Planner Kits Murah dari MR. D I Y

Hi, assalamualaikum~!

Sejak ada planner ni, cewahh terima kasih pada penaja planner aku, Kak LZ (baca sini untuk kisah planner), aku yang tak berapa kreatif ni berazam untuk menjadi lebih kreatif pada tahun 2017 ini, cewahhh. Aku suka tengok planner dari hastag #planneraddict dekat instagram dan juga pinterest, banyak idea menarik yang kita boleh tiru. Kecewa juga sebab tulisan aku tak comel (faktor lama tak pegang pen dan juga tremor hyperthyroidism aku), so planner aku tak kemas macam orang lain, but it's okay, lantaklah bukan siapa pun nak tengok planner aku melainkan diri sendiri je.

Tempat korang ada tak kedai MR.DIY? Ala kedai yang kaler kuning tu. Fuh bersyukur  (tapi kena berwaspada takut tak boleh control aliran duit keluar,muahahaha) sebab kedai MR.DIY ni dekat je dengan rumah aku (Tesco Kulim). Kedai ni sesuai sangat kalau korang tengah cari barang comel-comel dengan harga murah. So jom lah tengok apa yang aku beli untuk planner hijau kesayangan aku tu. 

MR. D I Y

Itulah antara barang yang aku grab lelaju dari Mr.DIY tu, Sticker book, cute stationary tape, set pen biasa dan set pen berwarna. Berbaloi tak harga dengan barang? Check it out!

01. Sticker Book - RM 3.30

Oleh sebab printer aku dah rosak, dan rumah ni tak ada printer lain selain printer itu, aku tak boleh la nak print bermacam mendalah yang aku semangat download dari pinterest tu. sedih hati mak nok. Bila jumpa je sticker book ni apa lagi umpama sinar harapan gitueee untuk tampil lebih kreatif didalam planner. 

Sticker Book

Dalam sticker book ini ada 5 page dengan sticker-sticker yang menarik dan quotes yang sedap. So mudah sangat kerja tak payah susah susah beli kertas sticker tu lepastu print sendiri, ceh ayat sedapkan hati sebab takda printer. Jadi ini antara yang menarik dalam buku sticker ni. Sebenarnya takda antara pun sebab semua menarik, trust me!

Sticker Book

Jadi berbaloi ke tidak RM3.30 tu dengan sticker book ni? Mestilah sangat berbaloi untuk aku. So aku bagi 5/5 bintang

02. Stationary Tapes - RM 2.10

Stationary Tapes

Cute stationary tapes ni satu pack ada 10 ketul dengan design yang super cute dan berbeza. Masa aku unpack tu aku tengok adik bongsu aku tu jeling jeling, suke lettew kan, aku bagi jelah seketul kat dia, punya happy, hahahaha, tapi tak cakap nak, kalau tidak aku beli la untuk dia sekali. 

Apedehal, RM2.10 je 10 gulung, murah berbaloi baloi. Hahah. 4/5 bintang!

PEN DIY

03. Set Gel Pen Baoke - RM3.50

Dulu aku adalah pengguna pen Fable-Castell yang setia, tapi sejak tengok adik aku asyik beli pen dari DIY ni aku tertanya-tanya jugak, berkualiti ke, jenama pun entah ape ape je. Amboi judge a pen by its jenama betol aku ni.

Lepas try sebatang adik aku bagi untuk aku buat testimoni, kahkahkah, aku pun rasa not bad la pen DIY ni. Murah dan sama je kualiti macam gel pen berjenama, tak tembus belakang. 

RM3.50 untuk tiga batang pen hitam, dua batang pen biru, dan satu batang pen merah, siapa cakap mahal aku ketuk pakai senduk. 4/5 bintang!

04. Set Gel Pen (Colourful) - RM2.90

Set pen colourful ni je menghampakan aku sikit, sebab tersalah beli 0.7. Kalau pen aku prefer 0.5 sebab tulisan aku ni dah la hodoh, kalau pen tu kembang kembang lagi hodoh aku tengok, macam kena sembur dakwat sotong je, cakar ayam lagi comel,hahah, sakan hiperbola petang ni. 

So aku offer untuk adik bongsu aku guna sekali, habiskan ink cepat-cepat. Sebab aku jenis kalau benda tu ada lagi aku malas nak beli lagi. Tapi aku tak suka benda yang aku tak suka ada dengan aku lama-lama, eh complicated campur kedekut ni payah nak difahami. 

Apapun still dalam range affordable lagi la kan RM2.90, kalau korang jenis nak lukis mind map masa study tu aku rasa okay pen ni, kembang sikit mindmap korang, kekeke. 3/5 bintang!

05. Notebook - RM1.90

 
Notebook murah giler ni actually aku beli untuk adik bongsu aku upah dia teman aku kat MR.DIY tu. Jangan cakap hakak kedekut pulak beli buku murah ya amat untuk dia, aku dah offer macam-macam benda, buku besar-besar pun, tapi dia stick to her choice buku ni. Fuh, susah nak hasut anak bongsu rupanya, kalau aku pantang orang hasut goda-goda sikit, cepat je otak seminit aku tukar pilihan,hahah.

Jadi total semuanya campur GST, campur 20sen plastic, semua barang yang aku beli berharga RM13.90. Fuh tak sampai RM15.00, boleh tahan juga jadi pembeli bijak,kekeke. Semoga makin bersemangatlah aku mendisiplinkan diri atur plan jangka panjang dalam planner, insyaAllah.


Korang mesti suka pergi MR.DIY jugak kan......Heheh.




Follow