Tiba-tiba rasa macam nak share planner blog Mayy Jie untuk bulan March 2017 ini dengan semua readers. Sebenarnya setiap bulan aku sediakan planner untuk blog sendiri, dan kategori itu akan berubah-ubah ikut mood aku bulan tersebut, hewhewhew.

Jadi gambar dibawah adalah planner yang aku buat untuk bulan ini.

Planner Blog Mayy Jie March 2017


SABTU & AHAD 
Sabtu dan Ahad adalah hari minggu dimana semua orang lebih suka untuk habiskan masa bersantai dengan family, relax-relax. So aku pun samalah! Hihihi. Oleh itu aku memilih untuk membebel segala random thought aku, join giveaway, dan lain lain semasa hari Sabtu dan Ahad 💫,


ISNIN 
Hari Isnin juga sinonim dengan monday blues untuk pekerja & students (sekarang aku takda monday blues, hari hari blues, hahah #penganggur). Jadi aku rasa elok untuk aku start permulaan hari aku setiap minggu untuk brainstorm sesuatu yang positif, jadi tema motivational post aku akan letakkan pada hari Isnin. 💃


SELASA 
Diari, hmm. Tak adalah diari macam entry blog ini pada zaman permulaan aku berblog, semua aku nak share tanpa sempadan, ye dok? Bahaya begitu. Cuma aku rasa hari Selasa aku akan cuba share entry diari a.k.a pengalaman. Contohnya?

  • How I ____________.
  • __ Tips on how I ______.
  • My _______ on _______. 

RABU
Love? Not my love story of course,,,,Bukan best pon! Err mungkin sikit, mungkin juga tak ada kaitan. Love ni universal kan. Mungkin lebih sesuai kalau aku tukar LOVE tu jadi RELATIONSHIP. So aku akan cuba share mengenai hubungan, sesama family, kawan, kekasih or haiwan. 

So Rabu? Hari bercerita tentang CINTA dari persepsi seorang AKU.💕


KHAMIS
Selain Sabtu, Khamis adalah hari paling busy aku sebenarnya sebab aku kena tolong mak aku kutip adik adik aku dari asrama, sorang UiTM Merbok, Sri Iskandar (dia akan balik naik ETS so aku pick up dekat Butterworth), Vokasional SP, dan Badlishah Kulim. Fuh, full day on highway gitcheww.

Review on Thursday? Fuh aku rasa aku salah percaturan ni, tapi takpa sis cuba ok. Review ni tak kiralah review movies ke, games ke, buku ke, lagu ke, blog ke, hadiah giveways ke or products. 


JUMAAT
My bad, sebenarnya tag 'AGAMA' ni baru aku masukkan dalam blog, teruk kan? Sobs sobs. InsyaAllah pada setiap hari jumaat, aku akan cuba kongsi ilmu atau artikel tentang agama (brace yourself, mungkin entry kopipes!).

Aku tak berani nak ulas lebih-lebih tentang agama mengikut hati sendiri, InsyaAllah 1 hadis seminggu mungkin? Aku masih tak ada idea, yang penting aku mahu berkongsi SESUATU juga. 


Baiklah selesai juga planner March 2017 untuk Blog Mayy Jie ini. Aku bukanlah akan follow strickly pun planner ni (rules are made to be broken,lol), cuma penunjuk arah nak post benda apa je. Yelah kalau tiba-tiba writer's blog melanda, tak ada alasan untuk tak menulis kan. 

Good news!

Printable Blog Planner

Aku nak bagi free template blog Planner untuk readers blog ini yang nak juga, hihihi, maklumlah terlebih rajin, hahaha. So kalau nak jangan lupa printlah sendiri.

Dan ada 160 blog post ideas sekali dalam tu aku selitkan sekali credit pada pemilik idea tersebut, silakan guna pada masa ketandusan idea, hewhewhew.


Semoga bermanfaat!
emailkan pada blogmayyjie@gmail.com untuk softcopy.


Follow