GIVEAWAY PRE-LOVED BUKU 2017

Assalamualaikum, hi readers!

Ada giveaway lagi ni, dekat dua jam jugalah aku duk fikir nak join ke tidak, nak join ke tidak, kalau join nak pilih buku mana. Cepat-cepat aku buka goodreads dan tilik dari satu buku ke satu buku. Sudah lama aku tidak membaca sebuah buku nyata, asyik baca buku online dari Wattpad je, rindu juga bau enak setiap helaian-helaian buku.

Paranoia, Selumbar, Langit Petang, Awek Chuck Taylor, Rehabilitasi, dan juga Reinkarnasi adalah senarai buku yang kita perlu pilih dua darinya. Sejujurnya aku sejenis suka mengumpul buku yang ada sekuel or trilogi. Jadi aku sekarang dalam dilema pula perlukah aku pilih reinkasi dan sekuelnya rehabilitasi atas sebab satu set, ataupun pilih yang betul-betul aku minat.

Jadi setelah fikir-fikir campur analisis dari komen jujur lagi tajam menikam dari pembaca kat Goodreads, aku nekad untuk memilih dua buku ini, iaitu SELUMBAR dan REHABILITASI.

Saya nak menang buku SELUMBAR dan REHABILITASI mestilah kerana komen positif daripada pembaca dalam Goodreads. Buku yang bagus ni adalah buku yang mampu bawa kita ke satu dimensi lain yang penulis cipta, dan bukan semua penulis mampu lakukan itu. So aku ingin dalami kisah hidup LGBT yang aku hanya mampu pandang serong tanpa memahami mereka melalui Selumbar, dan juga nak buku Rehabilitasi sebab buku tu cool, aku pernah tengok kawan punya, hihihi.

Sekian. Goodluck to myself dan semua peserta. 

Follow