Latest Posts

Personaliti Diri dapat Dinilai Dari Perkara Yang Kecil

By November 06, 2016


Tanpa kita sedar dalam perlakuan atau tindak-tanduk kita seharian, orang dapat menilai personaliti diri kita daripada sekadar memerhati sahaja. Ciri yang macam mana depa judge tu adalah seperti nilai kejujuran, kebaikan dan tahap kecerdikan kita. Memanglah tak semestinya betul pandangan mereka tapi penting untuk kita niberikan first impression yang baik untuk orang lain kan. 

Menilai peribadi seseorang ni bukan sahaja penting untuk majikan nak cari pekerja, tapi juga penting semasa nak cari jodoh, cewahh. Tak semestinya apa yang kita nilai tu betul, sekadar rujukan. Yang penting takmau judge orang perkara negatif okay, kita nilai yang baik baik sahaja. Jom aku teruskan dengan apa perkara yang buat orang selalu dapat menilai personaliti diri kita.

01. Gaya tulisan kita 

Kajian berdasarkan tulisan ni agak popular jugalah. Boleh baca kat SINI dan SINI untuk maklumat lanjut, tapi aku akan summarize kat sini okay. Menurut kajian. saiz tulisan seseorang ni ada kaitan juga dengan personaliti diri.

Orang yang jenis tulisan kecil ni selalunya bersifat pemalu manakala yang tulisannya besaq-besaq lebih bersifat terbuka dan selalu nakkan perhatian. Selain itu, orang yang bila dia menulis dia jenis tekan pen kuat kuat sampai kasar belakang kertas tu, orang tu adalah jenis serius, dan yang tulis tak tekan tu pula selalunya jenis sensitif.

02. Perlakuan spontan anggota badan
Selalu berlaku tanpa kira perasan, tapi orang memerhatikan kita. Perlakuan seperti menggigit kuku, bermain dengan rambut dan juga membunyikan sendi sendi jari atau leher. Haaa jangan terkejut sebab perbuatan ni pun boleh merungkai (ecewah) rahsia personaliti diri kita. Reaksi spontan diri kita lakukan menunjukkan kita sedang tak sabar, kecewa, bosan, tak puas hati, atau segan, bergantung kepada situasi. 

Menggigit kuku contohnya menggambarkan kita sedang tertekan ataupun nervous. Tapi menurut kajian, perbuatan menggigit kuku digambarkan sering dilakukan oleh seorang yang bersifat perfectionists, wow. Patutlah aku tak gigit kuku, kahkahkah. 

03. Pemilihan Warna 
Pemilihan warna memang sedikit sebanyak dapat menggambarkan personaliti kita secara tidak langsung. Iyelah, orang pemalu takkan berani pakai warna terang macam merah yang dicombinekan dengan kuning atau oren, tapi bagi individu yang happy go lucky macam ape ada hal kan, traffic light je pon! 

Orang yang sering memakai pakaian berwarna hitam selalunya bersifat artistic dan teliti, tetapi sensitif hatinya. Warna merah pula menggambarkan si pemakai ni sukakan cabaran dan aktif. Setia adalah sifat penggemar warna hijau, manakala warna putih adalah pilihan individu yang teratur dan berfikiran logik.

Warna biru? Heheh, macam mengata diri sendiri pula. Penggemar warna biru ni selalu memikirkan orang lain, sensitif dan stabil hidupnya. Hihiks. no comment. Ini cumalah sekadar kajian oleh pihak ini, jadi korang tentukanlah betul atau salah. 

04. Mata 
"Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa. 
Oh aku tergoda, 
aku tergoda terkecewa."

Mata kita adalah cerminan peribadi kita, yang boleh menceritakan banyak tentang diri kita, perasaan kita, dan pemikiran kita. Sebab tu lah eye contact penting masa presentation atau temuduga, dari sepasang mata kita dapat meyakinkan orang lain yang kita bercakap benar. 

Aku pernah terbaca dari mana aku dah lupa sumbernya, orang yang sedang menipu akan sering menjeling sebelah kiri, manakala orang yang sedang berfikir sering menjeling sebelah kanan. Kalau kita gagal buat eye contact yang baik dengan orang lain, boleh menyebabkan orang lain beranggapan yang kita seorang yang lemah atau tidak berkeyakinan.

05. Menepati masa
Positif atau negatif diri kita memang ditentukan dengan tahap kita menepati masa. Kalau ada appointment atau meeting, tapi kita dengan sengajanya terlewat, dah tentulah kita mendapat label atau impression yang negatif tentang personaliti diri kita. 

Menepati masa ni bukan sahaja penting untuk menunjukkan kita seorang yang bagus, tapi personaliti ini penting kerana membuktikan kita seorang yang hormat dan peduli dengan masa orang lain, kita mempunyai hidup yang teratur dan bermotivasi. See? Betapa pentingnya menjaga masa.


Sesetengah perkara nampak remeh dan kecil tapi siapa sangka dapat memberi persepsi yang baik atau buruk kepada diri kita sendiri. So bila dah tahu ni bolehlah kita slow-slow memperbaiki diri kita agar semua orang yang melihat senang dan suka dengan aura yang kita bawa. 

You Might Also Like

7 Readers ♥

  1. anis paling tak suka baju warna kuning & merah , rasa mcm pelik ja kalau pakai

    ReplyDelete
  2. Betul² merungkai personaliti ni.. Tapi Onie setuju semuanya. Pergerakkan, warna, sikap, tabiat n macam2 lagi mlambangkan siapa diri kita.. Double thumb up for this entry..

    ReplyDelete
  3. Gaya kita jln pn dh tahu org tu cm mne :) cara sapa org :) semua tu pnilaian awal :)

    ReplyDelete
  4. Bila dah baca entri ni rasa macam terfikir pulak personaliti diri mcm mana :D tapi yang pemilihan baju tu mira pilih warna ikut mood lah, asalkan match !
    NIce entry Mai :)

    ReplyDelete
  5. Banyak rahsia disebalik gerak badan kita.. Hehehe

    ReplyDelete
  6. betul2..setiap gerak geri kita melambang personaliti.. nice info..hihii

    ReplyDelete