01. Meringankan Loading Blog

Ini salah satu inisiatif untuk aku lajukan loading blog untuk keselesaan visitors & readers yang datang kemari. Yelah musuh utama pembaca setia adalah loading yang lambat. Benda nampak simple tapi kita akan kehilangan ramai pembaca yang tak mahu menunggu lama untuk blog kita habis loading, silap-silap boleh jammed laptop depa, huhu. Tapi tu la, aku pun tak tahulah menjadi ke tidak? Laju tak loading? Hehehe.

02. Template Blog Terkini Tiada Ruang Footer

Ya, template terkini yang aku pakai tidak menyediakan ruang footer 3 tempat macam template terdahulu. Jadinya semua gadget aku perlu diletakkan di sidebar. Kalau dulu, dapatlah aku jimatkan space blog aku supaya tidak terlalu panjang kebawah dengan meletakkan 'blog archive' dan dua senarai bloglist aku dibahagian footer secara memanjang. Untuk mengelakkan blog aku kini terlalu panjang kebawah, aku terpaksa eliminate beberapa gadget yang bagiku tidak terlalu penting, termasuklah chatbox aku itu, hukhukhuk.

03. Menggalakkan visitor comment entry

Hehehehe trick nakal ke? Tak la, sebab aku jenis tak kisah pun orang nak comment walaupun sepatah, malah menggalakkan lagi korang rajin comment. Komen je apa-apa, insyaAllah aku akan respons (kalau perlu) dan balas visit ke blog korang (ini WAJIB). Lagipun kalau ada yang nak tanya soalan kadang-kadang kalau drop dekat chatbox je tu nanti aku takut terlepas pandang.


04. Mengelakkan Spam

Yes, blogger yang meletakkan chatbox memang terdedah dengan aktiviti spam ni. Siapa suka kena spam kan. Ramai blogger mesti pernah terkena spam untuk iklan 8share seseorang, ataupun spam ubat-ubat kuat dan beberapa mendalah lain yang tidak sangat tidak appropriate. Aku pun! Hahaha, tapi ini takdelah sebab-sebab utama aku buang chatbox aku. 

05. Senang balas blogwalking & comment blog blogger yang tinggalkan comment

Oleh sebab aku mewajibkan diri sendiri balas visit dari setiap yang tinggal jejak disini, bila semua tinggalkan dalam ruangan komen, ini memudahkan aku juga untuk pastikan tiada yang terlepas pandang. Lagipun ada sesetengah yang tinggalkan jejak dalam chatbox aku tu, bila aku blogwalking balas, blog depa pun takda chatbox. Aku nak tinggalkan jejak pun kena comment, amboi. hahaha berkira eh CikMai ni. Ala bukan berkira, give and take ler sesama blogger. 

Sebenarnya aku suka je blog aku ada chatbox, tapi tu la atas alasan-alasan kat atas ni aku terpaksa buang daripada blog aku. Permanently atau nanti aku letak balik tu aku pun tak pastilah. Maybe kalau aku tukar template yang ada footer 3, aku akan pertimbangkan balik lah. Buat masa ni aku memang puas hati denga template sendiri ni, kehkehkeh.

Blog korang ada tak chatbox? Kalau takda juga, kenapa?


Follow