Assalamualaikum.

Hai followers,readers , and friends...Err i dont think i have stalker , semua orang sayang saye kannnnnn..Weeee~(Yakin giler minah ni)... Okay-okay memandangkan pelajar-pelajar diploma di Uitm sedang menghitung hari nak menghadap final untuk sem ini, mesti ramai tengah buat notes kan. Pulunnnn hoyeahhh pulunnn..

So , kali nie Mai nak share cara Mai buat notes untuk subjek-subjek yang memerlukan nota kecik . Yelah bayangkan subjek microb tu , buku dah beribu riban mukasurat, kau larat nak usung kesana sini? Tak larat mak jemah oiii~

Straight to the point . Nama notes ni , NOTA YASIN. Haha , sebab bila Mai baca notes ni gaya dah macam baca Yasin.

Cara-cara :
  • Amik ketas kajang mengikut kuantiti yang korang rasa perlu , dan lipat macam dalam gambar.
  • Lipat lagi sekali sampai jadi macam dalam gambar. 

  • Gunting dekat bahagian yang tengah bahagian yang panjang tu . 

  • Susun kemudian stapler ikut cara dalam gambar. Cara nak stapler tu, dekat bawah kertas tu lapik dengan pemadam . Ye pemadam kertas tuuuu , eraser bak kata mat saleh.
  • Sekarang pusingkan dan tekan stapler tu bagi rapat. 
  • Sekarang kamu boleh la buat nota ringkas kamu. (^____^)v
  • Buat sebanyak sesuka hati kamu lah...Ni eden punya haaa.....












Good Luck Exam buat calon2 final, spm , stpm , pmr , dan semua !

p/s: Maaf kualiti gambar sangat teruk.Guna webcam komputer je,siksa tahuuuu. Semuanya gara-gara phone rosak. Harap korang suka . Sayang koranglahhh~

Doakan kami berdua dekan sem ni :)

Assalamualaikum.