Sunday, September 20, 2015

Saturday, September 19, 2015

Final Year Project FSG 2 : First meeting

Assalamualaikum.

Haa seperti dijanjikan so kali ini aku nak bercerita pasal pengalaman pertama kali berjumpa supervisor. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Dr.R sangat baik, dan hebat sebab banyak betul collaboration yang beliau boleh buat dengan kawan-kawan beliau dalam lapangan yang sama di semenanjung Malaysia dan Sarawak juga. Aku boleh pilih je topic apa yang aku suka dan insyaAllah akan mendapat kerjasama dari kenalan beliau. 

Alhamdulillah.

Dan aku memilih Sunda Pangolin untuk project FYP ini. Ini baru perancangan, kalau tak boleh, back up plan aku akan guna Sugar Glider takpun hedgehog. Aku nak buat apa??? Rahsialah.Hiuhiuhiu.

Doakan urusan aku dipermudahkan ya.

p/s:Ada suggestion of small mammals yang macam menarik utk kajian aku tak?

Pangolin

Thursday, September 17, 2015

Final Year Project FSG 1

Final Year Project FSG 1
Assalamualaikum.

Alhamdulillah ,syukur. Pejam celik pejam celik sampai juga aku ke semester 5 degree biomolecular science ni. Sangat mencabar dan penuh liku sebenarnya tapi tidak mengapa, redah je.

Memandangkan sudah di tahun akhir maka datanglah cabaran baru, Final Year Project. So aku rasa macam nak update kisah suka duka nak menyiapkan FYP aku dalam blog ni. Buku log memang ada tapi nak jugak cerita kat sini.

Ok cerita flow dari mula ya. Students diberi peluang untuk memilih top3 supervisor (SV) yang mereka suka bidangnya. Kemudian, pemilihan akan dibuat dan students akan mendapat SV yang sebenar, kalau nasib baik, dapatlah yang dipilih, kalau SV tu mmg pilihan ramai, maka students tersebut haruslah redho dengan SV random yang dia dapat.

Alhamdulillah aku dapat SV pilihan aku, Dr.R yang memang pakar dalam bioinformatics stuff. HAHA. Hajat hati ni nak sambung master Computator Biology or kalau tak pun nak bekerjaya dalam bidang tersebut (nak lari dari lab), jadi sangattttlah bersyukur doa dimakbul. 

So temujanji pertama telah dibuat, dan Dr.R minta aku jumpa beliau hari Jumaat nanti. 

Adakah tajuk FYP aku nanti akan diberi beliau atau aku perlu cari sendiri, aku pun tak tahu, tapi langkah keselamatan , aku dah cari la siap siap beberapa list tajuk macam hot je, macam best je, pasal research in bioinformatics ni. Baguskan aku setelah aku insaf ni (masuk bakul angkat sendiri).

Next entry aku cerita ya apa yang jadi masa first meeting dengan Dr.R. 

Berdebar.

Assalamualaikum.