Hasil Edit Blog Kak Lina & Wajah Baru Blog Mayy Jie

Tempahan Edit Blog
Klik Untuk Menempah
Assalamualaikum.

Alhamdulillah Mai dah dapat siapkan blog tempahan Kak Liena, pemilik Blog Lin Liena Story walaupun terjadi drama sikit. Perghhh nak nangis jugalah sebab lepas Kak Lina dah setuju semua, tup tup mai tersalah upload template (nak upload kat blog sendiri tapi tak perasan tu blog kak Lina) yang buatkan semua coding yang dah siap punah.

Nasib baik Mai tulis kat planner apa yang dah siap edit tu, jadi Mai cuma perlu buat sekali lagi je. Hahahaha nasib baik ada Nana kat sebelah bagi support. Itulah lain kali backup template. BACKUP LEPAS SIAP!!!! Tak apalah perkara dah jadi, belajar dari kesilapan. Apapun hikmah edit kali kedua ni Mai buatkan blog Kak Lina sampai achieve 100% mesra SEO.

Kak Lina request theme pink/blue, manakala background warna putih. Jadi aku telah memilih Color Palette #1890 untuk dijadikan warna tema blog Kak Lina.


Sebelum dan Selepas
Sebelum & Selepas
Alhamdulillah senang berurusan dengan Kak Lina. Happy bila akak suka template yang dah disiapkan dengan penuh kasih sayang ni, hihihi.


Lin Liena story adalah sebuah blog peribadi milik Kak Lina, tetapi sangat fun dibaca dan juga ada informasi yang boleh buat kita melekat lama disitu.

Mama aku pun tiba-tiba harini terjebak nak baca blog sebab jumpa resepi macam-macam dalam blog Kak Lina. Mama tanya "boleh percaya ke resepi dalam internet ni?", eh mestilah boleh sebab kebanyakan blogger yang tulis resepi mestilah lepas diorang buat sendiri. Buktinya dalam gambar-gambar tu, real kan. Mama pun teruja lalu mengusha resepi doreyaki dan kuih tako dari label RESEPI. Heheh.

Antara tag menarik dalam blog kak Lina adalah Cuti-Cuti dan Tips and Trick Jemputlah singgah ke sana dan follow blog Kak Lina. Kak Lina peramah tau.



♡♡♡

Okaylah nak cerita pasal template sendiri pulak, hahahahaha. Biasalah aku kan gatal tangan, terusik coding apa entah so aku dah tak boleh reply comment dah. Sedih betul. Dah la jenis tak backup template, terpaksalah aku tukar ke template baru.

Untuk template baru ni, mula-mula aku nak kekalkan warna peach tu,walaupun too girly and aku bukan macam tu, tapi comel kan. Last-last aku fikir dah alang-alang nak bertukar tu, baik aku tukar sepenuhnya. So hijaulah warna favorite aku yang aku rasa nak guna untuk tema blog kali ini.

Color Palette #3132
Color Palette #3132

So yay or nay untuk template baru ni? 

Follow

Previous
Next Post »

38 Comments

Click here for Comments
nadhie wueen
admin
5/15/2017 6:17 PM ×

Wahh.. cantiknya Mai edit! Warna -warna yang digunakan pun lembut je sesedap mata memandang. memang kreatif :)

Reply
avatar
5/15/2017 7:02 PM ×

Cantikkkkkkk 😍

Reply
avatar
5/15/2017 7:48 PM ×

wah cantik lah blog akak

Reply
avatar
Lina Shaza
admin
5/15/2017 8:27 PM ×

tq mai review blog akak

Reply
avatar
Ana Fatihah
admin
5/15/2017 8:37 PM ×

Cantik cantik sukanyaa Maii. Dahlah warna feveret tuuu~ ^^

Reply
avatar
5/15/2017 8:49 PM ×

Comelnyaaaa... huhu.. hahaha.. serious,, cantik sgat!

Reply
avatar
Suhaiza Suki
admin
5/15/2017 9:19 PM ×

cantiknya mai edit! sukaaa warna pink blue tuuu hehe :p

Reply
avatar
Nick Nashram
admin
5/15/2017 9:29 PM ×

tenang je tengok warna template dan font
tapi kenapa iklan adsense ada 2 je?
masukkan la lagi..huhu

Reply
avatar
Eeca Shyaa
admin
5/15/2017 9:56 PM ×

cantik bloggggg!

Reply
avatar
5/15/2017 10:49 PM ×

cantik dan mmg Mai kreatif...
patut la tengok header dah berubah...

Reply
avatar
Nurul Rasya
admin
5/15/2017 11:18 PM ×

fewitt. lawa. I just changed my blog layout too xD

Reply
avatar
Kin Naz
admin
5/15/2017 11:38 PM ×

Cantiknya blog mai. Blog akak putih bersih je. Takde kaler2 hehe.. nnt bila2 akk nk guna servis mai la

Reply
avatar
5/16/2017 12:13 AM ×

Cantiknya pilihan kaler blog kak Lina tu.. Blog mai pun cantik ya Allah. Untungnyaa pandai edit ni Mai.. all the best. Moga murah rezeki selalu 😍

Reply
avatar
Lulu Matzam
admin
5/16/2017 12:46 AM ×

lawanyer...suka warna dia lembut jer

Reply
avatar
Jun Zie
admin
5/16/2017 9:36 AM ×

cantik ! smua pastel =D

Reply
avatar
5/16/2017 11:05 AM ×

mai.. nk jugak la.. mcm mn kira ya mai. srius. sbb blog mcm dah lama ja template. heheh.. ni simple n nice.

Reply
avatar
Ayue Idris
admin
5/16/2017 11:29 AM ×

Jemput join giveaway RM200 shopping credit dari SGshop :)
AyueIdrisXSGshopMalaysia Giveaway

Reply
avatar
Mrs. A
admin
5/16/2017 11:44 AM ×

Menarik juga template ini.

Wah! sekarang Mai pun dah buat edit template ya... tahniah

Reply
avatar
5/16/2017 11:53 AM ×

Dah tukar Mai Bebel. 😊 cantik.

Warna yang dipilih utk blog Lina tu cantiknyaaaa

Reply
avatar
5/16/2017 9:32 PM ×

cantik blog mayy.. kak fyna suka warna hijau... hehe :)

Reply
avatar
dorsett pink
admin
5/18/2017 12:58 PM ×

wow! cantik. pandai mayy buat design blog

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
5/19/2017 2:35 AM ×

Thanks dear. :D Aamiin amiin, semoga jadi kreatif betul.hahaha,sekarang ni bedal je. Hahaha.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
5/19/2017 2:35 AM ×

Thank you laling <3

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
5/19/2017 2:40 AM ×

Thank you Rabia :D

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
5/19/2017 2:49 AM ×

Sama-sama akak.

terima kasih kerana menempah.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
5/19/2017 2:50 AM ×

Iye ke.... Macehhhhh Fatihah <3...

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
5/19/2017 3:16 AM ×

Serius ke ni? Takut pula, template sedia ada tu dh lawo,hahaha. Tapi kalau nak boleh je nanti bagitau nak template apa, dan pallete warna macam mana (or code warna terus pun boleh). Mai boleh start edit je.

Harga Rm10 sahaja untuk responsive template.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
5/19/2017 3:30 PM ×

Nak nanti roger2 la akak :D

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
5/19/2017 3:32 PM ×

Terima kasih semua yang support, sayanggggg semua. Yang nak guna servis saya tu jangan ragu-ragu, whatsapp je number kat atas tu.

Reply
avatar
Daku Amat
admin
5/19/2017 8:49 PM ×

Assalamualaikum

Tu la setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah kn, skrg blog mai dah berwajah baru. untung pandai edit blog mcm manapun mesti cantik blog..hehe.

Nak tanya sikit, macam mana mai buat blog skroll jadi laju aka licin je?

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
5/20/2017 6:12 AM ×

Waalaikumussalam.

Betul tu Ayie, kalau tidak tak bertukarlah template ni. Hehehe. Terima kasih.

Soalan tu mai jawab kt blog Ayie ye.

Reply
avatar
5/20/2017 10:30 AM ×

busyra dh terjah blog kak lin.. mmg cntikkk.. suka tngok hasil mai edit.. mai.. haritu kan, busyra ada tngok jawatan kosong di SP. nusroh apa tah nama dia. dia nak pakai pekrja yg pandai bab edit web ni.. cer mai try tngok ada lg tak jawatan tu..

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
5/20/2017 4:36 PM ×

Thanks C.Tie :))

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
5/20/2017 4:37 PM ×

Thank you Busyra. Alamak Mai pandai edit Blogspot je, website takut hancur nanti.haahahaa

Reply
avatar
Siqah Hussin
admin
5/22/2017 4:14 PM ×

Mestilah Yay!! Pandai Mai edit blog tau. Akak memang lah tak pernah buat sendiri. Nanti kalau ada nak edit, akak contact Mai pulak. Hihi

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
5/22/2017 8:49 PM ×

Yeayyyyy, thank you kak Siqah, hehehe. Boleh2, insyaAllah mai boleh tolong :D

Reply
avatar

Tinggalkan pendapat/nota/surat cinta/amaran/soalan pada saya. Jika soalan saya akan menjawabnya, Jika nota cinta maka saya akan melawat blog anda semula.
Komen berbaur rasist, provokasi & lucah tidak akan dipublish. ConversionConversion EmoticonEmoticon