Delivery Makanan Port DIckson | Review Piaw House

Haish bila cik suami kena duty, kita duduk di rumah ni nak masuk dapur pun rasa tak semangat kan. Nak masak untuk diri sendiri, kalau beriya sangat bazir, kalau asyik makan mi segera pun tak sihat pula. Nak keluar? Malas nak bersiap. Banyak betul dilema perempuan ni, hahaha. Jadi order delivery jelah.

Satu je aku tak puas hati sebab kat sini tak ada Food Panda, Grab Food, even McD pun tak sudi delivery ke rumah aku ni. Aiyaa...Patutnya wujudkan lah, bandar peranginan kot pantai Port Dickson ni, tumpuan pelancong pula tu especially cuti umum. Kan? Ke korang tak setuju dengan aku? Haha.

Ok back to our topics, aku pun orderlah dari sebuah gerai yang bernama Piaw House ni. Kenapa gerai dan bukan restoran? Sebab kedai ni terletak di ekspo bersebelahan Hotel Seri Malaysia Port Dickson Batu 4 tu. Berdepan dengan pantai tau. Senang je nak cari. Kalau korang tidur hotel Seri Malaysia tu pun dah takyah risau kalau lapar malam-malam, turun cari sini je. Heheks.


So inilah yang aku order dari Piaw House untuk delivery sampai ke depan pintu rumah tu. Satu Cheezy Chicken Piaw dan Carbonara Spaghetti.

Cheezy Chicken Piaw

Serious ini memang favorite aku, dah tiga kali aku order sebenarnya, kekeke. Selalu share dengan suami kali ni aku bolot seorang, punyalah tamak, lepastu nangis sebab dah debab. Haha. 

Sedapnya isi ayam memang banyak...Isi empuk...disaluti cheeze yang kenyal. Ummphhh takleh describe lagi dah memang patut cuba kalau datang Port Dickson ni. Hehehe. 



Tapi kalau tak kena tekak korang ampunnn, sebab bagi aku memang sedap.

Harga : RM7.00
Repeat : Of course nak lagi!
Rating: 5/5


Carbonara Spaghetti

Sebenarnya aku lebih suka bolognese, kalau takde aku pilih aglio olio, tapi dua-dua ni tak ada. Lagi pula, pilihan spaghetti lain agak tak berbaloi setakat nak makan sorang-sorang. Jadi aku pun pilih carbonara spaghetti ni dinner seorang diri aku.

Sedap tak? Biasa je. Agak tawar sikit so aku adjust dengan black pepper sikit, haha. Tapi mengenyangkan lah. Alhamdulillah rezeki. Maybe tak kena tekak aku sebab aku bukan penggemar makanan tak pedas kot. Heeee....Tekak Melayu katakan...

Tapi kalau nak bagi budak-budak, maybe sesuai, hehe. Macam aku cakap tadilah, review ini berdasarkan tekak sendiri, haha.


Harga : RM7.00
Repeat : Maybe
Rating: 3/5


Kalau korang nak tahu, Piaw House ni juga ada jual corndog tau. Sosej yang dibaluti cheezy bertubi-tubi, disaluti pula serbuk roti sebelum digoreng garing. Sedap! Aku pernah beli tapi dah lama dah.

Apapun, banyak lagi menu korang boleh pilih dari Piaw House ni. Nak makan situ ke, take away ke, atau delivery, terpulanglah pada kita, yeayyy!


Alamat : 
Piaw House, Batu 4, Port Dickson

Whatsapp : 
www.wassap.my/60196791579

Follow

Post a Comment

6 Comments

  1. Sis selalu turun PD, teringin pi kopi2 dengan Mayy kat PD..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Roger la saya kak...Kalau free boleh je jumpa2 kopi2 selfie2 sekejap pun jadi lah, hehe.

      Delete
    2. In shaa Allah, one sweet day nanti kita jumpa..

      Delete
  2. Sedapppnyaaa Cheezy Chicken Piaw tuu..

    ReplyDelete
  3. Bestnya cheezy chicken tu! My house area masuk je Food Panda but choice is still limited to Mcd and certain restaurants yang banyak bad reviews.

    ReplyDelete
  4. mek pun suka COD dah sekarang ni. haha. food panda always on. macam malas nak keluar and rasanya geng supplier dalam food panda ni dah kena grab blogger untuk promote depa punya makanan.

    ReplyDelete