Resepi Ayam Masak Sos Simple

Resepi Ayam Masak Sos Simple | Selain faktor saiz dapur yang comel, aku juga tak gemar nak menyimpan barang masak yang jarang nak diguna terlalu banyak sebab takut membazir tetiba dah luput tarikh sebab terlupa terus nak guna. Jadi bahan masak rumah aku adalah sekadar yang confirm diguna habis dalam seminggu then cuti tu baru pergi Tesco topap balik barang daput.

Antara yang wajib ada dalam rumah aku adalah sos, kicap, garam, gula dan cili boh. Itu je. Hehehe. Bahan basah macam ayam akan dibeli hujung minggu, makanala ikan pula husband aku pergi memancing je, haha, settle. Jadi berbekalkan apa yang ada dalam rumah itulah yang aku akan masak untuk hidangan perut suami & diri sendiri & anak-anak bulus.

Resepi Ayam Masak Sos Simple
Resepi Ayam Masak Sos Simple 

Resepi ayam masak sos simple tapi sedap menjilat jari ni adalah resepi dari ibundaku tercinta. Alhamdulillah memang husband aku suka betul kalau aku buat lauk ni sebab ayam is his favoritoooo dan kalau lauk cenggini dia boleh menjilat pinggan uols. Hahaha.

Resepi Ayam Masak Sos Simple 

(Untuk 2 orang makan - kalau nak buat banyak pandai-pandai la gandakan yekkk, hihi)

Bahan-bahan :

  • 4 ketul ayam dipotong kecil
  • 1 biji bawang merah dihiris bulat
  • 2 ulas bawang putih dihiris nipis (kalau taknak takyah bubuh, aku suka makan)
  • 4 biji cili api (tambah atau kurangkan mengikut selera kepedasan)
  • sos cili
  • kicap
  • Maggie Cukup Rasa
  • Sedikit air (sikit je tau bagi berkuah, sikittttt jeee)

Cara-caranya :

  1. Goreng ayam separuh masak, kemudian asingkan ketepi.
  2. Tumis bawang putih dan bawang merah
  3. Masukkan sos cili dan kicap
  4. Masukkan air sikit
  5. Perasakan dengan Maggie Cukup Rasa
  6. Gaulkan ayam yang telah digoreng separuh masak, kacau-kacau atas api biar sebati.
  7. Taburkan cili api yang dipotong dua. 
  8. Tutup api dan hidangkan

Selamat mencuba! 


Follow

Post a Comment

6 Comments

  1. Wah senang je resepi Mai. Kena cuba ni. Hehe

    www.syazaraihanah.com

    ReplyDelete
  2. Sedapppnya..cantik template baru blog kak

    ReplyDelete
  3. Wahh nampak sangat menyelerakan! Selamat menjamu selera, Mai :)

    Fatina Mudz

    ReplyDelete
  4. Mkn ngan nasi puteh panas2.. marvellous 😊

    ReplyDelete
  5. Tahniah Mai, semakin lama semakin baik skill memasak Mai.. Resepi kali ni nampak sedap, in shaa Allah sis akan cuba..

    ReplyDelete
  6. wah...senang je ni..nt hakak cuba ok hehe..

    ReplyDelete