Kisah Tak Bertajuk

"Teacher, kalau dah tak ada mak ayah tu anak yatim piatu ke?"
"Ye."
"Kalau macam tu, saya anak yatim piatu lah. Ayah saya baru kena langgar lori. Mak saya dah lama meninggal."


Allahuakbar. Sesungguhnya itulah kali pertama seorang murid buat aku rasa kelu untuk keluarkan kata-kata. Sayu sungguh aku tengok riak wajah anak berusia 11 tahun itu, yang ceria.

Ya ceria. Nampak macam tak ada langsung kesedihan.

Tapi dalam hatinya siapa tahu kan? Pandai sungguh dia sorokkan perasaan.

Kalau betul dia tak sedih, dia tak cari orang untuk bercerita. 

Aku yang tua begini pun, belum tentu kuat untuk hadap ujian sebesar itu. Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang, semoga Allah terus kuatkan anak itu, berikan kesabaran padanya, permudahkan hidupnya, jauhkan dia dari orang-orang yang zalim.

Ya Wadud, semoga Allah titipkan cinta dan kasih sayang dalam setiap orang yang disekelilingnya. Semoga tumpah kasih sayang manusia-manusia yang memandang wajahnya supada dia lupa akan apa yang hilang darinya itu. 

Allah hantar kamu dekat dengan teacher, untuk menguji teacher, untuk menyedarkan teacher nikmat-nikmat apa yang sering teacher lupa, untuk memberi peluang teacher buat pahala sebanyak mungkin.

Anak syurga itu ada berkongsi sesuatu rahsia yang besar juga dengan aku, sekali lagi buat aku tersandar, rasa pilu dan sayu.

Dia merayu untuk aku rahsiakan perkara itu dari semua orang. Aku tak tahu kenapa dalam semua yang ada, aku, yang dia pilih untuk bercerita.

Teacher sayang awak. Semoga Allah selalu jaga awak untuk teacher. Teacher doakan yang baik-baik sahaja dalam hidup awak.

Angkatlah kesedihan dan kesulitan anak muridku itu ya Allah.

Aamiin, aamiin ya rabbal aalamiin.

p/s: Sekadar coretan supaya teacher tak akan lupakan kisah awak, dan awak, dalam hidup teacher, sampai bila-bila.



Follow

Post a Comment

5 Comments

  1. Allahuakhbar.. Semoga anak murid teacher Mayy diberikan perlindungan dariNya dan berjaya dunia akhirat..

    ReplyDelete
  2. aduhai :(
    sayu nya hati baca coretan mai ni...

    ReplyDelete
  3. MashaAllah. kuat betul ya dia. semoga dimurahkan rezeki dan sentiasa dilindungi. Sebak pulak baca pagi2 ni

    ReplyDelete
  4. sgt kuat ank murid mai tu..besar dugaan dia

    ReplyDelete
  5. Pretty! This has been a really wonderful
    post. Thank you for providing this info.

    ReplyDelete