Review Planner Viral Murah 2020

Review Planner Viral Murah 2020 | Are you ready for 2020 guys? Hihi, semangat kan baru bulan September dah fikir pasal 2020 pula. Tapi begitulah kehidupan ni, jika kita gagal merancang, kita telah pun merancang untuk gagal.

Review Planner Viral Murah 2020
Ketiga-tiga planner keluaran Syabab

Sebenarnya ini tahun ketiga aku menggunakan Planner Viral Murah ni, sejak tahun 2018, 2019, dan aku memutuskan untuk terus setia menggunakan planner keluaran Syabab ini kerana kualiti dan harga yang memang sangat memuaskan hati aku.

Penting ke ada planner? Sebenarnya atas individu juga, ada yang boleh selit je dalam kepala segala temujanji dia, ada yang suka catat dalam phone sahaja, tapi ada satu golongan yang lebih klasik dan gemar gaya konvensional, iaitu pen dan kertas. Maka, planner adalah pilihan yang terbaik untuk golongan itu.....termasuklah aku.

Kandungan Planner Viral Murah 2020

  • Monthly Plan
  • Weekly Plan
  • Tadabbur Quran
  • Daily gratitude
  • Daily Good Deeds
  • Weekly Reflection
  • Weekly Dua List
  • Monthly Challenge
  • Monthly Review
  • Ramadhan Challenge
  • Qurban Saving Challenge
  • 52 Weeks saving challenge
  • Yearly evaluation
  • Info Graphic 20+
  • Blank Pages 30+
  • Roadmap 2020
  • Calendar 2020 
  • Vision broad
  • Holiday Calender (Malaysia, Indo,Singapore,Brunei )
  • Quran Goals
  • 2020 Goals
  • Fitness Goal
  • Travel List
  • Books To Read
  • Daily Good Deeds
  • My Oath

Baiklah kenapa kali untuk tahun 2020 ini pun aku masih memilih untuk setia dengan Planner Viral Murah? 

COVER PLANNER YANG CANTIK & BANYAK PILIHAN 

Masalah yang timbul sekarang bukan sebab tak ada cover cantik tapi...terlalu banyak cover cantik sampai rambang mata dibuatnya. Haha. Bila dah buntu sangat nak pilih aku minta tolong husband aku pilihkan untuk wife dia yang comel ni.

Review Planner Viral Murah 2020

Review Planner Viral Murah 2020


Cover Blue Sky menjadi pilihan husband aku sebab katanya warna soft dan ceria sangat sesuai untuk aku. Hehehe, dia tak tahu deep down wife dia jiwa gelap gitcheww, sebab aku agak berkenan Black Marble dan Wall of Fame tu, kekeke. 


MONTHLY PLAN

Monthly plan dalam planner ni mempunyai ruang untuk menulis yang agak besar, itu sangat best! Sayangnya kali ni pun sama macam tahun lepas, dimana tak ditulis cuti umum atau hari-hari penting macam dalam keluaran 2018.

Tapi apa ada hal? Ruang kan besar, tulislah sendiri, hehe.





WEEKLY PLAN

Menarik dalam weekly plan tahun 2020 ini kerana ada beberapa penambahbaikan seperti ruangan untuk kita buat muhasabah diri tentang perkara baik apa yang kita telah lakukan, dan apakah perkara untuk disyukuri dalam hari tersebut.

Kadang-kadang kita terlalu fikirkan perkara negatif dalam hidup, seperti kesalahan diri, hukuman untuk diri, dan segala anasir-anasir buruk yang boleh mengganggu ketenangan jiwa kita sendiri juga.

So mulai sekarang, kita perlu lebih fikirkan nikmat apakah yang kita terima walaupun kadang-kadang kita tak minta pun walaupun kita perlu, agar kita tak lupa mensyukuri apa yang kita ada.


52 WEEKS SAVING GOAL

Alhamdulillah akhirnya 52 weeks saving goal ni dikembalikan semula dalam Planner 2020 sebab dalam haritu aku dah kecewa sebab Planner 2019 dulu segmen ni telah ghaib pula, haha. 

Aku suka menabung yang bermatlamat macam ni, tak kisahlah method macam mana pun. Nak simpan not RM5 sahaja ke, atau saving ikut hari ke, ikut bulan ke, ikut minggu ke. Asalkan ada plan yang baik. Sebab aku ni pemboros T_T. Doakan aku dapat ikut challenge ni tanpa gagal, boleh buat bayar roadtax kereta baru aku next year, kekeke, harapan tinggi betul. Kereta pun belum beli, lol. Doakan aku murah rezeki.

Ok...

Wait...what? Kenapa tak ada ruang monthly budget dalam planner ni?

MANA MONTHLY BUDGET HILANG???

Sabar...Sabar... Jangan runsing. Maybe sebab ramai cakap ruang nak buat monthly budget tak cukup dalam planner tahun 2018 dan 2019 sebab terhad sangat. Pada tahun 2020 ni, ruangan monthly budget dah dikeluarkan sebab dah jadi satu buku baru yang didatangkan percuma dengan pembelian planner 2020 ni.

Seronoklah nak membuat budget harian dan bulanan lepas ni sebab ruang monthly expense lebih besar dan tak terhad lagi. Aku suka macam ni so lepas ni tak tebal lah planner peribadi aku sebab nak kepilkan resit lagi. Resit dan bil-bil lain boleh dikepilkan dalam buku monthly budget sendiri sahaja.



Paling best sebab planner ini sendiri dah berwarna-warni dan sangat penuh dengan info-info islamik, quotes motivasi yang best-best, dan ruang-ruangan menulis yang sistematik. 

Pentingnya juga planner ni bila kita perlukan maklumat apa-apa boleh je rujuk balik apa yang kita dah jalani, takdelah selalu terlepas dan terlupakan momen-momen penting dalam hidup kita ni.

InsyaAllah, semoga hidup kita akan lebih bermanfaat dan memberi manfaat kepada orang  lain disekeliling kita.

Mana nak beli PLANNER VIRAL MURAH 2020 ni juga?

Kalau korang berminat, boleh join pre-order Planner Viral Murah 2020 ni dengan aku. Tapi pre-order tau, kena bersabar sikit tunggu. Sebabnya planner ni masih tak diprint dalam kuantiti yang banyak lagi. Jadi kalau tak sabar nak jadi terawal memiliki planner 2020 yang sangat cantik ni....cepatlah order sekarang...


Harganya cuma RM25 tidak termasuk postage. 

Terima kasih kerana membaca sampai habis. Korang suka planner jenama apa? Kongsilah dengan aku juga.... 


Follow

Post a Comment

5 Comments

  1. kita mmg suka planner ni..kandungan best..

    ReplyDelete
  2. Walau pun planner murah tapi isi kandungan lengkap.. Akak suka, semua content ada..

    ReplyDelete
  3. Nampaknya Kak Feni pun kena grab satu planner ni.

    ReplyDelete
  4. waahh cantik pula planner tu Mai.. sy pun bercadang juga nak cari planner.. lau ada rezeki sy order dgn mai..

    ReplyDelete