Assalamualaikum,

Mai pernah share template resume 1 muka surat yang ringkas dalam POST INI, ingat tak? Kalau nak baca tips menulis resume juga boleh KLIK SINI. Jadi baru-baru ni Mai nak memohon jawatan guru sandaran, jadi rasanya perlu sediakan resume yang tak berapa fancy supaya sesuailah kan dengan jawatan kerja tu. Hihihi. 

Hasilnya macam resume kat bawah ni. Inspirasi daripada resume dari internet je, tapi dah diubah suai ikut sesedap rasa dan kesesuaian sendiri je. Nak share kat sini, kalau sesiapa rasa nak guna template ni juga silakanlah, klik je button open tu dan download macam biasa, template resume ni adalah dalam Microsoft Words, so nanti korang ubahlah segala maklumat & warna theme tu ikut korang.


Jangan lupa masukkan result SPM korang, kalau nak tambah sampai PMR pun silakan. UPSR tak perlu la tau, kehkehkeh. Abaikan English eden yang hampeh tu, korang editlah sampai berkilat, tapi kalau nak tegur kesalahan grammar den alu-alukan je, haha.

Baiklah dengan ini aku berharap yang entri ini membantulah kepada sesiapa yang nak template resume ni. All the best.