Wednesday, October 8, 2014

Degree

Hi assalamualaikum peeps.


Dah lama sangat-sangat dah aku tak menulis, aku tak merepek, aku tak jenguk blog aku, hehehe, mesti semua orang pun dah lupa siapa aku.

Ayat nak vavavoom jer, siapa je nak ingat, i am nobody , aku menulis sebab aku suka tulis. Hahah. K pape jelah.

Hah banyak nak cerita tau...Banyak gila aku skip kisah hidup aku, tapi takpelah, end up takde sape pun nak research pasal aku then nak moviekan kisah hidup aku kan. Eh merapu je tahu.

Ok ok straight kepada point yang aku nak sampaikan kat korang, actually aku dah tamat dah diploma aku, hehe. So officially aku skrg bukan lagi student Diploma Microbiology Uitm Negeri Sembilan. Alhamdulillah dengan cgpa atas pagar (bawah 3.5 , atas 3.0) . Alhamdulillah.

Sekarang aku sambung dekat Uitm Shah Alam, rezeki Tuhan masih mengizinkan jalan aku untuk menuntut ilmunya. So aku dapat buat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Biomolekul. Belajar pasal DNA-DNA dan sewaktu dengannya...

Oleh sebab aku masuk degree penerapan Uitm-uitm, so sekarang aku dah semester 3 degree. Heheh. Doakan aku dapat grad on time dalam masa dua tahun ni ye. Ya Allah sangatlah tough course ni , tapi takpe, belajar mana yang tak payah kan.

Yeah, thanks kalau baca sampai habis, rindu aku lah tu kan.

Bye sayang,eh, lalala~