Tempahan Edit Blog
Klik Untuk Menempah
Assalamualaikum.

Alhamdulillah Mai dah dapat siapkan blog tempahan Kak Liena, pemilik Blog Lin Liena Story walaupun terjadi drama sikit. Perghhh nak nangis jugalah sebab lepas Kak Lina dah setuju semua, tup tup mai tersalah upload template (nak upload kat blog sendiri tapi tak perasan tu blog kak Lina) yang buatkan semua coding yang dah siap punah.

Nasib baik Mai tulis kat planner apa yang dah siap edit tu, jadi Mai cuma perlu buat sekali lagi je. Hahahaha nasib baik ada Nana kat sebelah bagi support. Itulah lain kali backup template. BACKUP LEPAS SIAP!!!! Tak apalah perkara dah jadi, belajar dari kesilapan. Apapun hikmah edit kali kedua ni Mai buatkan blog Kak Lina sampai achieve 100% mesra SEO.

Kak Lina request theme pink/blue, manakala background warna putih. Jadi aku telah memilih Color Palette #1890 untuk dijadikan warna tema blog Kak Lina.


Sebelum dan Selepas
Sebelum & Selepas
Alhamdulillah senang berurusan dengan Kak Lina. Happy bila akak suka template yang dah disiapkan dengan penuh kasih sayang ni, hihihi.


Lin Liena story adalah sebuah blog peribadi milik Kak Lina, tetapi sangat fun dibaca dan juga ada informasi yang boleh buat kita melekat lama disitu.

Mama aku pun tiba-tiba harini terjebak nak baca blog sebab jumpa resepi macam-macam dalam blog Kak Lina. Mama tanya "boleh percaya ke resepi dalam internet ni?", eh mestilah boleh sebab kebanyakan blogger yang tulis resepi mestilah lepas diorang buat sendiri. Buktinya dalam gambar-gambar tu, real kan. Mama pun teruja lalu mengusha resepi doreyaki dan kuih tako dari label RESEPI. Heheh.

Antara tag menarik dalam blog kak Lina adalah Cuti-Cuti dan Tips and Trick Jemputlah singgah ke sana dan follow blog Kak Lina. Kak Lina peramah tau.



♡♡♡

Okaylah nak cerita pasal template sendiri pulak, hahahahaha. Biasalah aku kan gatal tangan, terusik coding apa entah so aku dah tak boleh reply comment dah. Sedih betul. Dah la jenis tak backup template, terpaksalah aku tukar ke template baru.

Untuk template baru ni, mula-mula aku nak kekalkan warna peach tu,walaupun too girly and aku bukan macam tu, tapi comel kan. Last-last aku fikir dah alang-alang nak bertukar tu, baik aku tukar sepenuhnya. So hijaulah warna favorite aku yang aku rasa nak guna untuk tema blog kali ini.

Color Palette #3132
Color Palette #3132

So yay or nay untuk template baru ni? 

Follow