Hati manusia .

Hati manusia ni bukannya batu bata keras yang orang boleh susun buat bangunan,yang tahan panas yang tahan berhujan.yang bila retak kite boleh sapu cat je nak cover line.ohoooi , kalau macam tu alangkah senangnya hidup ;)

Hati manusia sangat fragile.Serius sangat fragile.Sekali dia pecah susah mau kasi lawa balik.

Setiap hati kita berinteraksi dengan manusia,dan maksudnya kita berinteraksi dengan hati dia jugak kan ;) Pernah tak kita tapis kata-kata kita tu ? Dan fikirkan ayat supaya tak sakitkan hati dia ?

Serapat mana pun anda dengan orang tu. Anda tetap takde hak nak hancurkan hati dia.

Banyak den tengok situasi sekarang,yang bila nak nasihat orang buat salah je,mesti guna perkataan bodoh,bangang dan seumpamanya.Kasar ,kan?Tapi ada ke orang yang kita nak nasihat tu boleh terima perkataan macam tu.Dakwah cara kasar susah nak capai target.Den pun tak pandai psiko orang ni, tapi den rasa kalau nak berdakwah tu cara psiko lebih baik, tak menyakitkan hati malah memotivasikan orang untuk berbuat baik.Contoh terbaik mestilah Dato Dr.Hj Fadzilah Kamsah.Terbaik kan?Ye den sangat suka beliau.

Maaflah kalau den tersalah cakap.Tapi den cuma nak kita saling menjaga hati.Den tak suka lah tengok sesama Islam bertelagah , dalam group dekat FB selalu ade.Group2 mencegah kemungkaran tu.Janganlah cepat melenting semua.

Yang salah, akui kesilapan kita, nobody perfect.Ayuh berubah.
Yang benar, jangan terlalu nak tunjukkan anda benar sampai lari tujuan dakwah, sekali lagi den dengan rendah hati nak ingatkan,nobody perfect,ada harinya kita juga salah,Allah nak pesongkan akidah kita sekejap saja,nauzubillah, tapi janganlah suka mendabik dada memandang rendah dan menilai orang lain sesuka hati.

Den bukannya baik sangat.Den cuma mahu menjadi lebih baik.Perjalanan hidup masih panjang.

~Assalamualaikum  , 

Tak perlulah bertengkar, jika hanya ingin menyampaikan kebenaran.. Bertengkar hanya membuat kita merasa "paling benar" sendiri.. Tak perlulah mencaci maki, jika cuma ingin menasihati orang lain.. Mencaci maki hanya akan membuat kita merasa "paling baik" sendiri.. Sampaikanlah kebenaran dengan kata-kata atau tulisan yang baik.. Nasihatilah orang lain dengan kata-kata yang santun dan lembut.. Kebenaran dan nasihat dari kita hanya akan sampai kepada hati pendengarnya dengan baik jika kita sampaikan dengan "hati" dan tutur kata atau tulisan yang "baik" juga..




Post a Comment

6 Comments

  1. Betul... nobody perfect.. tp zaman skrg ramai org act mcm die perfect sgt.. main sembur je.. tak fikir hati org lain..

    ReplyDelete
  2. Betul . sebenarnya tegur cara lembut tu lagi menyentuh hati buatkan org tu nak berubah

    ReplyDelete
  3. hati manusia ada mcm2 ragam. mcm2 perangai.

    ReplyDelete
  4. kadang2 manusia tak pernah nak belajar memahami hati org lain

    ReplyDelete
  5. btul3..nobody prfect ingt t0o

    ReplyDelete