Butik Julita Anje

Alhamdulillah, rezeki May dah start menjengah, moga berterusan hendaknya May ini membawa berita baik kepadaku (terutama bab kerja,aamiin).

April lalu, blog Anis Khalilah (http://akhalilah.blogspot.my/) telah menganjurkan satu contest dengan bercollaborate bersama penaja Butik Julita Anje untuk berkongsi rezeki dengan kita.

Syukur alhamdulillah kerana entri penyertaan aku telah terpilih untuk memenangi first prize diantara 5 pemenang bertuah lain. 3 dipilih dari penyertaan melalui blog, dan dua lagi dari penyertaan facebook. 


Terima kasih kepada Kak Ju, pemilik butik Julita Anje yang sangat pemurah dan mesra. Semoga semakin murah rezeki Kak Ju selalu. 

Sebenarnya Kak Ju ada satu contest lagi tapi nantilah aku share dihujung entry sebab sekarang aku dah tak sabar nak kenalkan butik Julita Anje dengan korang semua.

 Butik Julita Anje

-Pemilik Butik Julita Anje-

Pemilik butik Julita Anje ini adalah dikenali sebagai Kak Ju. Kak Ju seorang yang ramah dan pemurah so kalau nak tempah apa-apa terus whatsapp je tanpa rasa segan silu shy-shy cat bagai ok.

Cara hubungi kak Ju? Melalui Facebook beliau (KLIK SINI), atau whatsapp 0194154756 untuk respons segera. 

-Lokasi Butik Julita Anje-

Berhampiran Bilion Shopping Kupang Baling, Kedah. Walau bagaimanapun, Butik Julita Anje cover job hampir di seluruh negeri Kedah, Perlis, dan sebahagian negeri Perak.

-Apa ada di Butik Julita Anje-

Macam-macam ada. Tempahan untuk pakej tunang, sehinggalah pakej persandingan di dewan nan indah gitueee. Bestnya di butik ni sebab ada banyak dress sepadan dengan pakaian seragam formal (aku tak tahu la nama sebenarnya apa, muahaha). 

Hihihi, yang nak kawin dengan abam askar macam aku ni eksaited ler tengoknya...

 Butik Julita Anje
Contoh pakaian formal seragam dan dress sepadan. Credit gambar  FB Butik Julita Anje

Pelamin tunang dan kahwin pun ada. Semua hasil kerja Kak Ju memang tip top. Kalau tak percaya tengoklah contoh pelamin kat bawah :-


 Butik Julita Anje
OMG soooooo gorgeousss!!!!!!!!!!!

Dan meja makan + bilik tidur pun Kak Ju ada uruskan pakej. Memang terbaiklahhhh Butik Julita Anje ni!


 Butik Julita Anje
Set Meja Makan

-Harga Pakej Butik Julita Anje-

Zaman sekarang ni semuanya duit-duit-duit. Pengantin belum kahwin lagi dah botak kepala fikir pasal majlis (errr saya tak kutuk awak tau,lalala).

Sesungguhnya Butik Julita Anje amat memahami problem bakal-bakal pengantin ni. Sebab tu pakej yang ditawarkan sangat affordable. Ada pakej murah untuk pengantin yang bajet cukup-cukup tetapi niat yang besar dan suci nak membina masjid, sampailah pengantin yang dah stable luar dalam nak majlis serba grand. Semuaaaaa ada, cari saja paket di butik Julita Anje.

Apapun aku ada senaraikan juga sebahagian pakej yang ada di Butik Julita Anje untuk memudahkan korang mencari pakej yang sesuai. Untuk senarai lengkap semua pakej dan gambar contoh untuk pelamin dan baju, semuanya boleh tengok di FACEBOOK BUTIK JULITA ANJE sendiri. 


Baiklah seperti yang dijanjikan...

Contest terkini di Butik Julita Anje adalah seperti dibawah. Ikutlah beberapa syarat mudah tersebut untuk peluang memenangi hadiah daripada Kak Ju. Semoga berjaya!


Follow