Jangan Risau Kalau Bakal Isteri Tak Pandai Masak

Jangan Risau Kalau Bakal Isteri Tak Pandai Masak | Aku masih ingat lagi beberapa minggu sebelum nikah encik tunang tanya, "Dah belajar masak belum?" dan of course jawapan aku masa tu adalah, "Belum :P wekk..."

Ya, suami aku adalah antara lelaki yang sudi berkahwin dengan perempuan yang tak pandai masak. Apa yang aku tahu cumalah cara masak maggie, masak nasi itupun pakai ricecooker, dan masak air menggunakan heater, hahaha.

Tapi macam aku cakap kat title tu, "Jangan Risau Kalau Bakal Isteri Tak Pandai Masak", so janganlah risau kalau korang pun sejenis perempuan yang dah nak kahwin tapi tak pandai masak, ataupun bakal berkahwin dengan perempuan yang tak pandai masak. Aku berani cakap sebab sekarang suami aku pula yang risau dengan pertambahan berat badan dia akibat masakan aku, percaya tak?! Macam mimpi, aku pun tak percaya kadang-kadang tengok dia duk menjilat jari sampai kaut habis sisa-sisa lauk dari mangkuk, haha. 

Tapi ingat, tips ni tak applicable kat perempuan tak pandai masak sebab dia pemalas k. Tak pandai dan malas tu berbeza. Ok jom aku cerita macam mana aku survive sebagai isteri yang tak pandai masak sampai boleh jadikan suami aku bertambah berat badan macam sekarang ni.

Jangan Risau Kalau Bakal Isteri Tak Pandai Masak
Dua Penunggu Dapurku 

01| Sediakan Dapur yang Selesa Untuk Memasak

Actually tak payah pun dapur yang besar dan mewah, cukuplah dapur kecil yang comel tapi cukup lengkap dengan semua peralatan nak memasak. Aku paling excited masa masuk rumah sewa haritu sebab suami aku dengan baik hatinya sediakan dapur yang sangat comel dan lengkap walaupun dia tahu aku tak pandai masak.

Paling penting kena ada petiais, dapur gas, blender, rice cooker, heater. Itu je dulu. Periuk belanga serba satu je. Pinggan mangkuk gelas cukup-cukup je. Tak mau lebih nanti semak dapur aku. Aku bukan kaki pengumpul perkakas, so bolehlah encik suami bersyukur dapat aku kan, eheh.

02| Follow Instagram Kaki Masak Simple 
  
Untuk permulaan, tak perlulah nak try masakan yang level tinggi sangat macam nenek-nenek kita. Kita mula dari basic. Aku suka follow IG memasak yang simple tapi bila aku try sendiri wah memang not bad la rasa dia.

Antara IG memasak simple untuk beginner di dapur macam aku, boleh follow mereka ini :



03| Appreciate masakan dia

Ingat lagi masa aku kena masak atau bancuh air kat rumah mak mentua awal-awal dulu, suami aku akan seludup ke dapur dan tolong aku rasa bila dah perfect baru boleh hidangkan. Bersyukur sangat dapat suami yang memang supportive dan selalu bagi galakan untuk aku try masakan-masakan baru.

Untuk para lelaki, mohonlah jangan bandingkan masakan isteri dengan masakan ibu anda yang memang dah memang handal. Appreciate dan kenalah faham air tangan masing-masing memanglah lain.

Pada perempuan, tips aku dapat dari Fynn Jamal, belajar masak dari ibu suami anda sebab itulah masakan paling sedap dia pernah makan. Tapi kadang-kadang aku masak ikut cara mama aku juga, pun dia cakap sedap, of course lahhhh kan...

So...

Itulah tiga tips yang dapat aku kongsikan terutama kepada bakal pengantin ataupun pengantin baru macam aku ni. Seronok sangat dapat tengok suami makan masakan kita dengan penuh selera, macam satu kepuasan dalam hati yang tak boleh dijelaskan.

Ingat ye, jangan risau kalau bakal isteri tak pandai masak, nanti sampai masa, pandai-pandailah dia akan mengeyangkan perut anda. Siapa tak sayang suami oiii. Sayang lain maciamm, haha. 

Tapi kalau anda kawin dengan pemalas, den tak boleh tolong, itu mohon fikir sendiri, tak pun pergi lah masak sendiri jelah, lol.

Tipulah kalau aku cakap tak pernah gagal. Ada je beberapa kali terpotong jari sendiri, ada je masanya sambal jadi hangus, ikan kering sampai hitam, dan overdose manis, masin semua tu. Mula-mula je la semua tu, rileks, dan buang, dan masak lagi sekali. 

Bak kata suami aku kalau aku kena serangan anxiety, "Relaks lah, bukan dia buat kita, kita yang buat dia, semua boleh settle." 

Githewww. So good luck! 

Rasulullah S.A.W berkata kepada puteri kesayangannya: "Wahai Fatimah. Kelebihan wanita yang mengeluarkan peluh ketika memasak untuk suami dan anak-anaknya, Allah akan bina parit antara dirinya dengan neraka bagi menghalang bahang api neraka itu dan jarak antara parit dengannya adalah sejauh langit dengan bumi..." (Abu Hurairah r.a)


Follow

Post a Comment

10 Comments

  1. iye betol~ sokong. (kata diri juga xpndai masak) skrg ni masih belajar lagi. and keep learning. walau jwpn husband tiap kali tnya dia kata xsedap, namun perutnya juga telah buncit. =_=

    ReplyDelete
  2. Bakal2 suami pun bagus kalau pandai memasak.

    ReplyDelete
  3. Akak suka masak untuk husband sebab semuanya dia kata sedap, padahal kita ni masak rasa kurang itu kurang ini. Dia asyik cakap sedap. Tak pernah complain, makan pun tak memilih, senang hati akak.

    Moga terus bahagia Mai. Suka tengok awak bersemut dengan husband.

    Jemput singgah : LEARN YOUR ACTUAL ELIGIBILITY TO APPLYING FOR A HOME LOAN

    ReplyDelete
  4. Tak pandai masak boleh belajar. Banyak cara boleh belajar masak. Bi buku resipi, google atau tanya family. Janji belajar masak simple. Lama lama nanti pandailah

    ReplyDelete
  5. Tak perlu risaukan sekarang ni, yang penting si isteri ada keinginan untuk mula belajar. Masak simple pun okay, husniey dulu pun tak berapa cekap jugak di dapur, kahwin awal masa tu, tapikan lama kelamaan kita jadi cekap dan pelajari banyak benda.. 😍

    ReplyDelete
  6. Yer betoi... xpandai Xpe boleh belajar tapi Kalo malas sila terjun lombong hehe

    ReplyDelete
  7. suka tengok mai lps khawin ni..rajin masak...plus...makin cantik dan berseriiiii...

    ReplyDelete
  8. betul tu mai.. jgn lah risau semua kemudahan ada. teknologi di hujung jari nak masak apa pun boleh kalau nak belajar

    ReplyDelete
  9. Nak kata takpandai tuu, boleh laaa masak sikit-sikit. Tapi jarang masakkk. Hahaha. Sekarang stay dengan mertua. Nasib baik laa mama jenis tak kisah. Harapharap sampai bila bila laa. Hahaha. Rajin mengemas jee. Masak tuu boleh laa tolong sikit2. Sekarang dalam proses belajau dengan mama. Heee. Orang melakauu. Asam pedas lerrr =P

    "Relaks lah, bukan dia buat kita, kita yang buat dia, semua boleh settle." === okayy. Ni ayat mama sayaa a.k.a mak mertua sayaa. Hahaha >.<

    ReplyDelete
  10. tak pandai masak tkpe jnji jgn malas..hee kan bole blaja kan

    ReplyDelete