,, terima kasih... <3

      Delete
  20. Cik ahkak SB tak reti main template bagai, dik.. Hahaaa.. Tengok saja blog cik ahkak yang serba kosong tu haa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa sekarang ramai ambil tempahan edit template kak SB. hehehe

      Delete
  21. terharunya ada blog erin! thank you maiii! <3333

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Erin...Eh mestilah masukkan, sebab selalu stalk entry2 Erin masa cari ilham, haha. <3

      Delete
  22. Ya Allah terharunya nampak nama blog sendiri.. hahahaha.. Takpe Mai lepas nie my blog tak ubah rupa lagi until next year.. haha..
    "just be yourself, semuanya akan baik-baik sahaja." - I totally agree with this and to be honest, I prefer to read a blog yang takde niche pun tapi cukup attractive for me to read, macam yours.. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha uihhh tak payah ubah dah mantap dah tu...Geram tengok, rawwrrrr..Hahaha.

      Alahai, sweetnya Nesz, thank you tau... I love ur blog too.

      Delete
  23. Tahniah. Teruslah menulis.
    Tulislah apa2 saja yang terlintas, mudah2an ada manfaatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah WP, saya suka blog pakcik.

      walaupun saya tak ada kampung, tapi saya boleh hayatinya dgn tengok gambar2 kat WP :D

      Delete
  24. Congratz Mai!!! <3

    nadia pun agree dengan blogger Ben ashaari . Be yourself . Tak kira lah dlm berblogging or dkt luar ... it's good just be ourself . =)

    Nadia pun suka baca blog syed sebab ayat2nya semua pun simple dan senang dibaca . Even baru jugak lah nadia discover blog syed .

    Yes!!! Agree , for me Erin mmg bnyk bagi inspirasi utk Nadia akhirnya makes my own domain dan particular about template hihi

    Reenri blog pulak nadia suka baca pasal tips2 blogging . Senang faham .

    Tq share this Mai. And, keep on blogging dear =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you darling.

      Bercakap tentang diri sendiri lebih baik dari berkata tentang orang kan, hihihi.

      Betul2, mai pun baru je kenal Syed, sebab tu pun blog baru kan. Hehehe, tapi pv dia dasyat betul.

      Kannnnn,,,ramai tukar domain dengan baca blog Erin...

      Kak reenri memang tak kedekut ilmu.

      You're welcome, harap bermanfaat.

      Delete
  25. Eh jap, baru perasan yang AMERZING ada dalam bloglist MayyJie. Wow! this is an achievement! Thanks a lot! :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi teruskan menulis, i love to read yours. Selamat bertapak ke bloglist sini.

      You're welcome :D

      Delete
  26. wow. semua blog hebat. ada blog yang saya sendiri tak pernah jejak. jadi terima kasih sebab bagi sumber yang sangat baik pada saya.. :)

    ReplyDelete
  27. 3 blog ja yg sy tau di atas tu 😂 Semoga terus bersemangat berblogging Mai 😉

    ReplyDelete
  28. Baca ni diri sendiri pon rasa inspired jugak. Thanks!

    ReplyDelete