Moviedate | Joker 2019 Memang Best !

‘Is it just me, or is it getting crazier out there?’

Dating ni bukan boleh dirancang, mesti tak jadi nanti. So Jumaat haritu balik sahaja kerja terus booking online dua tiket wayang tanpa fikir dua kali. Yeay! Siapa tak suka dating wey.

So we decided nak tengok Joker ni lepas baca positive reviews yang bercambah seperti cendawan selepas hujan di Facebook sana. Haha. 


Sebenarnya aku bukan minat sangat cerita yang diadaptasi dari komik bagai ni. In facts, aku tak pernah layan pun Marvel punya rentetan cerita yang berlambak tak habis tu, husband aku nak layan pegi la tengok sorang. 

Tapi lepas baca beberapa review movie Joker dari Facebook, tiba-tiba terasa nak pergi tonton sendiri pula. Sebab ramai yang berpendapat filem ni memang 'something'. 

So lepas tonton, personally memang aku susah nak move on sebab cerita ni memang rasa dekat dengan kehidupan kita orang biasa-biasa. Mungkin bagi sesetengah orang yang dah ada expectation untuk tengok banyak aksi, akan kecewa sebab cerita ini lebih kepada asal usul Joker. So tak banyak lawan pun. (Dan 'batman' pun 'tiada').

Siapakah Joker?

Joker sebenarnya adalah watak villain dalam cerita Batman. Of course adalah musuh utama lagi ketat kepada Batman. Sebelum ni masih tiada cerita asal usul Joker jadi maybe sebab itulah filem ini diterbitkan dengan menjadikan watak proantoganis si Joker menjadi watak utama.

Sinopsis Filem Joker

Filem ini berlatarbelakang era 80 di bandar Gotham. Watak utama, Arthur Fleck (Joaquin Phoenix) ada masalah dengan saraf dimana dia tak dapat mengawal ketawanya, bercita-cita untuk menjadi seorang pelawak pentas dan menceriakan orang sekeliling. Tapi dia sering menjadi mangsa masyarakat dan sistem sosial yang tidak adil. 

Tak tahulah aku ni tak normal ke apa tapi sebenarnya macam satu kepuasan juga bila aku tengok part Arthur berubah menjadi JOKER.

Moral of the story, sentiasalah berbuat baik pada orang di sekeliling kita. Sebab kita tak tahu beban apa yang ditanggung mereka.

Bak kata seseorang, "Orang jahat itu adalah orang baik yang tersakiti..."

Favorite quotes from Joker 


'I used to think that my life was a tragedy. But now I realize, it’s a comedy.'

In my whole life, I didn’t know if I even really existed. But I do. And people are starting to notice.

Done dating~!
p/s: Dah tengok Joker? Best tak? Share la dengan kita...Recommend filem best lain pun boleh, hihi. Jemput komen >.<

Follow

Post a Comment

9 Comments

  1. Belum tengokkkkkkk. alaa knpa ramai ckp best. Ni mcm nak tgok jugak ni huwaaaa. tapi takde geng and malas nak keluar rumah hehee

    ReplyDelete
  2. oKay, nak tengok nanti cerita dia. seem like worth to watch ni. ^^

    ReplyDelete
  3. Kalau ikutkan Joker bukan jenis banyak aksi sebab dia pun banyak main psikologi je dalam Batman ataupun Suicide Squad. Dalam trailer pun dah nampak berat kepada drama. Tak nak tengok dekat wayang sebab depressing nanti kena anxiety attack pulak

    ReplyDelete
  4. tengok thriller je minggu lepas. macam best.

    ReplyDelete
  5. Eyyy kaella belum tengok lagi cerita ni aduhhh

    ReplyDelete
  6. Belum tengok tapi nak tengok nantilah cari masa hahahahaaa...
    Baca reviews Mai lagilah tak sabar nak tengok

    ReplyDelete
  7. Dah tengokk! Memang boring..sebab nak ke arah dia bebetul jadik Joker tu..sangat slow.... Tapi memang betul about Depression tu... Seram part tembak kat mata tuh! Adoii~

    ReplyDelete
  8. Belum tengok lagi..so tak boleh komen lagi =__='

    ReplyDelete