Inspirasi daripada Blogger

Assalamualaikum & hi dear readers.

Terima kasih atas sokongan readers yang sudi follow blog picisan ini, daripada angka 1 akhirnya menjangkau angka lebih 1K. Blog tanpa niche khas, tanpa arah tapi bertujuan, aku rasa terharu sangat sebab missobsesi.blogspot.my masih diterima ramai sehingga hari ini.

Aku selalu berusaha untuk memberi yang terbaik dari segi reka bentuk blog mahupun isi penulisan. Tapi confirmlah masih jauh nak merangkak sebab aku ni bukannya kreatif nak mendesign sesuatu, dan penulisan pulak masih banyak merepek dari berinformasinya. 

But aku selalu pujuk diri aku supaya tak hilang minat berblog ni. Bukan senang nak puaskan hati orang, kan? Kalau masuk blog personal tapi demand entry ilmiah, sama la masuk KFC nak beli stoking. Tak ngammm langsung. 

Beberapa blogger telah menjadi inspirasi kepada aku secara tidak langsung (mereka tak sedar pun), but I owe them a lot. Dan korang semua juga yang membaca entry ini. Thank you.

PENULISAN

Blogger Ben Ashaari - http://www.benashaari.com/

Abang Ben taught me that it's alright to blog about YOURSELF, buat apa, pegi mana, rasa apa, and semualah. Tak perlu jadi orang lain dalam berblog. Tak perlu kejar niche (kalau kita tak pakar), tak perlu tiru gaya orang, tak perlu pulun tulis perkara yang kita tidak tahu kepastiannya cuma kerana ia sedang viral.

STOP!

Hey, just be yourself, semuanya akan baik-baik sahaja.

Blogger Syed - https://anothersyed.blogspot.my/

Syed membuktikan entry personal pun tetap boleh sarat dengan informasi. Kadang-kadang pengalaman peribadi kita pun boleh jadi informasi untuk orang lain yang bakal lalui perkara yang sama. Tambah-tambah dengan blog, pengalaman tu sangat jujur, taklah bertapis macam testimoni yang bersepah di facebook sana.

So yes! Tulislah apa sahaja pasal hidup kita seharian, dan selitkan pengalaman dan informasi yang kita tahu pasal perkara tersebut. Siap! 

REKABENTUK BLOG

Aku paling excited kalau nak bercakap pasal rekabentuk & design blog. Rasa-rasa masa yang aku peruntukkan untuk design blog lebih dari aku luangkan untuk menulis entry. Dulu aku die-hard-fan theme simple template yang comel-comel tapi tak sangka akhirnya tumpas dengan responsive template ni. 

Blogger Reenri - http://www.reenri.com/

I miss Kak Reen a lot. Masa aku kenal kak Reen aku masih setia dengan template warna-warni rumbu ramba yang adik aku design. Phewwww. Tapi aku baca entry kak Reen, banyak kali kak Reen membebel tentang betapa bestnya responsive template, siap bagi tutorial penuh nak tukar macam mana. Tapi gila kentang beb, aku buat tak peduli padahal masa tu 30% hati ni dah terkinja-kinja nak try responsive template.

And kalau korang rasa template aku pakai hari ini (12 April 2017) cantik, terima kasih kepada penajaku Kak Reen. Ini adalah template berbayar pertama yang dipakai oleh blog aku, sponsored by her (menang giveaway). Dan aku tak jumpa lagi template yang best & berbaloi untuk menggantikan template yang aku pakai sekarang ni. 

TBH, aku bila bukak Etsy, Pipdig, ThemExpose etc, aku rambang mata rasa macam lebih kurang je semua template tu. Huhuhu. 

Blogger Nesz - http://razanahanis.blogspot.my/

Bukan dengki ke apa. Tapi aku geram betul tau dengan Nesz ni sebab blog dia tak pernah tak cantik, tak pernah tak comel, tak pernah tak mengancam. 

So Nesz la salah satu blogger yang memberi inspirasi untuk aku meningkatkan tahap kecomelan blog aku. Hihihi.

Blogger Erin - http://www.erinazmir.com/

Rasanya ada ke orang tak kenal blogger Erin. Selain bagi inspirasi untuk jaga imej & rupa blog, Erin pun banyak bagi inspirasi untuk ramai blogger upgrade pakai domain sendiri, dan ada yang ikut jejak Erin pakai wordpress, Hihihi.

Banyak blogpost idea yang boleh dapat dari setiap soalan Erin kat akhir entry. Dan pelbagai tips & trick mengenai blog di sana. 

🔽🔽🔽🔽
And special thanks pada semua pembaca blog aku, yang juga salah satu inspirasi aku untuk tetap menulis.Walaupun merepek, ye dok? Hehehe.

Dan peminat special ni, thank you sayang buat akak terharu.


Adik Fatin Farhanah, yang suka dengan blog ini dan selalu menepek kat sini walaupun takda blog. Hihihi, dek, buat la blog, nanti akak ajar, no problem eh... 

Terima kasih semua orang!



Follow