Alhamdulillah melangkah ke tahun baru, haruslah semangat juga baru, kan, hihi. InsyaAllah mudah-mudahan kita dapat membuang semua habit buruk dan menggantikan dengan habit baik yang dapat jadikan kita seorang muslim yang produktif selalu.
Everyone has their own struggle. Tak kira dalam melawan dosa sendiri, melawan habit buruk, melawan fikiran negatif ke, hanya kita yang tahu, hanya kita yang nampak....Dan hanya kita yang boleh usaha membuangnya.
My current struggle is : TIDUR PETANG SELEPAS BALIK KERJA
Yup, basically setiap hari balik kerja memang tenaga aku akan ditahap kritikal minta nyawa dah. Maklumlah, kerja 8-5 tu okay dah, tapi bila berhadapan dengan budak-budak yang tak bateri diorang level nokia 3310 tu faham-faham sajalah. Hahaha. Moga Allah beri kekuatan pada semua cikgu seluruh dunia.
Jadi bila balik kerja tu, aku akan gomol-gomol kucing aku kejap, dan selalunya aku akan terlelap lah dekat ruang tamu tu sampai husband aku sampai ke rumah jam 7 ptg tu. Teruk betul perangai isteri zaman moden ni, hahaha.
Dan insyaAllah dengan semangat maal hijrah kali ni aku akan fight struggle aku tu dan menjadikan petang aku lebih produktif. Kalau tak dapat banyak, dapat produktif sikit pun jadi lah kan? Aamiin aamiin.
Jadi macam mana nak dapatkan Petang yang Produktif Selepas Seharian Kerja Yang Memenatkan?
Jadi macam mana nak dapatkan Petang yang Produktif Selepas Seharian Kerja Yang Memenatkan?
01. Kebersihan Diri
Kalau sebelum ni aku terus mandi lepas balik kerja tu ikut mood je, kalau malas sangat aku lepak-lepak dulu dengan alasan lagi 30 minit baru mandi padahal lepas tu membuta je. No more after this. Pastikan balik tu terus mewangikan diri sendiri baru bangkit mood produktif tu. Sabun pun tukar ke wangian aromaterapi sikit, biar hilang stress kerja tu dibawa paip ke loji kumbahan, haaa tibeee..
02. Update Planner & Muhasabah Diri
Jangan bagi alasan planner tak berupdate sebab tak ada masa, padahal masa tu ada, cuma tak dimanfaatkan. Okay, lepas ni aku akan pastikan planner di update dan at least plan untuk esok hari tu dah siap-siap kemaskini. Hidup mesti kena ada plan! Hihi.
03. Siapkan Pakaian untuk Esok
Nice idea! Sementara nak tunggu maghrib tu, bagus juga cari siap-siap dan iron apa yang patut untuk dipakai esok. Tidak ler pagi-pagi gelabah nak grab tudung ironless yang duk repeat setiap minggu tu, hahaha. Dah ghupe Acik Limah pergi pasar je kekadang g kerja.
04. Keluarkan Peluh
Keluarkan peluh ni tak kisah lah nak buat macam mana pun, boleh download apps exercise dalam phone buat sorang-sorang sementara tunggu husband balik, ataupun boleh je nak bawa kucing keluar ronda taman sambil kenal-kenal kucing jalanan, haha. Itu je ler mampu buat masa sekarang, nak tolak anak naik stroller belum ada rezeki, hahaha.
05. Membaca
Betul lah kata orang, hobi membaca buku, dan hobi mengumpul buku, adalah hobi yang berbeza. Yang bahaya tu, hobi mengumpul buku tu,, aku lah tu, hahaha. Asyik beli je buku bertimbun, belum lagi buku pinjam dari library sekolah tu hah. Tapi tak terbaca-baca, maybe inilah masanya aku nak habiskan pembacaan aku kot. Daripada tidur, baiklah membaca, kan? Tapi pastikan bahan bacaan yang santai jelah, sebab otak dah cukup serabut seharian baca karangan anak-anak didikku yang bertuah tu,hehe.
Itulah plan aku buat masa ini. Kita tengok ler jadi ke idok nanti start buka sekolah Selasa nanti. Wish me luck! Haha.
7 Comments
salam maal hijrah
ReplyDeleteSelamat bercuti
Salam maal hijrah pakcik WP :D
DeleteI really like what you guys are up too. This kind of clever work
ReplyDeleteand exposure! Keep up the awesome works guys I've added you guys to blogroll.
Hi cikguu! Hehee~
ReplyDeleteYe, jadiklah produktiffff...agiteww~
Baca bukuuuu x pun...baca al-Quran...................
Hehehe sebelum balik sekolah dah ajar mengaji dah. Quran baca lepas maghrib je :P
Deletebanyak plan tu. fightinggggg!
ReplyDeletePheww harap menjadi la, jangan sembang lori pun terbang sudah, hahaha.
Delete