Latest Posts

13 May 2017 | Kapas Dalam Kenangan

By May 14, 2017 ,


Hi Kapas Sayang.

Masa mama bawak balik awak dari market dulu, awak besar tapak tangan saja. Sangat kecil tapi lincah. Mama rescue masa awak tengah main sorang-sorang tepi gerai kuih. Kakak sangat excited pertama kali tengok awak sebab warna awak cantik sangat macam lembu New Zealand.

Kakak selalu seludup awak masuk bilik masa nak tidur. Kadang-kadang awak nakal sangat kencing atas tilam, tapi masa tu awak baby lagi, kakak pasrahkan aje. Awak cepat belajar, bila banyak kali kakak pesan jangan nakal-nakal awak dah tak kencing atas tilam dah...

dan awak tak nak kencing langsung pulak sampailah kakak letak awak kat luar. Cepat-cepat awak lari pergi kencing/berak dekat rumput. Hahahaha.

Awak ni comel tau.

Masa kakak terpaksa pergi KL seminggu sebab tak ada orang nak pergi kakak rasa tak sedap hati. Patutlah, bila balik aje kakak tengok awak dah buta sebelah mata. Kakak sedih betul tak ada waktu awak perlukan kakak masa tu. 

Cepat sangat virus buat kerja kan, jahat betul.


Tapi kakak rasa awak tetap hensem walaupun mata awak tinggal satu. Awak ni kan Kapas, dah la hensem, manja pula tu. 

Kakak rasa awaklah kucing yang paling tabah bila kakak main bulu-bulu awak yang tebal sampai tersorok jari kakak bila usap tu. 

Awaklah paling baik tunggu kakak makan tapi tak akan minta selagi kakak tak bagi. 

Dan awaklah paling baik bagi kakak peluk tak pernah cakar. 


Orang kata putih ni bahaya, cepat kotor. Tapi awak ni tak pernah kotor. Asal kakak tengok awak je awak tengah mandi, asal awak tengah mandi je kakak tengok awak. Haish. Bersih sangat tau awak ni.

Semalam baru Kakak & Nana uli-uli perut awak. Awak tabah je bagi perut awak yang bambam tu. Kami teruja sebab awak makin hari makin besar dan sado. Kami picit-picit tangan awak tapi awak layankan aje. Terima kasih Kapas.


Kapas.

Tadi masa kakak tengah duduk kat ruang tamu. Mama datang kat kakak. Mama cakap.

"Kapas dah mati."

Kakak rasa dunia kakak dah berhenti berputar. Kakak selalu dengar kata-kata ni dalam drama, tapi harini kakak rasa sendiri, kakak tak percaya Kapas.

Kali pertama kakak mampu maafkan orang lain walaupun hati kakak rasa tersayat teruk. Kakak dah agak dah, Kapas budak baik, memang datang seketika dalam hidup kakak untuk mengajar kakak jadi baik juga.


Kakak dah janji lepas kakak dapat kerja, kakak nak sewa rumah dan bawa semua kucing kakak kat sana. Sebab kakak nak peluk semua masa tidur.

Tapi kakak tak sempat bawa awak Kapas.

Kapas mesti dah dapat 'rumah' baru kat SANA kan Kapas, jangan lupa kakak tau. Nanti Kapas cari kakak kalau tak nampak bayang Kakak kat sana tau :').

Kakak sayang Kapas.



Follow

You Might Also Like

33 Readers ♥

  1. Semoga Kapas bahagia di 'sana'.. take care Mai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. T_T... Harap Kapas tak lupa Kakak.... Tq Kak Sha <3

      Delete
  2. Sedih sangatkan bila kucing kesayangan kita mati.
    Pakcik pun dah rasa bila kucing kesayangan 'Si Teten' mati tiba2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Pakcik. Duk ternampak2 ja dia selalu tunggu masa orang basuh pinggan. Pemergian terkejut macm ni lagi sedih kan.

      Delete
  3. Lepas baca ni rasa nak balik nak peluk je kucing kat rumah tu alaaaaa sedihnya 😭

    Tabah ye Mai. Takpe dia dah selamat pulang ke tempat yang paling selamat 😌

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan,,, tak boleh bayang kalau tak ada kucing2 ni...sunyinya hidup T_T. Terima kasih Ira. betul tu, dunia ni tak selamat untuk Kapas T_T.

      Delete
  4. Huarghhh.. Masuk habuk baca entry ni.. Mai dah jaga dia, Insya-Allah dia akan tunggu Mai kat SANA nanti.. 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, mudah-mudahan dorang ingat kat kakak dorang ni kat SANA nanti, huhu.

      Delete
  5. allahu boleh rasa sangat caner rasa tuh... sayang kapas!

    ReplyDelete
  6. terasa sebak Umi rasa..mesti Mai lagi teruk sampai bengkak mata kan..dan pasti Kapas sedang bahagia kat sana dan tak akan lupa Mai yg menjaga dia tu..bertabah ya Mai

    ReplyDelete
    Replies
    1. T_T sedih Umi..Duk ternampak2 ja bayang dia yang suka teman orang basuh pinggan tu. InsyaAllah, banyak kucing saya sayang yang dah tak ada, seronoknya kalau dapat berkumpul lagi.

      Delete
  7. Akak faham perasaan mai. Akak pernah rasa apa yg mai rasa. Cuma beza kita kucing akak hilang macam tu aje. Mak akak kata mungkin dia dah pergi jauh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau hilang lagi risau kan akak T_T

      Delete
  8. siannye tgk kapas ni...sabar ye maii

    ReplyDelete
  9. comel jerk namanye.. Kapas.. Unik..

    ReplyDelete
  10. Kesiannya. Mesti sedih sangat-sangat ni. Saya faham perasaan awak macam mana rasa bila haiwan kesayangan takda dah. T_T

    ReplyDelete
  11. Allahu sedihnya.. ='(insyallah kapas baik2 d sna..

    ReplyDelete
  12. Dia punya mata comel je. sebelah putih. sebelah lagi hitam hehe

    ReplyDelete
  13. Sedihnya Mai.. 😭 😭

    Husniey pun ada kucing kesayangan yang mati dulu, walau takut nak main uli uli dia sangat (trauma memang gitu kan)

    Memang sedih bila kita biasa tengok gelagatnya, bermain dgnnya tetiba dah takde mengejut.. 😥😥

    Moga diberi gantian yang lebih baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih kan, ternampak-nampak depan mata...

      Delete
  14. Sobs..sobs..sobs... touching pulak Mrs. A

    Rest in peace Kapas.

    ReplyDelete
  15. Sedihnyaa sis mai...rest in peace kapas. Kucing mati and kucing kene buang, perasaan sedih tu samaa. kucing kene buang pun perasaan macam sedih kucing dah mati :(

    ReplyDelete
  16. Take care sis mai, and rest in peace Kapas. Dia akan sentiasa ingat jasa tuan dia :(

    ReplyDelete
  17. Ramainyaa yang beri kata semangat, terima kasih semua <3

    ReplyDelete
  18. sedihnya mai.. Mellya teringin jugak nak bela kucing tapi takut.. Terperanjat macam nak sakit jantung bila kena cuit dengan kucing huhuhu macam mana ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. T_T .. Tak apa Mellya, semoga nanti Mellya dapat atasi fobia dgn kucing ni...

      Delete
  19. apa yg kita syg kdg tu terpaksa pergi dlu.. dia mmg comel maiii! geram busyra tngokk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, yang sayang lebih tu kena ambil dulu. Redha je mampu. Hahaha gebu kan...

      Delete