Brim Bujang 2017



Selepas permohonan BRIM Bujang 2017 aku telah diluluskan, aku sudah merancang beberapa plan baru untuk manfaatkan duit tersebut. Oh ya, untuk check status BRIM dan tengok Jadual Bayaran BRIM berperingkat boleh tengok kat sini 

| https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=s&y=2016 | .

Untuk permohonan BRIM Bujang bernilai RM450, jadi pastinya aku sudah merangka plan untuk manfaatkan duit itu. Pada mulanya aku ada plan lain untuk guna duit tu, tapi disebabkan plan tak jadi, aku tukar ke plan lain pula.

01. Tempah Hotel di Shah Alam untuk Majlis Konvo Aku
Oleh sebab Majlis Konvokesyen UiTM Shah Alam akan mendahului kali ini, jadi majlis aku akan jatuh dalam bulan April nanti. Jadi aku perlu tempah awal untuk memastikan aku dapat hotel yang berdekatan dengan UiTM nanti (of course akan cepat penuh kan, UiTM Shah Alam kot!). Alhamdulillah aku ada menang boucher dari Traveloka dalam contest Instagram diorang, so nanti boleh kot pakai boucher tu masa tempah hotel. 

02. Cuba Mulakan Bisnes Kecil-kecilan 
Aku ada planning untuk menceburkan diri dalam bidang bisnes ni dan aku sudahpun berhubung dengan pemborong 'produk' tersebut. Ini adalah kali pertama aku nak berbisnes, dulu aku pernah tolong mak aku jual nasik ayam kat kantin sekolah je, hahaha (sekolah agama rakyat dalam pengubahsuaian so mak aku jadi pembekal makanan jap a.k.a kantin tidak rasmi). Kakak aku pun ada perniagaan stationary, adik aku pun meniaga keropok (hati kering weh dia tu jual keropok kat sekolah sampai boleh beli Huawei P9). InsyaAllah semoga berjalan lancarlah plan aku yang ni.

03. Belanja Orang
Hahaha. Aku memang suka belanja orang pun. Dan aku rasa berpotensi besar ni duit aku nak habis dengan bebudak dua ketul kat rumah aku ni. Ya Allah seram pulak bila fikir,hahahahah. Tapi aku rasa, perasan tak korang, rezeki aku tahun ni tak putus, lepas satu, satu aku menang giveaway. Memang aku tak kerja tapi masih ada duit yang masuk, aku anggap itu rahmat dan rezeki yang dibawa dua budak kecil tak berdosa ni dalam rumah aku, dan bila aku jaga, aku lah terkena tempiasnya. Subhanallah, Alhamdulillah. Jangan lupa belanja parents juga, kekekeke.

Okaylah plan banyak-banyak pun belum tentu jadi pun, apalah sangat RM450 boleh buat zaman sekarang ni. Jadi inilah plan utama aku untuk duit kali ini. 

Korang dapat BRIM tak? So apa plan korang selain menabung?



Follow