Saturday, September 22, 2012

Pinjam 5 minit anda untuk mengenang kisah di Syiria.

Pinjam 5 minit anda untuk mengenang kisah di Syiria.
Assalamualaikum .

Kanak-kanak tak berdosa ini terkena serpihan bom. Dia kemudiannya cepat-cepat mengeluarkan serpihan bom itu menggunakan tangan, "Sangat panas" Katanya.


Doktor tanya "Apa yang dia fikir tentang revolusi sekarang?"

Dia jawab, "Semoga Allah memberkati FSA"


-Azm



Ya Allah (T__T)



AMARAN 18SG |VIDEO:http://bit.ly/QKLwQ8| Dua budak cedera parah di kepala terkena serpihan bom yang digugurkan tentera Bashar Laknatullah di Aleppo. Salah seorang kanak-kanak tersebut kelihatan berlubang tempurung kepala dan meraung-raung kesakitan. Ya..Allah, selamatkanlah mereka.


-NJB-


Satu lagi Bunga dan burung yang menghiasi Syurga...damailah dirimu disana.


Tidurlah wahai sekalian Arab dan teruslah membisu wahai sekalian muslim.



Video: http://bit.ly/PYtIyk -NJB-


Siapa punca semua ni? SYIAH . Syiah bukan ISLAM. Syiah itu sesat . Tapi ramai yang beranggapan syiah tu Islam cuma berlainan mazhab. Astaghfirullah .....

Syiah sangat bahaya . Tahukah awak SYIAH SESAT sekarang dah wujud di Malaysia. Ya Allah lindungi kami.

bendera "Ya Hussein" dan gambar khomeini cuba dinaikkan oleh syiah melayu pada himpunan sejuta ummah membantah filem innoncent of muslim dhdpn mbc amerika pada hari ini tetapi berjaya dihalang oleh pasukan unit amal.

[ Allahu Akhbar ] sumber : SYRIA CARE

Ia hanya perlukan 5% sahaja orang Syiah Syria untuk musnahkan satu negara bila-bila saja Khamenei kehendaki.. 
Berapa ramaikah Syiah yang berada di Malaysia?

Kejadian berlaku pada Jumaat terakhir bulan ramadhan iaitu Hari Al-Quds sedunia. Gambar menunjukkan ramai orang melayu yang memeluk agama syiah. 

Allahu Akhbar ] sumber : SYRIA CARE

Hasil kerja SYIAH !

Ya Allah selamatkan Malaysia kami dari bahaya SYIAH ini . Hapuskan mereka ya Allah T.T

Kawan-kawan, walaupun kita tak mampu nak mengangkat senjata melawan Syiah di Syria yang galak membunuh saudara-saudara Islam kita disana, marilah luangkan 2 minit anda sedekahkan Al-fatihah untuk mereka disamping berdoa kemenangan di pihak FSA (free syria army) yang sedang berjuang demi Islam.

Bagi yang punya rezeki lebih , ayuh ringankan tangan anda menghulur pada mereka . :")

Bank Islam 12038010067160
Maybank 562106216755
Cimb 12710006188528

Insya Allah , jika tidak keberatan , anda boleh terus mengikuti perkembangan saudara-saudara kita disana dengan KLIK LIKE pada page https://www.facebook.com/syria.care . Kalau tak salah Mai , admin page itu 2 ustaz dari Malaysia , dan 2 ustaz dari Syria yang selalu bagi tahu perkembangan di sana.

Sekian .

Assalamualaikum.

Dalam bergembira , jangan lupa saudara-saudara kita disana, mereka memerlukan pertolongan kita walaupun sekeping doa :'| .
with love- Mai 

Wednesday, September 19, 2012

Cara buat nota kecil sebelum exam .

Assalamualaikum.

Hai followers,readers , and friends...Err i dont think i have stalker , semua orang sayang saye kannnnnn..Weeee~(Yakin giler minah ni)... Okay-okay memandangkan pelajar-pelajar diploma di Uitm sedang menghitung hari nak menghadap final untuk sem ini, mesti ramai tengah buat notes kan. Pulunnnn hoyeahhh pulunnn..

So , kali nie Mai nak share cara Mai buat notes untuk subjek-subjek yang memerlukan nota kecik . Yelah bayangkan subjek microb tu , buku dah beribu riban mukasurat, kau larat nak usung kesana sini? Tak larat mak jemah oiii~

Straight to the point . Nama notes ni , NOTA YASIN. Haha , sebab bila Mai baca notes ni gaya dah macam baca Yasin.

Cara-cara :
  • Amik ketas kajang mengikut kuantiti yang korang rasa perlu , dan lipat macam dalam gambar.
  • Lipat lagi sekali sampai jadi macam dalam gambar. 

  • Gunting dekat bahagian yang tengah bahagian yang panjang tu . 

  • Susun kemudian stapler ikut cara dalam gambar. Cara nak stapler tu, dekat bawah kertas tu lapik dengan pemadam . Ye pemadam kertas tuuuu , eraser bak kata mat saleh.
  • Sekarang pusingkan dan tekan stapler tu bagi rapat. 
  • Sekarang kamu boleh la buat nota ringkas kamu. (^____^)v
  • Buat sebanyak sesuka hati kamu lah...Ni eden punya haaa.....












Good Luck Exam buat calon2 final, spm , stpm , pmr , dan semua !

p/s: Maaf kualiti gambar sangat teruk.Guna webcam komputer je,siksa tahuuuu. Semuanya gara-gara phone rosak. Harap korang suka . Sayang koranglahhh~

Doakan kami berdua dekan sem ni :)

Assalamualaikum.

Monday, September 17, 2012

Pilih , makanan atau phone!

Assalamualaikum .

Phone rosak? Dalam poket ada seratus . Pilih makanan atau phone?

MY NOKIA X5

Kenapa awak rosak gegirl kesayangan (T___T)v . Saya perlukan awak . Macam mana saya nak pastikan ada kelas ke batal kalau awak takde. Macam mana saya nak bincang assignment kalau awak takde. Macam mana saya nak amik gambar lab report kalau awak takde. Macam mana saya nak dengar lagu bila ngantuk study tengah malam kalau awak takde. Macam mana saya nak contact  family saya kat Kedah nuh kalau awak takde. 

Awak.....Janganlah mcm ni....Bangunlah awak....Janganlah gelap je..... *panggg sepak diri,dah mcm pompuan gila dah.huahuahua

Ok setelah segala rintihan aku tak dilayan oleh phone jambu kesayangan hati, beliau yang terus menerus menggelapkan skrinnya membuat aku nekad.

Tattara taraaa~ Phone baru. Kihkih.... Aku beli ni kat Pekan Pilah RM75. So Rm25 dalam poket tu aku buat makan sampaiiiii hujung bulan.Apa lagi , maggie la jawabnye kan....(13 days more to go)

Syhhhhh mak aku tak perlu tahu nanti potpetpotpet. Bapak aku pun tak perlu tahu nanti nak kena hantar duit lagi . Selagi boleh hidup aku tak nak menyusahkan sesiapa . :)

Allah , bantulah aku jadi anak yang menyenangkan hati ibu dan bapaku . Aku tak mahu hidupku sekadar menyusahkan . Walaupun tak mampu nak balas jasa mereka, semoga aku dapat sekurang-kurangnya mengukir senyuman mereka suatu hari nanti . :')


Siapa tak rindu mak ayah bila jauh kan. Tapi bila aku call siang hari mak ayah takde kat rumah, bila aku call malam , mak ayah dah tidur. Tak apa, semoga Allah terus merahmati dan memberkati hidup mereka yang selama nie dah bersusah payah membesarkan aku.Duhai HATI, sila menjadi kental sekental kentalnya. 

Buat adik-adik aku yang baca entry aku (terutama Yana) , tolong jangan cakap pasal hal ni di rumah . Thanks :)

K assalamualaikum .

Saturday, September 15, 2012

Kenyataan menjadi kekasih tentera


*If you don't like love story , then you can proceed your reading to my other entry . Thanks :)

But I love you.
and I know only that.
my life belongs to a country.
but my heart belongs to you.
My body is dedicated to my country.
but my soul lives in you.
I breath for my country.
but my heart beats for you.
I'll die for my country,
but I'll live for you.- him

Assalamualaikum .

Loving a soldier is not hard , but still need a strong heart . Ahaa indahnya . Tak semua orang dapat rasai . How to love a guy in the army ? Let me share my way. 

Askar banyak kerja woo!Nak dating dengan military person , mesti la kene tahu serba sedikit kerja-kerja dia , dan masa dia perlu kerja. Bak kata kawan aku dulu (juga seorang askar) , kalau nak jadi buah hati askar kene orientasi jugak. Bukan maksud aku menyibuk setiap waktu dia , tapi at least kenalah tahu time bila dia kena duty , kene baris , kena itu kena ini , tak termasuk kena panggil dengan bos. Bila dah tahu kerja dia, kenalah faham juga ye gadis-gadis. 

Rules :
  • Kau kena tahan bila tengah syok2 sembang dia kena panggil bt kerja
  • Kau kena faham cuma ada waktu2 tertentu dia tak boleh call kau .
  • Kau kena tahu kadang-kadang time dia free cuma pukul 3 pagi dah.
  • Kau kena mengerti , dia tak boleh msg kau 24 jam .
Bersedia dengan segala kemungkinan .Ahaaa yang ni penting . Dulu aku melenting-lenting juga. Bila segala perancangan tiba-tiba musnah dengan satu panggilan . Cuba bayangkan , dah rancang hari minggu nak pergi pantai bersama, tiba-tiba dapat panggilan selepas Subuh , dia ada tugasan. Barang-barang yang dah prepare? Campak kedinding? Tidak.... Tidak..... Ambil dan susun kembali kedalam almari. Tahu tak? Ini harga yang perlu dibayar untuk mencintai seorang wira. Perghhh ayat aku taknak kalah..Muahahaha.


Menjadi penghibur :) . Ok jom imagine lagi. Dia balik kerja penat-penat ni. Kawan-kawan seperjuangan semua dah cium bantal berdengkur , tapi digagahkan juga call si buah hati , sebab rindu , dan taknak buah hati risau. Tiba-tiba dihambur kata-kata amarah . Tengking2 terus tutup phone ,merajuk konon si buah hati tadi. Apalahh perasaan dia yang penat baru balik bt kerja tadi ye? So , bila dia balik kerja penat-penat tu , kalau tak mampu buat dia tergelak ,cukuplah buat dia senyum , dan tertidur dengan mimpi yang indah .

Respect his privacy .PENTING NI PENTING! Jangan nak melenting pula kalau dia tak nak jawab soalan kamu ye.Kadang-kadang bukan benda tu dia nak sorok or rahsiakan dari kamu , tapi itu rahsia sulit . He may need to keep confidential information secret , and will not share this kind of information with you wahai gadis. Aku pun pernah alami . Jangan pressure dia buat buat merajuk bila dia taknak cakap .

Ok cukup disini . Bolehlah aku simpulkan disini , bukan semua askar suka bertukar perempuan , cuma boleh dikatakan kebanyakan mereka tak jumpa gadis yang mampu memahami cara hidup mereka :) Am i right? Ye lah , it is very true that finding the right person for dating takes both patience and time.

Syhhh nak bisik , meh dekat sikit , askar ni hot , banyak perempuan desperate kejar kejar. Tapi bukan satu masalah , be a classy woman , they will choose u instead. Best woman win best man heart. Peghhh kejadah aku merapu ni.hahaha.

Apa yang best pasal askar ? Perlu ke nak share? Ok share la ye dari sudut pandangan aku lah , mereka nie lead a different kind of lifestyle. They have something that other do not have. Their manner, deportment and discipline make themselves individual from common people.Their personality is very charming and can easily attract most of the women.


I choose my gula hati MR.AKMAL , not because he is in army , but he himself. Dah takdir beliau seorang askar, dan aku pulak sedikit sebanyak rasa la tempias tempias life dia tu sikit sikit, maklumlah belum kawin. Tak salahkan aku nak berkongsi pendapat dan pengalaman aku :)

Cinta itu menguatkan....Bukan melemahkan... Sebenarnya banyak lagi aku nak tulis tapi kalau panjang-panjang orang tak larat baca. Dan minggu ni sekali lagi kami terpaksa batalkan rancangan nak berjumpa sebab dia tak dapat cuti .



Loving a soldier is a high price to pay, 

loving him truly is hard when he's away. 
It's being alone with nothing to hold; 
it's being young, but feeling old; 
it's having him whisper his love for you; 
it's whispering back that you love him too.-her

Friday, September 14, 2012

Beranilah kau perempuan !

Beranilah kau perempuan !
Assalamualaikum .

Hai cantik manis , kacak hensem sekalian . 


You know what,
Bila kawan-kawan tahu aku kadang-kadang naik teksi alone , malam balik kelas. Diorang akan cakap "Beranilah kau".
Bila kawan-kawan tahu aku pergi beli barang keperluan sorang kat Bandar , diorang akan cakap "Beranilah kau" .
Bila orang naik motor sorang ,dalam hutan beting ni, malam , orang akan cakap "Beranilah kau". 

Dan aku ?

Buat muka selamba , sengih nampak taring , "Ye berani lah jugak" .

Sebenarnya aku tak berani pun .Aku bukannya tough. Aku bukannya tahu apa-apa martial art. Aku takde apa-apa kelebihan superhero.Aku cuma sorang perempuan , yang PURA-PURA berani. Sebab aku terpaksa. 

Orang yang tak lalui apa yang aku rasa takkan pernah faham. Kadang-kadang aku bebal bila orang ajak aku temankan , katanya takut nak buat sorang , takut nak pergi sorang . Ye aku akui aku sangat bebal dan menyampah .

Tapi aku pujuk hati, yea mereka perempuan , bahaya ... 

Tapi aku bukan perempuan ? Kenapa aku ade hijab ke dari segala bahaya? Bukan nak cakap aku berlagak or what so ever yang aku tak takut . 

Tapi .... TAKE RISK la . Takkan selama hidup kita nak menyusahkan orang . Kita dah bukan anak-anak kecil , kita semua masing-masing dah jauh dari keluarga. Seboleh-bolehnya ajarlah diri berdikari , tak perlu nak manja sangat .

Aku tak marah perempuan-perempuan yang manja. Tak apa lah manja , asalkan jangan susahkan orang . Aku pun manja , tapi disini aku tak boleh manja. Dulu kalau aku takut aku bolehlah lari lari sorok belakang abah yang tough lagi gagah perkasa, dimana satu satunya tempat aku rasa sangat selamat , tapi sekarang aku nak menyorok belakang siapa...?Abah jauh . 

Ade juga kadang-kadang perasaan mcm nak je cakap : "Yeee mak kau sorang je risaukan kau, abah kau sorang je risaukan kau... mak aku tak kisah pasal aku , bapak aku tak kisah.Aku kan berani, aku kan pandai silat , pandai kungfu, pandai silambam, bolehlahhh aku temankan kau sampai kau selamat lepastu aku balik sorang , dijamin aku selamat jugak ." 

Tapi tu cuma dialog dalam diri aku . Rahsia. Cuma aku dan kamu yang tahu. Shyyhhhh...

Dan disini , 
Cuma yang tinggal aku dan diri aku . Nak atau tak nak , aku tetap kena berani...


Alhamdulillah masih ada yang peduli :')



Saturday, September 1, 2012

Aku , kau , dan bulan .



Assalamualaikum .

**On the phone

Wolfy : Awak , keluar la tengok bulan . Saya tengah tengok bulan nie.
Cute Fox     : Alaa umah saya ni bukan nampak pun bulan.
Wolfy : Ala, saya nak tengok bulan yang sama dengan awak.
Cute Fox     : Betul.. tak nampak bulan. Kenapa , phenomena blue moon ke?
Wolfy : Sebab tu la saya suruh pegi tengok bulan.

**panggilan terputus.
** Melangkah malas malas nak pergi tengok bulan sambil dail nak sambung call. Buka-buka pintu. Warghhhhh, terkejut den, laki mana la nie malam malam depan rumah orang.
**Bumm! tutup pintu laju laju.

" MAI!!!!"
"Eh ade orang panggil nama aku ke?"

**Buka pintu slow-slow, gesek gesek mata . Eh betul ke ni.

"Awak ..... Ni bulan awak ada di sini malam nie....." 


******